.: Sedarkah kita?:.

Saturday, October 30, 2010
In the name of ALLAH most Gracious and Merciful..

(Awas ye: Entry ni  berbentuk rintihan hati)

Bahananya

Keruntuhan hati bermula apabila ayat-ayat ALLAH sudah tak dipandang dengan gentar.Sebagai contoh zaman yang sangat modenisasi ini. Banyak rancangan-rancangan dikaca TV, ada yang menyiarkan hiburan yang sangat melampaui fitrah islam, dan ada juga kisah-kisah berbentuk teladan dan pengajaran. KISAH ANAK DERHAKA, ISTERI CURANG, tak lupa HAMBA INGKAR  dan macam-macam lagi.

Bagus apa yang disiarkan, jika ia ditonton oleh orang-orang yang betul 2 ingin mendapatkan  pengajaran. Tapi bagaimana halnya yang tak mengambil manfaat langsung? Betul,Kita hanya mampu menyampaikan , tapi lihat pula jalannya dan habis usaha selebihnya terpulang pada ALLAH ..

Tapi yang sedihnya, ramai yang mampu menangis apabila terkesan dengan lakonan si anak dan ibu berpelukan, dan mesra si isteri dan si suami, tapi mereka sendiri tiada hubungan yang halal. ALLAH....
Matlamat tak pernah menghalalkan cara, INGAT!!

Yang dicari ...

Berapa ramai yang mampu gentar apabila mendengar ayat-ayat ALLAH  dari Radio, Televisyen, ataupun MP3 mahupun yang membacanya sendiri, berapa ramaikah diluar sana yang gentar saat membacanya, lalu menitiskan air mata, kerana apa? Kerana takutnya dengan apa yang ALLAH bicarakan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka hati mereka itu menjadi ketakutan, juga apabila ayat-ayatNya dibacakan kepada mereka, maka bertambah-tambahlah keimanan mereka dan mereka itu sama bertawakkal kepada Tuhannya." (al- Anfal: 2)
Dalam sebuah riwayat: Sekiranya pada suatu umat ada seseorang yang menangis kerananya, nescaya Allah akan merahmati umat itu disebabkan tangisan orang tadi.


Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dr dosa dan kesalahan, rumahnya selesa bgnya dan menangis terhadap kesalahnya. 
(HR Thabrani)

Kini nyatalah bahawa tangisan itu amat banyak ragamnya. Akan tetapi hanya tangisan kerana takut kepada Allah sahajalah yang jarang-jarang dilakukan oleh manusia.  Cubalah menangis kerana Allah tetapi bukannya menangis yang pura-pura atau bermegah-megah dengan menunjuk-nunjuk dihadapan orang ramai, tapi kerna taqwa dan kasih akan diri takut-takut ALLAH jauhkan dari rahmatNYA.


MARI KITA RAIH JIWA HAMBA PADA RABBnya. Menangislah because of HIM.

'Ibrah : Uwais Al-Qorni

Thursday, October 28, 2010
Salam sesejuk telaga kauthar.

Insya-ALLAH, nak kongsi 'ibrah tentang seorang tabi'in yang cukup dimuliakan. Moga kemuliaannya dapat diambil teladan, lalu dihidupkan dalam diri kita. Moga manfaatnya menebar dalam relung diri.

 Mukaddimah

Biarpun  namanya tak dikenali penduduk bumi, tapi dikalangan penduduk langit, beliau cukup masyur. Siapakah dia itu?Dialah  Uwais Al-Qorni seorang yang cukup hebat dari segi kewarakannya dan kezuhudannya sehingga dibandingkan dengan tokoh tabi'in yang hebat iaitu Sa'id bin Al-Musayyib.
Sebaik-baik Tabi’in ialah seorang lelaki yang dipanggil Uwais, Dia ada seorang ibu, berasal dari Yaman. Dan dia ada tanda putih dilehernya. Sekiranya kamu berjumpa Uwais kamu mintalah dia berdoa supaya Allah mengampuni kamu.
 Cinta mendalam

Uwais adalah seorang pemuda yang menetap di Yaman, selama hayatnya, dia tidak pernah bertemu dengan Rasulullah kerana Rasulullah menetap di mekah. Perjalanan dari Yaman ke Mekah mengambil masa 1 tahun (pergi dan balik) sedang uwais adalah seorang anak yang taat pada ibunya.

Seorang ibu yang lumpuh, masakan sanggup seorang anak yang taat seperti uwais tegar untuk meninggalkan ibunya bersama orang lain semata-mata untuk pergi ke Mekah.Biarpun begitu, cinta uwais kepada Rasulullah tidak pernah berkurang malahan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Apatah lagi, sahabat-sahabatnya yang baru pulang dari Mekah sentiasa menceritakan kewibawaan dan keperibadian Rasulullah, rindu dan cinta uwais kepada Rasululullah sudah tidak terbendung lagi. Bahkan, ada yang mengatakan bahawa uwais mematahkan giginya sebaik mendengar berita tentang gigi Rasulullah yang patah dalam peperangan uhud.

Pada suatu hari, uwais telah pergi menyatakan hajatnya kepada ibunya yang tercinta..

“Wahai ibuku, bolehkah saya pergi ke Mekah untuk bertemu dengan Rasulullah?”

“Boleh anakku tapi dengan syarat, kau harus pulang sebaik sahaja tiba di Mekah.”

Hati uwais berbunga riang. Masakan tidak, hajatnya untuk bertemu dengan insan yang selama ini dirindui bakal termakbul. uwais meninggalkan bekalan untuk ibunya yang bakal ditinggalkan sengan jirannya selama setahun.
Ziarah Nabi .s.a.w
 Namun, takdir Allah penentu segalanya. uwais selamat tiba di Mekah, apabila dia tiba di rumah Rasulullah, salam diberi dan kelihatan Aishah membuka pintu.
“Wahai isteri nabi, bolehkah saya bertemu dengan Rasulullah”

“Maafkanku saudaraku kerana Rasulullah sekarang ini berada di medan perang”

Bolehkah kita bayangkan bagaimana perasaan uwais pada ketika itu? Bertahun lamanya dia memendam rasa kepada Rasulullah namun tidak dapat bertemunya. uwais tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersyukur dan redha serta percaya Allah telah mengaturkan yang terbaik buat dirinya… uwais akur, dia harus segera pulang ke Yaman kerana itu adalah amanah yang diberi oleh seorang ibu yang lumpuh…
“Tidak mengapa, nanti sampaikan salam saya kepada baginda
Ucap uwais sebelum berlalu pergi….
Setelah perang selesai (beberapa bulan selepas kedatangan Quwais), Rasulullah telah pulang ke rumah Aishah dan baginda mengatakan (lebih kurang) :
“Aku terbau Yaman”

Lantas Aishah teringat pada Quwais dan membalas “Benar Ya Rasulullah. Seorang pemuda dari Yaman telah datang dan berkirim salam padamu”
Kasih akan ibunda

Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, pada suatu hari ibu uwais menyatakan hajatnya ingin menunaikan haji. Mendengarkan itu, lantas uwais membeli seekor anak lembu (berat lebih kurang 20 kg) uwais membuat kandang anak lembu itu di atas bukit. Pada setiap petang dia akan mendukung anak lembu itu turun bukit untuk makan rumput dan selepas itu dia akan mengangkat anak lembu itu kembali ke kandangnya di atas bukit. Perkara itu dilakukannya setiap hari sehingga berat anak lembu itu mencecah 100kg(lebih kurang).Orang yang melihat uwais mengatakannya gila namun uwais tidak menghiraukannya kerana dia mempunyai matlamat yang satu iaitu mahu mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah untuk menunaikan haji!

Di Mekah, uwais dan ibunya berdoa di hadapan kaabah dan sebaik berdoa ibunya bertanya:
“Wahai anakku, apakah yang dikau doakan”

“Ibu, saya mendoakan kesejahteraan ibu, agar Allah menempatkan ibu di kalangan orang-orang yang soleh, agar ibu mendapat rahmatNya,” Semua yang didoakan adalah untuk ibunya.
“Apakah yang engkau doa untuk dirimu?” ibunya bertanya

“Tidak ada apa-apa, cukuplah andai ibu meredhai saya..”

“Wahai uwais, andai engkau mahu aku meredhaimu, berdoalah untuk dirimu..”

Dan selepas itu barulah uwais berdoa untuk dirinya…

Pada saat kewafatan Rasulullah, Rasulullah telah berwasiat agar jubahnya diberikan kepada uwais Al-Qorni. Rasulullah juga berkata (lebih kurang), “Andai engkau bertemu dengan uwais, minta padanya agar mendoakan engkau kerana doanya tiada hijab kepada Allah” Sahabat bingung. Mereka tidak pernah bertemu dengan uwais, namun begitu Rasulullah telah menyatakan tanda-tanda yang ada pada diri uwais termasuklah giginya yang patah.

Justeru itu, setiap rombongan dari Yaman akan ditanya oleh para sahabat adakah mereka mengenali uwais Al-Qorni. Namun hampa. Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang pemuda yang menyatakan bahawa dirinya mengenali uwais dan Umar pun berangkat ke Yaman.

Umar melihat seorang pemuda sedang duduk di bawah sepohon pokok, bajunya lusuh, rupanya tidaklah begitu kacak, jika boleh dikatakan mengikut istilah hari ini ‘tiada siapa yang mahu menjadikan menantu’. Lantas, umar bertanya,
“Wahai saudara, siapakah kamu?”

“Aku adalah hamba Allah”

“Aku juga adalah hamba Allah. Siapakah nama sebenarmu?”

“Namaku uwais Al-Qorni”

Umar gembira, ada tanda-tanda yang dinyatakan Rasullah mengenai uwais pada diri pemuda tersebut dan Umar pun memberi jubah Rasulullah kepada uwais. Selepas itu, uwais menangis dan memeluk jubah Rasulullah seerat mungkin.
Pulang ke pangkuan Rabbnya
 
Selepas beberapa tahun, uwais pun meninggal dunia. Pada waktu dia meninggal dunia, kelihatan ramai orang berpusu-pusu datang untuk menguruskan mayatnya sehingga para sahabat tidak sempat untuk menguruskan mayat uwais. Bahkan jiran-jirannya merasa pelik kerana uwais bukanlah seorang yang terkenal. Sebaik mayat uwais dikebumikan, para sahabat pun mula bergerak pulang tetapi teringat bahawa kubur uwais belum diletakkan tanda dan sahabat pun berpatah balik… tetapi..

Sebaik tiba di tempat pengebumian uwais, tidak kelihatan seperti adanya kubur di situ. Barulah sahabat faham, yang menguruskan mayat uwais adalah penduduk langit dan uwais mengekalkan fitrahnya yang tidak mahu dikenali oleh manusia biarpun dunia sudah ditinggalkan….
Penutup 
Masya-ALLAH!! Begitu hebat keperibadian tabi'in ini. Cintanya pada Rasulullah s.a.w sangat mendalam, kasih sayang pada ibunda tiada tara. Agak-agak mampu tak  kita seperti Uwais Al-Qorni? Sama-sama tepuk dada tanya iman. If tak mampu sebegitu rupa ,cubalah buat yang semampunya. Jaga hubungan kita dengan ALLAH, tanam cinta buat baginda Rasulullah s.a.w, banyakkan selawat buat baginda s.a.w, kasih pada ayahbonda,dan jaga perhubungan sesama manusia. Moga ALLAH kasih kita semua.

P/s :Cebisan ni dah lama hajat nak publish tapi tak berkesempatan .Alhamdulillah dah publish pun.=). Syukran pada Mas ats matlumat sedia ada dan  kawan2 yang bantu tashihkan terjemahan hadis tentang Uwais Al-Qorni.Moga ALLAH rahmati

Mengenangmu Dalam Doa : Siti Syahida Zakaria

Tuesday, October 26, 2010
Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap jiwa pasti merasai


Menerima khabar pemergian sahabat yang disayangi buat diri terlonglai seketika. Syukran Nurul tlg maklumkan. Dan selepas itu sempat forward pada beberapa orang rakan walau tangan tak mampu nak taip kenyataan itu. Dan pohon kemaafan pada kawan-kawan yang tak sempat dimaklumkan.Inilah taqdir ALLAH

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
 Ku redha , kami redha dan keluargamu redha dikau pergi dulu kembali kepangkuanNYA.


Tinggal kenangan


Allahyarhamah Siti Syahida Zakaria berumur 20 tahun  merupakan anak ke dua dari adik beradiknya dan merupakan anak sulung perempuan dan masih menuntut di KUIN Kedah.. Arwah dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan agama. Alhamdulillah. Sepanjang mengenali arwah, banyak pertolongan yang tidak kekok dihulurkan, malah arwah murah dengan senyuman. Senyuman yang sangat lapang. Arwah seorang yang sangat rajin, malah merupakan satu team dengan diri ini dalam Badan Displin. Kerja-kerja arwah sangat disenangi dan tidak hairanlah ramai yang menyayangi dirinya. Sayu rasanya, tak dapat jumpa buat kali terakhir, mengucup wajahmu .



Damai disana


Tak ada apa yang tinggal sekarang melainkan doa dariku dan sahabat-sahabat yang lain. Kawan-kawan sangat baik , ramai yang doakan Syahida tenang dan damai disana, dpermudah urusan dan banyak lagi doa-doa buat Syahida.Dan kata mereka, syahida sangat solehah dan moga ALLAH tempatkan Syahida bersama-sama orang 2 yg beriman. Moga ALLAH sampaikan. Dan Insya-ALLAH Syahida suatu hari nanti k.na dan kawan-kawan dan semua orang akan menyusul ke sana. Cuma bila itu dalam rahsia ALLAH. Insya-ALLAH, Syahida tenanglah disana. Hanya doa kami mampu hulurkan.Tak mampu melafaz kata lagi buat Syahida, hanya doa dan air mata mengiringi.



Wahai ALLAH permudahkan urusan arwah, tempatkanlah arwah dalam kalangan orang-orang yang Engkau naungi rahmatMU.Aamin Ya rabbal 'alamin.


P/s : Buat sahabat2 yang membaca , moga sama2 sedekahkan buat arwah.Al-Faatihah.

Bahagia Ada Disekeliling

Friday, October 22, 2010
Salam.wbt.

Pertama, seutama dan selama-lamanya, hamdallah diucap, lafaz mulia pada pencipta.Moga berkah dalam pena.Alhamdulillah selesai mendaftar semester baru semalam. Walaupun sedikit kelewatan, tapi ALLAH mudahkan. Tak tergambar dan terucap ni'mat mudah urusan yang ALLAH bagi. Bersama-samaku mujahidah kecil, Insyirah Syazwin, 4 tahun(gambar bertudung pink dibawah). Katanya

" ALLAH nak kakak teman Cik Na, jadi kakak temanlah Cik Na macam kakak teman cik Na makan semalam"

Sikecil itu mulus, dan tulus berbicara, terbit dari hatinya. Subhanallah!! Sangat mendekatkan lagi , mendalamkan cinta pada yang Esa. Semenjak akhir-akhir ini banyak ambil 'ibrah dari mujahid-mujahidah kecil. Mereka itu lebih mulia dari diri ini. Andai kata meninggal mereka, syurga sudah menanti. Masya-ALLAH sangat cemburu!

Diri ini ingin rasa sentiasa dekat dengan Rabb yg Esa, alhamdulillah, ALLAH bagi ni'mat kawan-kawan yang solehah. Tidak lokek berkongsi ilmu, taujihat, mutiara indah dan segala-galanya. Samada yang kenal dikanvas maya atau teman seperjuangan.

Kadang-kadang juga ALLAH kurniakan mereka yg diujiNYA dengan pelbagai masalah. Masalah pelajaran, rumah tangga, dan apa jua tentang kehidpan agar diri ini mendapat muhasabah senantiasa.Terima kasih ALLAH.

Tak dapat bayangkan, jika diri ini keseorangan tanpa ada nasihat-nasihat yang mendorong ke jalan ALLAH, pastinya hati sentiasa tak sihat,rasa  down dan susah untuk bangun kembali. Maha Suci ALLAH. Marilah melakar kasih pada semua orang disekeliling kita agar kita sentiasa dekat dengan bicara ALLAH.Moga-moga. Sebarkan bahagia pada yang ada. Bahagia yang syar'ie.

P/s :Pohon kemaafan dari pembaca, tidak bermaksud ingn berkongsi peribadi, tapi hanya mahu kongsi 'ibrah yang ada.Moga-moga dapat darinya walau sedikit. Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari banyak tapi melalaikan.

Semuanya kerana DIA

Thursday, October 21, 2010
Melihat wajah kecil itu, makin diri ini termuhasabah, rasa indah, rasa tenang. Wajah itu, suci dari palutan dosa, wajah itu, wajah mulus yg dahaga kasih sayang. Masya-ALLAH!  'Azhimnya ALLAH. Ku peluk anak buah ku itu dengan kasih sayang, kerna hangat kasih sayang itu, buat dia rasa selamat.

Wajah itu juga sekaligus mengingatkan bahawa diri ini pernah dulu kecil, indah, tenang.  Makin lama makin dewasa, makin lama makin banyak terdedah dgn dunia. Dunia yang kata orang ibarat syurga, tapi ia bisa meraih tangan keneraka.

Bertapa hebat manusia yang ada didunia, kaya, banyak harta, tapi tiada tempat disisi ALLAH jika ni'mat itu sia-sia, tanpa ada celupan iman dan taqwa mendalam padaNYA.Ohh, ruginya!!

Kembali pada diriku, diri ini hanyalah insan yang amat hina, lemah, sia-sia tanpa harga jika tiada keinginan untuk menambah "harta". Harta apa ye? harta akhirat, Harta itulah yang mungkin membawa diri ini  ketempat itu, dan mungkin tersisa-sisa persoalan, mampu kah diri meraih syurga??

Semua mampu

Ya, ya,ya, semua mampu meraih syurga jika jalan ALLAH itu pilihannya. Siapa diri ini untuk bagi jaminan hebat ini? Tidak, ia  sesekali bukan dariku, malah ia jaminan ALLAH. Memilih jalan yang ALLAH kurniakan bermaksud bersedia menghadapi mehnah-mehnah berduri. Kadang-kadang hidup terasa indah, dan kadang -kadang hidup zulumat dari ceria. Itu biasa, firman ALLAH s.w.t

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”- Surah al-Ankabut ayat 2-3


Nak dapat syurga ALLAH itu, umum tahu ia pahit, disusuli mujahadah. Mujahadah yang buat diri kadang-kadang jatuh tersungkur jika tidak  ada pembimbing yang setia kerana ALLAH. Dan mujahadah itu bukan semata-mata kerana ada syurga menanti, tapi kerana DIA!!


Ya, Semuanya kerana ALLAH!!

Mujahadah Membuah Sabar

Saturday, October 16, 2010
Menerbitkan sabar,
Diri  itu perlu mujahadah,
Ujian itu datang
sama ada kafarah dosa
mahupun tingkatkan iman.
~Sabar itu indah~

Sabar , satu perasaan, tindakan yg tidak dapat didefinasikan. Ramai yang mudah berkata " Sabar ye?" Apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dasyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat dikuatkuasakan dalam diri?

Ayuh ! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar..

Meminjam peribahasa " Lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya."  Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hambaNYA.Lupakah kita pada firmannya?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Al Baqarah:286)

Lihat! Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih, DIA tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. DIA juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah

Kita singkap kembali, baginda nabi s.a.w, ujiannya yg menimpa baginda sangat hebat. Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, kemudian datuknya, kemudian bapa saudaranya, kemudian isterinya. Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi. Tidak termasuk ujian dalam menyebarkan islam untuk sampai kepada kita hari ini, bermacam-macam ujiannya.Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dan macam2 lagi. Tapi itu tidak menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.

Zaman baginda. s.a.w dahulu  tiada hndpne, tiada facebook, tiada ym dan tiada kemudahan macam hari ini , tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran  baginda dan para sahabat, islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal ALLAH dan merasa indahnya iman....ALLAH, sgt a'zhim!!!

Mungkin ada sesetengah membalas. Baginda tak pelah sebab dia Rasulullah...

Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa yang pantas diuji. Tapi ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda. Orang hebat ujian pun hebat!! Kita bagaimana?

Bercakap tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada ALLAH, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah/ujian pintalah ALLAH besarkan iman untuk hadapinya bukan kita minta ALLAH kecilkan masalah yang kita hadapi.

Kita boleh mengatasi segala ujian yang ALLAH berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang mendalam padaNYA. Oleh itu apa -apa masalah yang ada, kita related kembali hubungan kita dengan ALLAH,  muhasabah balik..adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita denganNYA? Insya-ALLAH jika kita jaga hubungan kita dengan ALLAH , ALLAH akan jaga hubungan kita dengan yag lain. ALLAH akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.


Tapi kalau saya dah jaga hubungan dgn ALLAH sebaiknya macammana pula?

Jika begitu, kita perlu check kembali, kalau -kalau ada tanpa kita sedari ada hubungan dengan ALLAH kita tak jaga. Dan if dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut menambah iman.

Jadi hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. Agar masalah-masalah yang kecil tidak timbul, dan agar kita tenang menjadi orang yang sabar. Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi baginda s.a.w, tetap solat/ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak. Dalam satu hadis lebih kurang mafhumnay begini.Dan apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa still beribadah malam, sedangkan kakinya sudah bengkak , Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".

Salam mujahadah membuah sabar.

P/s : Orang yang kenal diriku, jikalau suatu hari nanti diriku tak mampu hadapi ujian yg sgt berat, tolong print bagi diri ini baca kembali tulisan ini kerana setiap jiwa pantas diuji..Syukran

Doa Seorang Ibu

Friday, October 15, 2010
Pada zaman dahulu, hiduplah seorang wanita yang menikah ...dengan seorang laki-laki bernama Ismail. Suaminya adalah seorang ulama terhormat yang berguru daripada Imam Malik. Dari pernikahan keduanya, lahirlah seorang anak yang diberi nama Muhammad.

Tidak lama kemudian, sang suami, Ismail meninggal dunia denganmeninggalkan harta warisan yang sangat banyak untuk anak dan istrinya. Sang ibu pun mendidik anaknya dengan pendidikan Islam yang menyeluruh. Dia berharap kelak anaknya menajdi salah seorang ulama mengikuti jejak sang ayah. Namun, satu masalah yang harus dia hadapi adalah sang anak buta sejak lahir. Karena buta, maka sulitlah bagi dia untuk melakukan perjalanan dari satu syaikh ke syaikh yang lain untuk menuntut ilmu. Namun, dengan begitu yakin, sang ibu berkata " saya menemukan jalan keluar yang tidak pernah tertutup." katanya. Jalan itu adalah do'a.

Begitulah,sang ibu memilih penyelesaian masalahnya dengan bermunajat kepada Pemilik amanah yang dijagainya. Ia pun mula berdoa dengan hati yang tulus dan kepasrahan yang penuh kepada Allah SWT. Hingga suatu malam, ia bermimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim. Dalam mimpi  tersebut, Nabi Ibrahim berkata kepadanya, "Wahai wanita, sesungguhnya  Allah telah menjadikan anakmu melihat karena banyaknya do'amu." Subhanallah, ketika pagi menjelang..sang ibu mendapati anaknya dapat melihat.
 (Sekadar gambar hiasan)
Doa ibu, perisai terbaik..

Setelah Allah mengembalikan penglihatan Muhammad bin Ismail, maka sang ibupun  mulai mengarahkan anaknya kepada ilmu. Alhasil, tidak berapa lama sang  anakpun dapat menyusun kitab yang paling shahih di dunia setelah Al  Quran, yaitu kitab Shahihul Bukhari.

Ya..anak itu bernama Muhammad bin Ismail Al Bukhari. Dialah Imam Bukhari. Allah benar-benar telah mengurniakan penglihatan, ketajamam mata hati dan  daya ingat yang luar biasa. Muhammad telah menghafal beberapa kitab para imam kaum muslimin, di usianya yang baru 16 tahun. Pada usia itu pula  ia memulakan perjalanannya yang panjang dalam menuntut ilmu.

Imam Ahmad bin Hanbal berkata,"Khurasan tidak pernah melahirkan tokoh semisal Muhammad bin Isma'il." Imam para Ulama, yakni Abu Bakar bin Khuzaimah berkata," Tidak ada  seorangpun di dunia ini yang lebih mengerti tentang hadis melebihi  Muhammad bin Ismail." Al Hafidh Ibnu Hajar Al  Asqalani, penyusun kitab Fathul Bari Fi Syarhi Shahihil Bukhari  berkata." Andai saya membuka pintu pujian untuknya dari orang-orang yang datang sesudahnya, tentu habislah lembaran-lembaran kertas dan habislah kata-kata. Ia merupakan lautan tak bertepi."

Subhanallah..Demikianlah kekuatan hafalan Imam Bukhari dan perhatiannya pada penyebaran cahaya bagi kaum muslimin. Imam Bukhari adalah salah satu hasil jerih payah sang ibu yang tidak kenal lelah berdo'a untuknya, agar Allah mengembalikan penglihatannya. "Sesungguhnya Allah, Dzat Yang Maha Pemalu, Maha Mulia dan Maha Pengasih itu merasa  malu, bila seseorang mengangkat kedua tangannya berdo'a kepadanya, lantas ia mengembalikannya dalam keadaan hampa ( tidak dikabulkan)."

(Shahihul Jami' Ash Shaghir.Jilid 2.Nombor hadis: 1753)

Sedikit tips :Moga manfaat bersama.

Wednesday, October 13, 2010
Salam buat semua yg dikasihi...

Jika saya ada masalah, bagaimana???
Pertama, kembali pada ALLAH, bersangka baik padaNYA.Kedua, share lah pada yang benar-benar thiqah(yg dipercayai) agar boleh selesaikan masalah.Minta ALLAH lapangkan dada dan besarkan iman untuk hadapinya.
          Insya-ALLAH jiwa kan tenang ~kembali pada ALLAH.

Jika iman rasa down, macamna ingin di-upkan??

Cari suasana membina, suasana yang dapat membangkitkan iman disamping kawan-kawan yang soleh/ah. 
Jika hati rasa gundah, apa yg perlu dilakukan??

Ingatlah ALLAH, letakkan ALLAH dalam hati paling dalam, minta ALLAH jauhkan resah dan bisikan syaitan. Bersegera ambil wudhu'.

Bermasalahkah kita?Iman kita rasa downkah? Hati kita rasa gundahkah?Jawapannya semua itu  menuntut kita kembali pada ALLAH...

Sedikit tips, moga bermnfaat..

 

Muslim full time

Sunday, October 10, 2010
Berfikir sejenak, memperbaharui iman…

Mukmin itu tanggungjawabnya melebihi masa yang ada. Mungkin tak pernah kita merasa cukup dengan 24 jam yang ada, tapi sebenarnya ialah adalah terpulang pada kita. Bagaimana kita menguruskannya. Lihat sahaja ramai Ulama’, dan jua para ilmuan yang hebat, mereka berjaya hasilkan banyak mutiara ilmu sepanjang hayat mereka. Mereka gigih berusaha untuk menyebarkan islam.

Kita lihat pula Baginda s.a.w, walau dalam kepenatan, dalam kelelahan baginda berjihad  menyebarkan islam masih lagi ada masa yang khusus untuk beribadah sunat,bahkan ia rutin.Sedangkan baginda s.a.w sudah dijamin ALLAH syurga.! Sungguh!!!diri ini malu pada Baginda dan para sahabat. 

Kita lihat pula Hassan Al-Banna, beliau banyak menghasilkan mutiara ilmu dan  apabila ditanya mengapa beliau tidak menghasilkan lebih banyak buku sedangkan beliau seorang ulama’ yang sangat berilmu dan berpengetahuan luas, beliau membalas bahawa sebenarnya beliau sedang  sibuk mengarang peribadi manusia.
Ana cukup terkesan. Beliau tiada masa nak buang masa.

Apa perkara yang dilakukan hanya untuk membangun jiwa-jiwa pemuda yang dahagakan ilmu . Ingin  mencontohi sesusuk peribadi yang mulia ini.Erti hidup hanya lah untuk ALLAH. 

 Perkara yg perlu konsisiten diri ini diamalkan:
Berprogram dan berhalaqah dalam rangka cari ilmu,
Banyakkan membaca buku-buku ilmiah dan tarbawi
Belajar secara konsisiten,
Berdiskusi secara sihat dengan kawan-kawan,
Sentiasa perbaiki kualiti ibadah wajib,  
Ibadah sunat secara konsisten walau sedikit,
Banyak bertanya pada pensyarah.


Zaman yang canggih ini banyak  cabang-cabang ilmu yang  kita perolehi. Tinggal untuk kita “hadam” Sebaik-baiknya sahaja. Tak pe sedikit , tapi biar istiqamah.Istiqamah yang membina keimanan, kecintaan dan ketaqwaan.

" Mukmin itu tak de masa nak buang masa"


24 jam yang ada biarlah brmanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.




Muhasabah Cinta

Wednesday, October 6, 2010
 ~Detik yg ada bagi setiap mu'min yang bermuhasabah Cinta denganNYA~

Di saat berdating cinta denganNYA yang Esa
Air mata terus menitis,
Laju..


Tak terbayang bagaimana kah nanti,
Keadaan seorang hambamu ini dihadapanMU kelak,
Dalam keadaan apa.


Adakah terjerit-jerit dengan sakitnya azab,
Mahupun mampu senyum selapang-lapangnya dengan kejayaan,

Rahsia yang tiada siapa ketahui,
Hanya diriMU ya Rabb.

ALLAH ....bantu kami menuju jalan redhaMU.Jalan yang sepatutnya insan-insan lemah seperti diriku lalui.ALLAH Irhamna.

" Hati Sakit, Bagaimanakah?

Tuesday, October 5, 2010
Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk ini sengaja ana cetuskan agar jadi rujukan buat diri ini sendiri

Dua perkara yang pasti buat semua, mati dan ujian. Semua manusia pasti rasakan perkara itu. Tidak terlepas walau kekasih  ALLAH yang kita kasihi, baginda Nabi S.A.W. Baginda sering diuji, malah ujian baginda lebih hebat dari ummatnya sendiri. Tapi adakah ujian yang ALLAH turunkan itu sia-sia?

Tidak..Ujian yang ALLAH turunkan tiada dan jauh dari yang sia-sia, malah ada hikmah disampingnya. Pernah kawan-kawan rasa sedemikian? Rasa susah untuk suatu perkara, tiba-tiba ALLAH bagi kesenangan dari sudut yang lain.ALLAH maha penyayang. Tak dibiar hambaNYA menderita hati, tubuh dan jiwa tanpa nusrahNYA.

Penawar Terbaik

Apa lagi penawar terbaik melainkan kalamNYA-Al-Quranul kareem.Dalam tu semuuuua ada. Boleh diibaratkan "macam-macam ada"(=.Cuba kita hayati apa yang terkandung dalamnya, kita akan rasa seolah-olah ALLAH berbicara terus. Hati akan rasa damai.


Ketahuilah, Al-Qur’an itu mengandung ubat segala penyakit qolbu (hati). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Wahai manusia, telah datang kepada kalian mauidzhoh (pelajaran) dari Rabb kalian, dan penyembuh apa yang ada dalam hati.” (QS. Yunus : 57).
ALLAH bicara lagi:

“Dan kami turunkan dari Al-Qur’an ini sesuatu yang merupakan penyembuh dan rahmat bagi orang-orang mu’min.” (QS. Al-Isro’ : 82).
-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah mengatakan bahwa Al-Qur’an mencakupi ubat dan rahmat. Dan itu bukan untuk setiap orang, tetapi hanya untuk orang-orang yang beriman (mu’min) yang beriman dengan Al-Qur’an, membenarkan ayat-ayat-Nya dan mengetahui makna-maknanya.

Kita semua sayang ALLAH kan? ALLAH laaagi sayang pada kita. Jadi kita sebagai orang mu'min jangan mudah mengeluh pada ujian yang hadir.Jadikan ujian yang datang sebagai tarbiyyah dan itu tanda ALLAH sayang pada kita sebab DIA stiil lagi bagi ujian untuk kita terus ingat pada DIA.Dan jangan lupa untuk berdating denganNYA dan luah apa-apa yang menghimpit sebak didada.


Semoga dipertemukan penawar. Al-Syafi anta al-Syafi.
Salam Mujahadah kita bersama.

Kisah lalu tarbiyyah untuk hari ini

Monday, October 4, 2010
Pagi-pagi lagi, adik dari aspuri menghantar sms. Penuh untaian kata-kata. Seingat dulu dengan merekalah ana bertatih, menggarap dunia untuk bekalan akhirat. Melalui adik-adik itu ana ditarbiyyah. Masalah remaja yang kadang-kadang buat  diriku termuhasabah.Walaupun berjauhan dengan ayahbonda tapi dengan adanya mereka, buat hati terhibur.Terhibur pada jalan-jalan berduri yang sama-sama dilalui dengan mengharap redha ILLAHI.

Petang di aspuri ada  riadhah tarbawi. Lewat magrib , kami isi dengan bacaan Al-quran dan juga secebis tazkirah dari teman-teman seperjuangan.. Malam minggu pula tahajjud , Qiammulaillai. Meriah sungguh waktu itu. Waktu ibadah, jua belajar.

Tapi sekarang, mungkin tiada waktu yang sebanyak itu untuk dikhususkan. Melangkah ke IPT, bermakna bersedia hadapi cabaran baru. Masa kadang-kadang memcemburui dengan dengus-dengus assigment,presentation  program sana, program sini. Balik asrama, diri jadi penat.Penat dengan dunia.ALLAH.Minta  jauhkan dari kesibukan tanpa mengingati diriNYA.

Terkesan diri ini atas  untaian kata-kata  bonda seorang ukht...

bunda, sekejap tadi aku "sms" mengucapkan selamat hari lahir, waktu di sana belum jam 5 pagi. mungkin aku mengganggu tidurmu. tidak, kau seperti dahulu adalah penanti umpama rahib di malam hari. kau segera menyahut ucapan ananda yang berdosa ini, kau minta aku doakan. aku bertanya lagi, bunda bangun tahajud kah? namun, balasanmu menggugah hatiku. kau menulis di dalam bahasa arab dengan mafhumnya, "bunda perempuan tua yang lemah, tidak mesti tidak untuk bunda sentiasa terus mengingati-Nya". aku serasa ingin berlari memelukmu bunda. kau sentiasa teguh menghadap hanya-Dia. teguhmu membuatkan kita sekeluarga teguh. teguhmu itulah tempat kami sekalian ananda menumpang.
Sunnguh, hati ini kadang-kadang terpana pada dunia yang sangat mempersona,  bila indah membuat mata menjadi silau, maka tersentaklah diriku yang haqirah ini..Moga diri tak sirna dari rahmatNYA. Ya ALLAH irhamna.

Maudhu'
.:Rindu Aspuri dan Bia'ahnya:.

Mampu jadi indah dengan...

Sunday, October 3, 2010
Bismillahirrhmanirrahim..

Beberapa hari lepas, ana diinvite untuk join forum " Wanita Bertudung lebih indah dari yang tidak memakai tudung". Alhamdulillah banyak respon yg baik yg diperolehi.

Zaman ini ramai yang memakai tudung.Alhamdulillah. Tapi adakah tudung yang dikenakan mengikut kehendak islam??

Mari kita check sama-sama
  1. Tidak nipis
  2. Labuh melebihi paras dada
  3. Tidak transparens
  4. Tidak ketat

Sesuai dengan fitrah ALLAH menjadikan wanita sebagai makhluk yang indah didunia ini, apatah lagi wanita ssebagai bidadari di akhirat kelak.
Subhanallah.
"mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20) "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
Untuk wanita yang menjaga syariatNYA ganjaran besar menanti. Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari disyurga.


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Betapa tinggi darjat wanita solehah kan?.
Tutup lah aurat kita dengan sempurna agar terhindar dari segala kejahatan manusia dan ketidakredhaan ALLAH terutma.Bukankah yang tertutup itu lebih indah dan dirahmati ALLAH. Kalau kita nak cari barang pun kita nak yang cantik pastinya. Yang dalam kotak, berbalut kemas, dhias indah. Itu lah perumpamaan seorang wanita itu.

"Yang tertutup itu lebih indah"(=Kita mampu jadi indah jika menjaga syariatNYA dengan sempurna.Insya-ALLAH

Nasihat kalian dialu-alu kan agar kita semua dpt manfaat(=
Moga ALLAH kasih semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...