Menggerakkan jiwa ke arah mana?

Wednesday, November 24, 2010
Bismilahirrahmanirrahim.

Menulis itu menggerakkan jiwa. Inilah kata-kata yang bisa saya pegang. Menulis untuk menggerakkan hati dan jiwa ini sendiri. Laman sesawang yang dibina ini bermatlamatkan satu, ingin melahirkan kalam-kalam da'wah ,yang bisa menggerakkan jiwa, menasihati hati ini dan seterusnya mengajak hati -hati yang lain kearah jalan yang ALLAH redhai.

Matlamat menubuhkan akaun yang lain pun sama, Facebook , Yahoo Mesengger dan beberapa lagi akaun lain. Kesemua akaun yang saya buka, niatnya begitu. Mengapa matlamat kita tekankan? kerana dari niat dan matlamat itu akan mendorong apa yang akan dilakukan, apa yang akan dikalamkan.


Sebagai contoh, jika niat anda membuka akaun "Muka Buku"(facebook) untuk berdakwah, Insya-ALLAH apa yang lahir hanya demi da'wah,kita pohon dari perkara yang sia-sia.Dan jika niat disebaliknya, kita akan berbuat atas apa yang diniatkan.Dan kadang-kadang kita tidak sedari apa yang kita kalamkan adalah 'Value Added' untuk saham akhirat. Kita jangan terkejut apabila diakhirat kelak, banyak pahala-pahala yang ada buat kita hasil kalam yang mengajak da'wah. Daaan, jangan juga terkejut, jika buku amalan kita penuh dosa-dosa yang kita cetuskan tanpa kita sedari walau melalui facebook serta akaun-akaun lain.


Saya dan yang lainnya tidak mampu memberi hidayah kepada seseorang, kerana ia hak mutlak ALLAH s.w.t. Kami hanya mampu menyampaikan setitik atau sezarah ilmu yang sama-sama kita dapat agar jadi panduan bersama. Oleh itu pada entri ini saya  mengajak kalian berbicara,matlamat apakah seutamanya dalam membina akaun-akaun yang ada. Apakah matlamatnya??

Sama-sama kita tajdid(perbaharui) niat kita dalam apa jua perkara.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob rodiallohuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rosululloh alaihisolatu wassalam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya  karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. “ (H.R. Bukhori no:01 dan Muslim no:1907)



 



Saat Jiwa Hambar

Monday, November 22, 2010
Bismillahirrahmanirrahim

Pertama, seutama dan selama-lamanya sbg hamba, HAMDALLAH (Alhamdulillah)atas segenap ni'mat. Ni'mat yang pelbagai yang tak mampu diri ini dan kawan-kawan menafikan. Ni'mat masih lagi dikurnia umur, dan juga diberi kesempatan merasa cinta dari segenap cinta(Cinta sekudusnya buat DIA Illahi Rabbi,Cinta pada ibu bapa, keluarga, guru2 , rakan2, Rasulnya dan cinta pada semua yang syar'ie)

Walau imtihan final sudah berlalu dan sudahpun memasuki fasa semester baru tapi  kenangan yang tak mampu nak hakis dalam diri sentiasa terukir indah.(Bunyinya suspen)

Saat saya menghadapi peperiksaan akhir tempohari, pelbagai ujian datang menerjah, sehingga jiwa jadi berkecamuk tapi masih lagi mampu tersenyum kelapangan dalam pahit .
“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)
Hingga satu saat, hati rasa gelisah, jiwa tidak tenang sehinggakan tidak tahu apa yang ingin ditelaah.Astagfirullah, hamba ini lemah. Lalu saya menarik sehelai kertas yang biasa-biasa ,lalu dengan pena yang biasa-biasa juga saya menulis kalimah yang biasa-biasa  tapi bermaksud LUAR BIASA!

Inilah kalimahnya!

Saat menatapnya terasa seolah-olah  ada aura luar biasa masuk menjalar dalam diri.Masya-ALLAH, ALLAH masih dan sentiasa bagi tarbiyyahNYA walau apa pun keadaan hambaNYA.

'Ibrahnya

Teman-temanku walaupun kita tahu bahawa hidup ini adalah semata-mata untuk ALLAH tapi pembaruan niat dan syahadah adalah penting.Dalam apa jua keadaan kita sentiasalah muhasabah dan setting balik niat dalam apa jua perkara.Berbuat sesuatu biarlah kerana ALLAH.

Moga saya dan teman-teman sentiasa memperbaiki diri dalam menjadi hamba yang ALLAH redhai , bersyukur atas segala ni'matNYA, sentiasa mengadu padaNYa atas apa jua ujian.Insya-ALLAH


Ilaahi Anta Maqsudi, wa Ridhaka Matlubi.

Anak-anak : Ibu Bapa.::Permata Berharga::.

Saturday, November 20, 2010
Selagi  diri punyai ayahbonda, selagi itu kasih pada mereka perlu dipamerkan dengan sikap dan peranan.Jika mereka sudah tiada, pada siapa lagi tempat untuk kita curahkan kasih sayang. Hanya doa-doa yang kita dapat hantarkan. Ohh! Sungguh rugi jika tak dapat berbakti!

Saya tersentuh, makin hari rasa makin mendalam kasih pada mereka. Mungkin kerana usia sudah menonjolkan peningkatan. Mungkin kerana lebih banyak belajar dari persekitaran dan mengetahui hakikat iman. Dan apabila sampai ayat Quran ini air mata berderai-derai, tak tertahan lagi.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

Surah Al-Ahqaaf :15




Saban hari ada sahaja kes warga tua, jikalau tidak meninggal dek kerana kemalangan, mungkin kes ditinggal anak-anak ditepi jalan. Sebak didada , tenggelam dalam air mata. Itukah dia si anak durhaka?? Sampai hatimu membiarkan ayahmu, atau ibumu terpinga-pinga keseorangan , kebuntuan mencari jalan pulang. Sedangkan dia sedang sakit, baru lepas pembedahan(rujuk berita warga emas yg ditinggal dijalanan lepas diambil anaknya dari hospital sejurus pembedahan)

Sampai hatimu!!!!

Jika dulu, mereka lah yang melahirkan, membesarkan, memberi pendidikan, makanan , pakaian padamu. Mereka susah payah memeliharamu. Tak mengapa jika mereka  tidak ada pakaian baru, asal anak-anak dapat yang terbaik.

Masa dikau tidur tak dibiar seekor nyamuk pun menggigit dirimu,apatah lagi mencubit lenganmu. Tapi bila kau dewasa, kau banyak kali mengguris luka dihati mereka, meninggalkan luka yang lebih sakit dari gigitan seekor nyamuk.Pedihnya hati ibumu….

Kalau mereka sakit, batuk-batuk, kau pantas berkata " Alah, sakit biasa je tu, kejap2 lagi oklah tu, apa nak susah!." Sungguh " lazat " percakapanmu.Walhal dulu ketika kau diserang deman atau sakit, merekalah yang tidak berhenti membawa dirimu berubat. Ibu pula dengan senjatanya yang paling hebat.Doa!!.Ya, doa itulah yang membuat dirimu kembali sihat, kerana ia tulus dari hati seorang ibu , seorang hamba yang minta bantuan dari Rabbnya.

Ketika dirimu dipengajian tinggi, sering kau telefon. " Mak, bila nak masuk duit ni, dah kebulur anak mak ni!.Bertanya khabar pun tidak sempat, hanya "Duit" terluncur dulu, meluluhkan hati si ibu tua .Tapi tidak mengapa, ibu bapa mu sedar memang itu tanggungjawab mereka. Lantas susah payah  kumpulkan duit, risau  anaknya tidak berduit , kelaparan sedangkan duit yang dikau dapat nanti, kau belanja teman-temanmu, kau beli pakaian berjenama kerana kau takut dikatakan orang miskin.Sungguh kau tiada empati!!

Bila sudah berkerja, punyai kereta berjenama, banglomu mewah dan kau jadi orang ternama, kau makin lupa usul asalmu. Kau sudah ingin berumah tangga, sedangkan ayah ibumu tak sempat nak rasa jasamu. Tapi tak mengapa, mereka faham jodoh ketentuan ditangan ALLAH. Ayah , ibumu? Ahh, biar sahaja mereka. Aku sudah  senang sekarang.Nantilah , cuti panjang baru ku jenguk mereka.

Ayahbonda dikampung, makin lama , makin sudah ingin menutup mata, hanya tunggu masa, hanya tumpu ibadah pada yang Esa. Anak-anak, sudah lupa mereka. Masing-masing sibuk dengan kerja. Tiada masa.

Alih-alih satu hari, kau terima panggilan dari jiranmu, katanya,” Sabar ye, ALLAH lebih sayang orang tuamu, ayahbonda mu selamat kembali kerahmatullah di tanah suci mekah. Mereka pergi, tak kembali lagi.

Saat itu, meraunglah sekuat hatimu,panggillah nama mereka sebanyak-banyak yang kamu mahu.Panggillah, meraunglah.. Sudah tak dapat kau ubah takdirNYA, mereka sudah kembali disisi pencipta.PERGI TAKKAN KEMBALI

" Setiap insan pasti akan merasai kematian"

ALLAH..Aku menyesal ya ALLAH, aku janji kalau mereka ada, aku nak peluk mereka, cium, aku akan selalu balik jenguk mereka..ya ALLAH...aku menyesal...mak..jangan pergi dulu..abah…. baliklah…

Saat itu, tiada guna untuk diri yang bergelar anak. Air mata sahaja peneman lara. Jikalau banyak dosa dengan mereka, bukankah teruk rasanya.
Ayuh sahabat-sahabat diluar sana.Selagi kedua ibu bapa kita masih hidup, hormati, kasihani, sayangi mereka. Turuti perintah mereka selagi tidak melanggar syariat ALLAH, ayuh kembali ke jalan pulang, jika dahulu dirimu seperti contoh diatas atau sama waktu dengannya, segeralah memuliakan orang tuamu. Tidak rugi, malah berganjaran besar.

" Redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa"

Redha ALLAH yang utama, redha ibu bapa bukan yang kedua. Sahabat diluar sana, saat yang indah untuk mulakan hari-hari yang baik dengan ibubapa kalian sekarang. Mulakan berhadapan dengan orang tuamu dengan semanis senyuman. Tiada apa yang mereka pinta melainkan kasih sayang dari seorang anak. Senyuman yang bisa melapangkan hati mereka. Mendengar suara kita dihujung telefon ,bertanya khabar dan jika balik jumpa mereka,ciumlah  dan peluklah  dengan  kehangatan kasih sayang seorang anak..Itu sudah cukup!!!


.

Apa Khabar?

Friday, November 12, 2010
Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak megupdate blog ini. Amanah sebagai pelajar jua hamba sentiasa menghambat diri ini dan sudah pasti nya siapa-siapa sahaja diluar sana. Boleh tanya khabar semua?

Apa khabar iman? bertambah kah atau berkurang kah ia?

Apa khabar hati?   Noda hitam semakin bertambah atau sentiasa disucikan?

Apa khabar diri dan fizikal?  Sihatkah ia untuk terus beribadah dan ber'ubudiyyah kepada Rabb.?

Insya-ALLAH, hanya sama-sama mengajak untuk bertanya khabar diri sendiri. Terutama diri yg menulis ini. Jawablah dalam hati dan muhasabah kembali.Ayuh!!

Nota buat hati

Friday, November 5, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan baca post ini dengan ''kalimah toyyibah' diatas dan dengan senyuman dalam apa jua ujian dirimu=).Orang-orang yang kuat diuji  akan menjadikan jiwanya mantap, sahsiah hebat. Tak lain tak bukan ujian itu tanda kasih sayangNYA. Cinta pula satu sinergi  yang menguatkan hati dan jasadiah untuk kita lebih kuat. Cinta pada ALLAH lebih utama. Cinta pada makhluknya juga tidak terkecuali, cinta Rasulullah, ibu bapa, rakan dan taulan dan pada semua makhluknya.

Paling penting saudari dan saudara yang kukasihi kerana ALLAH, kita tahu erti cinta itu bukan untuk melumpuhkan segenap hidup,tapi untuk lebih mekar dalam bahagia mengharungi mehnah(ujian) hidup

Cintakan manusia, manusia kan pergi jua, cintakan makhluknya yang lain pun tiada yang akan kekal.Yang kekal hanya cinta pada DIA.

Mengapa ku bicara tentang ini, kerana ada sesetengah diluar sana , apabila ALLAH uji dengan cinta manusia, lantas dia kecewa malah dengan segera berkata 

"Lebih baik saya mati macamni". 

Tidk terfikirkah hidup ini, asalnya untk siapa?. Jikalau ada rasa cnta, kita akan kembali kepada yang memberi cinta,ada sayang, begitu juga, ada kasih apatah lagi, segala-galanya kembali kepada ILLAHI ." ALLAH tak akan menbebankan sesuatu ujian diluar kemampuan hamba-hambaNYA", yakinlah! 

Alhamdulillah All praises to ALLAH,kita dah dianugerahkan ALLAH islam dan iman, kita cuba menganugerahkan diri sendiri dengan sebenar-benar tuntutan. Nak jadi solehah /soleh kerana ALLAH dan memang seutama-utamanya nak jadi solehah/soleh disisi ALLAH agar settle yang lainnya.

Kita jaga hubungan dengan ALLAH, ALLAH jaga hubungan kita dengan yang lainnya dan memberi kita kemudahan dari segenap sudut yang tak disangka...

Khas buat Muslimah:
Jadi mawar berduri yuk, indah dipandang, namun!! disentuh ia tajam

Salam Mujahadah buat semua
Kalam Hati
Bandar Teknologi Kajang



Musafir ilmu

Monday, November 1, 2010
Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata


Allah jua tahu, berat juga ya rasa begini. Rindu pada ayahbonda. Makin lama diperantauan, makin rindu.Rindu menatap wajah ummi yang sentiasa menenangkan. Menatap wajah ibu dengan kasih sayang itu pahala. Wajah Abah pula, biar sedikit garang tapi jiwanya sangat lembut.Masya-ALLAH! Moga ALLAH sampaikan rindu ini. Musafir ini, musafir untuk ilmu.



Untung ada kawan-kawan yang  ibarat satu keluarga. Sahibah-sahibah yang sentiasa menaut erat diri ini pada jalanNYA, tak biar sedikit pun gelincir. Tak mampu sungguh jika seorang sahaja. Tapi Insya-ALLAH ALLAH sentiasa disisi hamba-hambaNYA.Sama-sama doa moga ALLAH kurniakan hati yang salim atas apa jua rasa hati.




Ya Syafi Anta Al-syafi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...