Hati~Proses sokmo~

Sunday, January 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Langsung hati yang lemah itu sedikit- sedikit akur pada dunia ciptaan  pemiliknya(manusia itu),pohon dijauhkan, pergilah  menjauh hati yang tidak sejahtera , cinta ALLAH mendekatlah setiap waktu

Apa khabar semuanya,mudahan baik-baik sahaja.Insya-ALLAH.Bersiaran lagi dari hati terus ke hati. Bicara soal hati itu sentiasa akan  terus ada tanpa noktah sebab hati tu  selalu berhajat kepada proses tarbiyyah.

Saya sendiri masih lagi sentiasa dalam rangka proses hati, kadang-kadang rasa lesu, dan kadang-kadang rasa bertenaga. Banyak faktor atas kelesuan dan ketenagaan yang ada.

Apabila banyak nya dugaan kita mengadu dan doa" YA ALLAH lesu sungguh hati ini, hanya mengharap bantuanMU", (Tapi tak salah rasa down sebab kita akan ingat ALLAH lebih, tak begitu?=)

Tapi bila bertenaga kita kena pandu sebaiknya sebab kadang-kadang hati yang bertenaga , jauh pula  dari ingat ALLAH kan?Contoh: Rasa bahagia dengan rumah yang besar(hati dah membunga, sebab ingat rumah itu kekal buat selamanya),Rasa bahagia sebab keputusan exam tinggi 'sokmo'(na'uzubillah) Rasa bahagia dengan pasangan, dengan cinta melebihi cinta ALLAH(Ni sangat bahaya).

Ingat!! Apabila hati tidak diproses,tidak  dididik dengan sebaiknya, ia akan menjadi sangat bahaya. Bahaya pada  jiwa dan penghidupan.

Jadi, sentiasa proses hati agar ia sentiasa sihat, sihat yang membuah akidah yang sejahtera.Rasa lesu itu biasa, tapi jika bertenaga pandulah dengan sebaiknya agar sentiasa ingat pencipta. Tak ada apa yang mulia dalam diri selain cinta~iman~taqwa  pada ALLAH mengatasi segala-gala.

Sekadar melakar atas ibrah(pengalaman) .Moga ALLAH pandu.


Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah (QOLBUN)HATI. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Catatan KIBAR

Thursday, January 27, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Seusai kuliah, suasana gamat, kedengaran suara Fatin memberi arahan," Kawan-kawan yang terlibat dengan KIBAR sila berkumpul sebentar".

Tak sampai 5 minit semua berkumpul.Fatin selaku orang kuat KIBAR memulakan "ucapannya" dengan salam kemudian, pembahagian ahli bait sepanjang 3 bulan di Syria nanti.

Setelah bermusyawarah dan bertukar-tukar pandangan akhirnya keputusan dicapai.Al-hasil ada keputusan yang mana sesetengah pihak sangat berpuas hati dan sesetengah pihak berduka-cita.Diri ini? Apalah yang disedihkan wahai diriku. Disitu tiba-tiba rasa gundah, rasa gusar dan sedih. Entah mengapa. Walhal semua ada tujuan yang sama.Ingin menunutut ilmu, tapi keserasian hati , hanya diri masing-masing mengetahui. Rasa tak mampu jika tidak tak dapat tinggal dengan kawan-kawan yang sama-sama dah berjuang sepanjang 2 tahun lebih.( Padahal ALLAH ada dan semua rakan-rakan adalah  rakan seperjuangan).

Teringat pesan kekanda(k.amni), bersihkan hati dengan sebaiknya, nak kesana ingin menuntut ilmu, malah talaqqi dengan ulama' muktabar.Insya-ALLAH, pohon pada ALLAH atas apa jua rasa hati, pohon ALLAH pandu segalanya.

Tarbiyyah diri tu perlu ada kat mana-mana je, dan tidak mengira sesiapa sahaja. Asal diri kita positif, Insya-ALLAH semua lancar. Banyakkan berbaik sangka, Insya-ALLAH tak ada masalah.

Tak  ingin kongsikan selebihnya, sebab masalah hanya kecil, tapi hanya memujuk diri melalui tulisan yang ada.I'm persuade my own self.Tak mengapa. ALLAH ada=).Doa banyak-banyak.He knows better.


P/s : Maaf, kalau rasa terlalu open perkongsian ini, minta abaikan, hanya ingin berkongsi,moga-moga ada 'ibrah, tak banyak pun tak pe. Sungguh , wahai diri,sentiasalah LAPANG HATI

Cinta Syria

Sunday, January 16, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

All praises to ALLAH.Moga ALLAH memberkati seluruh nafas dan hidup mu'min.Permusafiran ini hanya nak harap redhaNYA.Mudahan DIA berkati.

Sedikit Isi Cinta Tentangnya

Sekarang menghitung hari.Lebih kurang 41 hari masanya bakal tiba, berdebar-debar rasanya hati.(Jangan silap faham pula ye,teman-teman sekalian=)Debaran ini lain rasanya kerana jika diizinkan ALLAH nak jejak sebuah bumi asing pada hujung Februari nanti, bumi yang padanya barakah. Bumi Anbiyaa'. 

Tempat yang dimaksudkan ialah Syria, disitu terletaknya maqam beberapa orang sahabat baginda s.a.w,antaranya Bilal Bin Rabah.Subhanallah! Maqam salah seorang sahabat baginda s.a.w yang hebat, yang kerasukan iman pada ALLAH tanpa syarat. Beliau menerima seksaan yang amat dasyat diakhir hayatnya. Hanya lafaz pengubat jiwa.ALLAH..ALLAH..ALLAH demi mempertahan hak islam tercinta yang ada pada dirinya.

Disitu juga terdapat Gunung Qosiyun, yang mana  dipercayai menjadi lokasi peristiwa pembunuhan Habil. (putera Nabi Adam as yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil lalu menjadi kes pembunuhan pertama di dunia).

Dan banyak lagi tempat-tempat yang padanya ibrah dan sirah. Insya-ALLAH jika berkesempatan akan dinukilkan selama mana disana. Tapi, bukan tujuan utama untuk menjelajah dan berziarah, hanya sebagai sampingan sahaja tu tapi dapat ziarah sambil2 tu( satu bonus yg bernilai,ALHAMDULILLAH=).Tujuan utama pastilah ilmu.

Nak  menuntut ilmu dan bertalaqqi dari Ulama' muktabar disana. Antara ulama'@Syeikh ialah
  •  Syeikh Dr. Abdul Aziz Al-Khatib
  • Syeikh Samir Al-Nas
Nak kuasai bahasa syurga dengan sebaiknya, nak mengenali masyarakat yang sangat dekat dengan ALLAH, nak melihat islam dari masyarakat yang pelbagai. Banyak sangat tujuanya.

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)


Dan permusafiran ini semata-mata nak  harap redhaNYA, OF COURSE.Tujuan bermusafir yang dianjurkan Islam ialah dengan menggerakkan  mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. Minda si musafir hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada aktiviti permusafirannya itu.

Banyak lagi yang ingin dikongsi,Insya-ALLAH bakal menyusul kemudian. Buat masa sekarang hajat doa, doa  dan doa dari pembaca sekalian ye, moga ALLAH mudahkan.Mudahan, Insya-ALLAH=)

Dan jika ada siapa-siapa nak share tentang SYRIA pun boleh, mudahan jadi bekalan yang bermanfaat buat diri ini.Insya-ALLAH


Menanti dalam DOa
8.30pagi 
BEIT MAHBUB










Bangunan yang tidak rosak

 Bismillahirrahmanirrahim,

Lama tidak mentajdidkan(membarukan) entri,Jalan-jalan, jumpa entri  yang sangat bermnfaat untuk dikongsikan,moga-moga 'ibrahnya menebar seluruh relung hidup.SELAMAT MEMBACA, dan indah kan jika dapat jadi penghuni syurga??=)

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. 

Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." 

Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja.

"Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.

 INDAH KAN JIKA DAPAT JADI PENGHUNI SYURGA!!

 Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). 61. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.62. Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi.  63. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 64. Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya. 65. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 66. Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar. 67. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 68. Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. 69. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 70. Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik. 71. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 72. (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah. 73. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 74. Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. 75. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 76. Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. 77. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 78. Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Karunia.


Wallahua'lam

Kegusaran timbul:Doa yang diperlukan

Sunday, January 9, 2011
Hari-hari ku meniti hidupku,
Esok pula diulang kembali
Diulang, dan terus diulang,
Sampai satu saat, ku pasti kembali,
kembali kesisi yang mencipta diriku,

Tapi!
Segenap ketakutan terkumpul
Takut kerana hidup yang penuh cabaran,
Banyak perkara yang kadang-kadang diniat untuk DIA
Tapi adanya perkara-perkara dunia buat terpesong diri

Bagaimana ingin membaja iman wahai sahabat?
Iman yang terus subur menyegar
Menyegar dan terus berkembang
Sampai janji ALLAH untuk islam menang itu datang
Sampai umur dihujungnya
Sampai syurga


Akhir kalam:

Hari baru itu hari yang padanya lebih baik dari sebelumnya, tambah-tambah kita sebagai mu'min.
Hajat doa, doa dan doa yang berterusan, Moga tetapnya hati2 semua pada jalan DIA, biar pahit ,biar susah, moga2 itu tak jadi halangan.

TAHUN BARU: Anjakan paradigma?

Saturday, January 1, 2011
Bismillahirrahmnairrahim..

Apa khabar iman dan hati?[soalan untuk diri ini sendiri terutamanya].

Masuk tahun baru ini [Sebagai islam, tahun baru bermula 1 Muharram, bukan 1 Januari] sudah pastinya ramai yang ingin melakarkan anjakan paradigma dalam diri  masing-masing.Anjakan yang bagaimana? Terpulang pada diri masing-masing TAPI!!!pastikan ia membuat anda bertambah kecintaan pada DIA yang memberi cinta.

Rugi bukan kalau hari-hari kita hidup dan buat perubahan ke arah yang lebih baik tapi tak syar'ie. Kena jelas berubah kerana apa? Kita taknak kita berubah kerana satu-satu perkara yg tak kekal,seperti kerana manusia, kerana harta, dan duniawi semata-mata.Tapi biarlah kerana ALLAH.

Sebagai mu'min sepatutnya tiap hari, hari yang baru, kerana HARI ESOK PERLU LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA.

Ada satu lagi persoalan yang sering berlegar-legar yg penuuuh tanda soal apabila melihat manusia dizaman ini.

Apabila dia mencintai lagu -lagu yang tak soleh,[lagu yg dinyanyikan oleh STACY seumpanya]masih ada lagi cinta pada ayat-ayat Al-Quran.????????  Sebab islam itu TIADA PADANYA TITIK PERCAMPURAN.Umpama minyak dan air. juga,mana mungkin boleh bercampur.


Islam dan jahiliyah tak mungkin boleh disatukan. Jika kita islam , ambillah islam secara keseluruhannya, mengapa masih mewujudkan unsur-unsur jahiliyah dalam diri.SANGAT RUGI BUKAN?

Apa-apa pun ini semua berpunca dari hati. Hati yang baik, akan sentiasa menjaga segalanya, dan hati yang rosak akan membuat semua rosak binasa.Oleh itu, FROM NOW,Check hati kita dan jangan lupa renovate.Dan  Shift your paradigm to ISLAM.


Carilah hati mu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, , jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak menjumpai juga, berdoalah kepada ALLAH , pinta hati yang baru..”

Salam permujahadahan,

Wallahua’alam,ALLAH jua yang MAHA mengetahui

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...