Saranan untuk menggerakan bersih 5.0

Wednesday, June 29, 2011



Hati kita. Bersih atau Kotor?

Setiap hari, hati kita terdedah kepada "kepanasan" udara jahiliyah yang akan menyairkan serta melunturkan keimanan kita kepada Allah SWT.

" Bayangkan, keimanan kita luntur!"

Suasananya panas, membahang dan mendidihkan - jiwa kita yang asalnya disimbahi ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman ruh iman kian hilang keasliannya. Hati dipenuhi dengan kegelisahan, ketidaktentuan dan bebanan jiwa yang memberatkan. Terkena kemudaratan jahiliyah.

" Hati kian hitam, kotor, jijik, kaku dan semakin gersang!."

Pedulikah kita tentang hakikat BERSIH hati yang perlu diservis setiap hari? Bahkan, soal ini jarang sekali mendapat keutamaan dalam agenda seharian manusia. Betulkan kenyataan ini?

Tuntutan BERSIH HATI (BERSIH). Lima penawar hati yang akan menjernihkan semula nurani anda. Ia akan mencahayakan kembali cahaya putih di dalam jiwa anda.

Jom BERSIH HATI dengan 5 penawar hati! Inilah dia BERSIH 5.0. Tuntutan yang perlu digerakan dalam kehidupan kita setiap hati. Ayuh, HATI anda mempunyai hak yang harus ditunaikan sesegera mungkin.

BERSIH 5.0


[1] Bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.


[2] Sentiasa membaca Al-Quran dengan tadabur, khusyuk dan mengingsafi.


[3] Memelihara perut daripada makanan yang HARAM


[4] Melakukan solat malam (tahajud)


[5] Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah SWT

Lima penawar hati ini, merupakan saranan oleh Imam Abul Laith al-Samarqandi, di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin.

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Ayuh, kita lakukan BERSIH 5.0!
 
Penulis:http://brohamzah.blogspot.com/

 


Kunci Kejayaan Dalam Diri

Tuesday, June 28, 2011

Allah maha penyayang.Allah sentiasa menguji dan terus menguji sebagai tanda sayang NYA.

Teringat kata-kata seorang adik ini" Akak ni senyum sokmo, macam tak ada masalah"..

 Dengan senyum juga si kakak itu menjawab" Dik...rasanya semua orang punyai masalah yang tertentu , yang mana masalah yang mereka hadapi berat atau ringan, dan macammna mereka urus masalah itu dengan baik, akak juga manusia seprti adik,mana mungkin akak juga lari dari masalah"

Tapi macammana akak selesaikan masalah -masalah akak?

Dik..kita ada ALLAH kan? Gembira, duka, ceria, semuanya kembali pada DIA, dari dia semua datang kepada DIA semua kembali. Jadi banyakkan pohon pada DIA, kalau boleh kita menangis.. minta DIA bantu kita, mengadulah walau sebanyak mana pun kat DIA, DIA tak akan jemu pada doa-doa kita.

Bukan seperti manusia yang cepat jemu dengan sikap manusia yang lain(Bukan semuanya). ALLAH ni kita minta banyak-banyak , tiap masa pun tak mengapa, malah DIA sentiasa menantikan pengaduan hambaNYA.

Jadi akak selalu menangis?

Err..malu akak untuk cerita, tapi hakikatnya begitulah. Ada masa kita kita perlu dating lebih dengan DIA, menangislah lama mana yang kita mahu, ceritakan setiap masalah, ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui. Alhamdulillah lepas tu akak rasa sudah jatuh batu yang sedang menghimpit dada.

Allah..


Macammna akak boleh sampai tahap tu?

Ermm..Apabila ALLAH matlamat utama kita didunia, itulah yang akan kita rasa.

Sebagai contoh : Kita saya sayang ibu kita, setiap kata-katanya adalah penyejuk jiwa.

Begitu jua ALLAH(Sesekali tidak menyamakan DIA dengan makhluk) Apabila kita rasa jiwa bertuhan, kita akan kembali kepada yang memiliki jiwa itu, kita percaya dan yakin apa yang DIA hadirkan bukanlah sia-sia, malah DIA nak bagi hadiah yang kita tak sangka-sangka.


Semua akan balik pada DIA kan nanti?

Akak juga ...tapi nak balik dengan keadaan DIA redha, ini kuncinya juga..


Macammna?

Sentiasa buat apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang.-Ini kunci yang paling senang.


Tengok dik,Allah dah bagitahu awal-awal kunci kejayaan seorang mukmin.


Tapi kak ,pelaksanaannya bukanlah semudah yang disangka.

Apa-apa pun tak mudah kan dik? Lihat sahaja perjuangan baginda dan para sahabat , mereka bersusah payah demi  ummat, ujian mereka hebat, mereka syahid kerana islam,usaha mereka juga hebat, natijahnya? Islam sampai pada kita pada hari ini kan?

Para salafussoleh bukannya ahli dosa tetapi mereka senantiasa pohon keampunan kepada ALLAH.Kita?

Dosa yang semalam belum terampun, timbul lagi dosa lain , banyak sudut dosa sekarang, mudah dan segera mendapatinya, FB sahaja pintu-pintu dosa jika tidak diguna dengan sebaiknya.

Na'uzubillahiminzalik

Bukan mudah nak masuk syurga kan dik? banyak duri-duri yang perlu kita lalui. Kadangkala tercalar, kadangkala luka  berdarah.

Ini lah taqwa kan?


Ujian, amal, sabar,dan iman, taqwa seiring menjadi pakej lengkap menuju gelaran mukmin yangs sebenar. Jangan sesekali pisahkan ia .


Jadi mari lihat kesimpulannya

  •  Menjadi mukmin sebenar bukan seindah yang disangka, bunga yang indah ditaman juga ada padanya duri inikan pula hidup berjiwa hamba. Ujian -ujian tidak akan lari dari hamba itu.
  • Bermujahadahlah membuah kesabaran yang jitu
  • Kenali diri, Insya-ALLAH, ALLAH akan dikau kenal
  • Banyakkan muhasabah diri, barangkali ada hak-hak yang tidak terlaksana sesama manusia atau pada ALLAH
  • Positif pada semua rencana ALLAH.
  • Jelas matlamat hidup
  • Perbaiki mutu ibadah
Allahua'lam


P/s : Anggaplah orang yang ditanya itu adalah  kalian yang membaca. Kalian pernah kan diaju begitu?
*_*Walau tak nampak, tapi barangkali ada yang menjawab " Iya, Saya pernah".

Moga ALLAH kasih
Ghurfah Al-Habibah
Bangi

Marhaban duhai mujahid-mujahid ummah

Sunday, June 26, 2011
Wajah-wajah suci


  Muhammad Hilal Akhyar

       Pewaris ummah yang ke-2  Abang Roslan : Lahir 8 Jun 2011  Bersamaan 6 Rejab 1432 H

 Nama? Belum lagi hari ke -7 =)

 Pewaris Ummah pertama Kak Murnie : Lahir pada 25 Jun 2011 bersamaan 23 Rejab 1432


Selamat datang ke dunia yang penuh mehnahnya mujahid-mujahid ummah. Cik Na doakan kalian membesar sebagai orang kuat dengan fikrah agama, menjadi yang soleh, memperbaiki diri dan mengajak orang lain. Menjadi penyejuk hati ayahbunda.

Dua-dua lahir bulan Rejab:)

Majulah diri untuk islam

Wednesday, June 22, 2011
Pernah dengar motto ini " Majulah sukan untk negara". Rasa-rasanya semua pernah. Bermaksud memajukan negara dengan pencapaian sukan yang membanggakan. Mungkin itu maksudnya.

Bagaimana pula dengan motto ini

" Majulah diri untuk Islam"  =)

Maksudnya?

Saya pulangkan pada anda yang membaca.

Segar dan mengharum

Monday, June 20, 2011
Saatnya ingin pulang, bunga-bunga ini baru sahaja menyegar dan berputik, seperti cinta ku pada bumi syam yg terus menyegar itu...

Bagaimana untuk diluah rindu yang sentiasa menebal ini. Rinduu bumi itu, hakikat yang sentiasa menyegar. Entah dari sudut mana datangnya sampai bibir sentiasa menyebut-nyebut perihal sana.

Tahulah diri ini bahawa yang menyatukan ialah cinta! Cinta dan kasih pada mereka yang telah lama meninggalkan kita semua, berabad-abad lamanya.  Walau hanya melihat tempat jasad mereka bersemadi, tapi kerinduan menebal-nebal dan lebih  mengingatkan pada perjuangan mereka bersama Rasulullah s.aw, sama ada para anbiyaa', sahabat, tabi', tabi'in(yang menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w) dan lain-lain. Saat ini bersama deraian air mata, hanya mampu doa , jikalau  diri ini tak mampu meneruskan perjuangan melawan musuh-musuh islam yang makin mengganas  meracuni pemikiran  ummat islam, biarlah perjuangan mengekalkan ni'mat islam dan iman dalam diri masih utuh.

Tak mampu tulis panjang...

Ya ALLAH bantu kami -Kekalkan ni'mat islam dan iman dalam diri kami

Kecantikan: Sempurna pada hak auratmu

Friday, June 17, 2011

Kecantikanmu umpama matahari yang menyinar apabila auratmu dijaga dengan sempurna.

Apabila terdedah dengan ramai orang , banyak sahsiah yang dapat kita tengok terutama wanita. Samada yang menutup aurat dengan sempurna atau yang tidak sempurna. Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna. ALLAH s.w.t telah menegaskan kepada wanita.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Hak kita pada diri perlu kita jaga apatah lagi hak diri kita pada ALLAH. Apakah rasa bila diri anda adalah seksi , bangga, gembira? Err..sangat kerugian dan dan kesal yang tak sudah diakhirat kelak apabila dibangkitkan dengan tertulis dikitab amalan bahawa dikau tidak menutup auratmu dengan sempurna.

Isteri saya cantik, biarkanlah...

Setiapkali terserempak dengan pasangan suami isteri akan saya perhatikan, bukan untuk mencemuh tapi untuk mengambil 'ibrah. Sesetengah pasangan yang saya lihat, sangat kasihan, dan terdetik dihati" kasihan suaminya, "terpaksa membahu beban dosa si isteri yang tidak menutup aurat dengan baik

" Isteri saya cantik biarlah orang lihat kecantikan dan keseksiannya"
Amat malang bukan mempunyai suami sebegini, tidak menjaga maruah isterinya malah tidak mengajarkan isterinya dengan ilmu agama , walhal jika sisuami tidak mampu mengajar ilmu keagamaan harus untuk sisuami mengambil inisiatif lain agar si isteri dan dirinya mendapat pendedahan tentang agama. Oleh sebab itu, perkahwinan tanpa ilmu, amal, dan iman tidak menjamin segalanya. Hal itu telah saya nukilkan disini" Saatnya walimah" Betapa kesemua itu memainkan peranan.

Suami yang soleh , tidak akan pernah suka melihat isterinya menjadi tontonan umum dengan dalam keadaan bertabarruj-berhias lebih-lebih hingga melanggar syariat islam malah tidak menutup aurat.

Opps..tercenderung pada pasangan yang telah berkahwin. Bagaimana yang belum??

Yang belum kahwin, peluang mendalami ilmu agama sangat luas, kesempatan yang ada gunakanlah dengan sebaiknya.


Pernah dengar kata-kata ini what you give you get back!!

Jika anda seorang yang memelihara maruah diri, aurat dengan sempurna dan menjaga diri untuk yang hak , Insya-ALLAH si dia yang akan anda kahwini begitu juga.Memetik juga kata-kata novelis islamik yang dikasihi.

" Jika anda seorang yang suka mesej yang bukan mahram tanpa urusan syar'i,Insya-ALLAH pasangan anda begitu juga"

Ini bukan teori dangkal diri saya dan dia tapi ia adalah titipan ALLAH.



lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.-An-nur: 26

Duhai wanita, ayuh..kalian kebanyakkan seorang terpelajar..jadi mari berfikir dengan akal yang sihat yang ALLAH kurniakan pada kita sepertimana ALLAH sering mengulangi dalam al-quran

Afala ta'qilun-Tidak kah kamu mengerti?
Afala tataffakarun-Tidakkah kamu berfikir??

Mari bermuhasabah sejenak:)


  

Proses itu tiada limit

Tuesday, June 14, 2011
Perjuangan di dunia ini adalah perjuangan dalam mengekalkan nikmat islam dan nikmat iman, makin kita kata kita cinta pada DIA, makin kita diuji  dengan sebesar-sebesar ujian~epilog hamba

Manusia diuji dengan berbagai -bagai ujian, ada yang perlu berperang dengan hawa nafsunya, dengan teman-teman sekeliling, dengan masalah kekeluargaan, dan juga masalah cinta. Cinta yang mana merangkumi semua kategori, cinta teman2, cinta ibu ayah, cinta orang-orang sekeliling dan juga cinta ALLAH.



Ujian cinta ALLAH benar-benar perlukan perjuangan yang sangat besar, sangat hebat. Perlu bermujahadah sepanjang waktu. ALLAH itu sangat PEMURAH, PENYAYANG, PENGASIH. Nikmat yang DIA beri tidaklah terhitung berapa banyaknya.Tapi manusia itu kadang-kadang lupa,walau satu sahaja ujian yang datang kadangkala menutupi 10 lagi nikmat yang ALLAH beri. Kasih sayang ALLAH ni sangat tidak mengenal siapa. Kasihkan ALLAH itu seutama2 tujuan didunia ini. Sabarlah atas segala ujian yang diberi, kerana ujian itu tanda kasih sayangNYA. Ujian yang datang adalah hanya untuk menduga kita, setakat mana kecintaan kita padaNYA. Bukan hanya dengan berkata aku beriman tapi tidak diuji.





"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."


-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Buah sabar itu manis, tak pe lah walau ujian yang datang itu berat, dan kadang2 kita rasa tak mampu sampai berkata” Ya ALLAH…………… sungguh aku tak mampu atas ujianMU ya ALLAH”. Walau apa pun yang kita lalui teman-teman,yakinlah , sebenarnya disitulah ALLAH mentarbiah kita. Cara ALLAH mentarbiah hambaNYA adalah pelbagai. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa itu satu proses tarbiah.



Firman ALLAH s.w.t




"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kita tak boleh rasa yang proses tarbiyah yang kita lalui itu sudah mencukupi kerana proses itu tiada limitnya hinggalah ALLAH mengambil nyawa kita. Mukmin itu perlu lalui proses tarbiyah yang boleh memantapkan iman menyekalkan hati.

Susah kan teman-teman?? Tapi percaya dan yakinlah, ganjaran disana sangat sungguh tidak disangka-sangka, SYURGA itu ganjaran paling istimewa buat hamba-hamba  yang taat dan patuh padaNYA.



sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga(taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air(yang mengalir)…..
15:45



Mukmin itu tak ada masa nak buang masa

Perlu rancang masa yang ada dengan sebaiknya. Terususun segala urusannya. Baginya masa yang ada adalah untuk dimanfaatkan sebaiknya. Perlu kuatkuasakan dalam diri istilah ini” Tiada masa untuk buang masa”, kerana didunia ini hanyalah ladang untuk bercucuk tanam, akhirat jua tempat kita menuai hasilnya. Banyak yang ditanam didunia, maka banyaklah hasil yang bakal dituai diakhirat kelak. Tiada apa-apa dah yang dapat kita bawa ke sana nanti melainkan amal-amal soleh.



Betul !! jalan kesyurga tidak dihampari permata serta permaidani, tapi penuh ranjau dan duri, pelbagai kesukaran yang perlu kita tempuhi,manakala jalan ke neraka itu penuh dengan keseronokan, penuh hiburan, kerana apa? Kerana ALLAH ingin melihat hambaNYA berusaha dalam segenap hal hatta cintaNYA sekalipun.



Oleh itu teman-teman yang dikasihi ALLAH,Sama-sama kita membina jambatan kesyurga yang kekal abadi. Agar nantinya kita memperolehi sebaik sebaik natijah.







Salam mujahadah buat mujahid mujahidah ummah



Cinta tersemai disana : Bahagian 2

Saturday, June 11, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Menyambung lagi zikrooyat al'athirah(Kenangan yang mewangi)

Buminya

Buminya ialah bumi barakah ,Insya-ALLAH. Menurut lecturer disitu, bumi shams telah ALLAH sebutkan dalam al-quran bahawa tidak ada satu pun seperti negerinya.

yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
                    Surah Al-Fajr: 8
(Walahua'lam )

Aathar Qadimah(Sejarah Lama)

                         Maqam ra’sun (kepala)Nabi Yahya a.s.   

Tempat-tempat yang mempunyai tinggalan-tinggalan mereka yang mulia itu seperti maqam ra’sun (kepala) Saidina Husain r.a anak kepada Saidatina Fatimah Az-zahra ~Al-Batul dan Saidina Ali radhiallahuanhuma. Dikisahkan bahawa badan Saidina Husain r.a bersemadi di Karbala’ .Berhampirannya juga maqam ra’sun Nabi Yahya a.s. Salam atasmu wahai kekasih ALLAH.Dua-dua maqam itu terletak di Masjid Umawi atau Omayad, salah satu masjid yang paaaaling lama.


                          Masya-ALLAH, gah sungguh Coliseum ini!!

Kami juga ke ke Busro yang mana terletaknya Coliseum yang hampir 1000 tahun usianya. Masya-ALLAH, semuanya izin ALLAH. Tempat itu sungguh gah tercipta hasil usaha  dizaman Rom. Tanpa bantuan alat-alat pembinaan seperti sekarang, binaan itu ternyata adalah sebaik-baik binaan hasil kerja keras mereka. Terletak tangga yang bertingkat2 dan ditengah-tengah itu adalah tempat perlawanan antara mereka.

Berhampiran itu juga, terletak tempat Baginda s.a.w diramalkan kenabiannya oleh pendeta Buhaira di Buheira Cathedral (gereja pendita nasrani yang terkenal – Buhaira). Buhaira pernah bertemu Nabi Muhammad s.a.w. di situ ketika Nabi s.a.w. berusia 12 tahun (sebelum diangkat menjadi Rasul).Dalam pertemuan itu Buhaira memberitahu tanda-tanda kenabian kepada Muhammad Bin Abdullah(yang ketika itu nabi Muhammad s.a.w baru berumur 12 tahun mengikut bapa saudaranya Abu Talib berdagang ni negeri Syam.


Kami juga sempat mengucapkan salam kerinduan di maqam ulama’ yang ilmunya sangat gah dipanjangkan hingga hari ini, iaitu dia yang mulia,Imam An-nawawi di Nawa. Maqamnya  dilindungi pokok besar, dan diceritakan dahulunya dibina kubah menutupi maqam Imam Nawawi, tetapi Imam Nawawi” tidak berkehendakkan” kubah tersebut akhirnya kubah itu runtuh, dan lebih kurang seratus tahun lepas telah tumbuh sebatang pokok besar seakan-akan kubah melindungi maqamnya sampai hari ini. Salam atasmu wahai Imam Nawawi.
                           Dhorih Imam Nawawi Di Nawa



To be continue..
18:34
Ghurfah Al-Habibah 
Bandar Seri Putra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...