Cerita MUKA BUKU

Sunday, July 29, 2012

Ini wajah muka buku ori, tapi sekarang kita bercerita tentang muka buku FB.Banyaknya cerita di dalam muka buku(FB) 

Hati gelisah
Melihat terlalu banyak gambar dan cerita
Tentang dunia semata-mata
Tidak menuju pada yang Esa.

Hari ini "boyfriend" belanja
Ini gambar "lover" saya
Kenapa "dia" terlalu cute
Semalam "encik tunang" bagi bunga
"Cik tunang " ni suka merajuk
Bestlah keluar dengan "korang"(merujuk geng campur lelaki+perempuan)

Apakah ini satu cubaan?
Menilai tahap keimanan?


Apakah tidak sedar
Itu jalan-jalan kecil pembuka maksiat,

Kata ALLAH "Jangan hampiri zina",Orang mukmin itu dilarang menghampiri jalan itu,
Apatah lagi menujunya.

Apakah ini dugaan?
Membukti tahap ketaqwaan?



Terlalu banyak bercerita
Tidak ada gunanya
jika tidak merujuk" kata" yang Esa

Kembalilah!!
Kembalilah semua kepada  fitrah ,

Dialog dengan Tuhan kita;

" Alastu birabbikum"
Qoolu" Bala syahidna"
Bukankah Aku Tuhanmu
Jawab manusia" Ya, bahkan kami menjad
i saksi"



Dustalah kita,
Terpesong dari janji dan kata,
Yang kita patrikan di alam roh dengan DIA.

Bangkitlah!!
Bangkitlah semua,
Masih belum  terlambat,
Jalan DIA masih luas terbuka,
Buat mereka yang ingin bahagia,
Buat mereka yang ingin ni'mat yang lama,
Buat mereka yang mahukan syurga.

Hakikatnya ialah buat SESIAPA yang mahukan  CINTA yang ESA.

Ramadhan; kita bersua lagi :)

Saturday, July 21, 2012


Terharu dan teruja sampai pada bulanmu, moga madrasah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Alhamdulillah, Allah izin kita masih lagi  dikurniakan umur yang panjang untuk bertemu ramadhan yang penuh keberkatan.


Tak semua orang dikurniakan kesempatan ini. Ada yang sebelum ini berdoa untuk dikurniakan kesempatan bertemu ramadhan , akan tetapi telah terlebih dahulu "pulang" bertemu "TUAN" pemilik bulan ramadhan, serta pemilik  setiap apa-apa yang lain. Laailaha illallah".Tiada Tuhan selain Allah.


Alhamdulillah,alhamdulillah,thummalhamdulillah  atas kesempatan yang ke'emasan' ini.


Dikesempatan yang penuh keterujaan , saya  secara peribadinya mengambil peluang mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan. Moga segala apa -apa 'amal yang kita lakukan pada ramdhan kali ini lebih baik dari sebelum ini. Dan moga setiap 'amalan diterima dengan markah "cemerlang" di sisi Allah.


Gunakanlah kesempatan yang indah, berkah, mulia, serta keemasan ini dengan sebaiknya. 


Jika sebelum ini kita banyak membuka muka buku(Facebook) jom , ramadhan ini kita banyak membuka muka Al-Quran.


Jika sebelum ini kita banyak lakukan perkara yang sia-sia tanpa ada manfaat, halaukan tabi'at itu , alu-alukan akhlak yang baik dan sifat menghargai masa.




SUNNGUH! Terharu dan teruja sampai bulanmu ramadhan. Moga keterujaan ini kerana CINTA kepada ALLAH, bukan kosong dengan perasaan semata-mata.


SALAM RAMADHAN KAREEM. Kullu 'am wa entum bikheir.


MARIENA IBTISAM SYARHA
'ASIMAH TEKNOLOJIYYAH.

Kekuatan hati perlu dibina.

Wednesday, July 11, 2012
Bismillah,

Aduhai ramadhan, rinduunya berkah bulanmu. Tak sabar menjenguk "jendela" Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan!

Allahurabbi, lamanya meninggalkan blog ini tanpa ada coretan peringatan. Tak pasti ada yang mengikuti blog ini secara istiqamah atau tidak. Pada yang sudi menjenguk blog ini tapi hampa kerana tiada ada sebarang update, saya pohon kemaafan. Banyak tugas yang lebih "aula " menanti di alam realiti.

Apa khabar kawan-kawan semua?Kondisi iman dan hati bagaimana? Didoakan lebih cemerlang dari sebelumnya..Beruntunglah sesiapa yang mempunyai hati yang sejahtera.

KALI INI, saya ingin berbicara lagi  tentang hati. Soal hati itu perlu sentiasa kita kemaskini dan bicarakan kerana hati kan RAJA, mastermind  buat kita. Hati ok, insya-Allah peribadi ok!

Sahabat,
Kadangkala kita mampu  menjadi orang yang kuat dari bebarapa aspek seperti ketahanan hati dan sebagainya, tapi kadangkala kita tidak terlepas menjadi orang yang lemah. Saya juga , tergolong orang-orang yang sangat  lemah. Lemah kerana manusia memang lemah, ditambah sifat manusia  sering lupa. Tiada kekuatan yang perlu saya gantungkan melainkan pada Allah.

Fitrah manusia, mudah terpesona dengan yang dinamakan keindahan. Siapa tidak suka akan keindahan.Saya  juga  kadang-kadang  mampu terleka dengan dunia yang serba indah ini, bila terpesona, cahaya pesona menyeruak dalam diri. Allah, lemah betul hamba ini.


Mencintai sirah Rasulullah dan para sahabat,

Dalam ketergesaan waktu yang sering menghambat ini, adakalanya kita tak mampu nak sapa semua orang, kita tak  mampu nak mesej setiap orang yang kita kenal dan cintai.

Adakalanya saya terfikir, para nabi dan sahabat2 mempunyai chemical yang sangat kuat. Jiwa mereka " segar" lantaran jernihnya peringatan. Walaupun mereka berjauhan tapi mereka  saling menguatkan, dan saling mendoakan. Biarpun mereka teruji, biarpun mereka menderita, biarpun mereka disiksa, tapi mereka seakan "mabuk " sehinggakan tidak merasai semua itu satu penderitaan bahkan ia tanda cinta  Tuhan mereka. Dan ujian yang menimpa menjadikan mereka lebih cinta Allah dan rasulullah s.a.w.Aduhai, alangkh kuatnya  kesan "Rabithah Hati".

Saya masih terkesan dengan cinta para sahabat. Antara mereka ialah Uthman bin Affan. Bilal bin Rabah, Uwais Ar-Qarni dan ramai lagi sahabat-sahabat yang sanggup  merasai "nikmat kesakitan" di dunia demi ni'mat yang kekal selama-lamanya di syurga.

Apa yang buat mereka thabat dengan cinta Allah, mabuk cinta pada Allah? Kerana mereka banyak KOMUNIKASI dengan Allah. Kita? Err..saya sendiri? Allahuakbar!


Masih lagi "membaiki hati" dan sememangnya  proses "baiki" akan berterusan. Moga Allah bantu


Saya masih lagi pelajar, dan insya-Allah sampai liang lahad diri ini akan memegang title pelajar.  Saya cinta Allah, dan terus cinta Allah selagi mana Dia mengizinkannya. Tapi  manusia tidka terlepas dari ujian.Ujian mengajar kita erti  sesuatu, ujian membawa serpihan-serpihan hikmah.


Kesimpulan :Perlu bina kekuatan

Kejayaan yang datang tak dapat dicapai begitu sahaja betul tak? Perlu ada usaha, perlu ada jatuh bangun, perlu ada ujian agar kita merasai manisnya  usaha dan cinta Allah.

Jadi, apa yang saya mampu buat ialah dengan  mendekati DIA samada dengan mendampingi orang-orang yang jiwanya ingin kepada kebaikan mendampingi  orang yang suka berpesan-pesan dengan kebenaran, menyibukkan  diri juga dengan membaca-baca buku  yang ilmiah dan mendidik jiwa. Saya perlu bina kekuatan dalam diri saya bukan  membiarkan diri saya tenggelam dalam lautan dunia yang mempesona.

Saya perlu bina kekuatan agar seluruh jiwa dan kehidupan saya terarah pada jalan yang Allah redha. Ya sahabat,kita memerlukan Allah!. Sangat rugi bagi sesiapa  yang mensiakan peluang yang Allah bagi untuk membaiki diri, untuk membuka pintu-pintu kebaikan agar lahirnya benih -benih cinta , seterusnya lahirnya taqwa kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa. Saat itu sahabat, kita akan terasa indah, dunia ini tidak  lagi memberi apa-apa kesan buat kita melainkan untuk kita jalani kehidupan demi "jendela akhirat.

Para sahabat,
Jom bina kekuatan! Bagaimana? Pilih jalan-jalan yang Allah redha.

Moga Allah kasih
Maskan Al-Habib
BANGI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...