Mari bercinta=)

Friday, December 2, 2011
Sebut sahaja tentang cinta, semua orang ada history sendiri tentang cinta. Tipulah yang tak ada perasaan cinta, sebab cinta itu fitrah, cinta itu menunjukkan dirimu normal=)


Mari bercinta..

Tahukah kita cinta utama adalah kepada Allah dan Rasulullah s.a.w? Dan cinta pada makhluk bukan sahaja pada kekasih, bukan sahaja pada si suami, tapi cinta diwajibkan ke atas setiap muslim pada muslim yang lain jika ingin meraih kesempurnaan iman.

 Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika anda wanita, pernah ucap pada kawan wanita " Ukhti, I love you", jika anda lelaki pernah bagitahu kawan lelaki" Akhi, I love you"??Juga pada ahli keluarga anda? Ayah , ibu, adik beradik?

Pernah satu ketika seorang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, “Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.”

Malu? Err..mengapa hendak malu, bukankah ia free, lagi halal, malah dapat pahala. Ingat tak hadis " Tujuh golongan yang dinaungi syurga Allah, salah satunya ialah seseorang yang mencintai saudaranya kerana Allah".
Masya-Allah! Dah lah kita zahirkan rasa cinta dan sayang, dapat pahala pula dari Allah, malah Allah janji nak naungi dengar syurga. Baiknya Allah!

Pelik sebab ucap sesama jantina. Err..apa yang peliknya?Ucap pada yang tak sama jantina laaaagi pelik jika si dia masih tak  halal bagimu.

Jadi, mari kita bercinta dan zahirkan cinta pada orang-orang yang Allah halalkan buat kita.

P/s: Sedang tersenyum-senyum dapat mesej dari kawan-kawan senjatina ;

"Uhubbuki fillah"(I love you just because of Allah)

To akhwati( saudari-saudari yang membaca tulisan ini) I love you! :)





Hidup ini sunyi tanpamu...

Tuesday, November 29, 2011
Bismillah

"Hidup ini terasa sunyi tanpamu sahabat"
Astagfirullah, bila membelek-belek mesej yang pernah diterima daripada sahabat-sahabat, rindu menerjah ruang hati. Sambil -sambil memohon keampunan pada Allah. Apabila makin ramai orang yang kita kenali, makin banyak tanggungjawab yang kita ada. Tanggungjawab kita pada setiap orang itu berbeza-beza.

Astagfirullah...

Entah berapa banyak hak-hak ukhwah yang terabai.Mungkin tanpa diri ini sedari ataupun telah menyedari hakikat itu, tapi buat-buat tak sedar dek kerana masa yang cemburu mengejar perkara-perkara lain.

Astagfirullah....

Sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini, semuanya orang-orang yang Allah cinta,Insya-Allah. Jadi rugilah diri ini tidak turut sama melahirkan rasa cinta pada orang-orang yang Allah cinta ini. Maafkan diri ini duhai sahabat.

Astagfirullah...

Ada  sahabat   sangat suka bertanya tentang Allah, tanda kebesaran Allah. Sehingga kini sangat merindukan soalan-soalan darinya.

Ada sahabat suka kongsi masalah-masalah kawan, sampai sekarang masih lagi cuba memberi jawapan yang terbaik buat dirinya.

Ada sahabat suka memberi semangat berpaksikan Allah, sampai sekarang, masih dahagakan nasihatnya.

Sahabat-sahabatku yang tercinta,

Bilamana ada hak-hak yang diri ini tidak tunaikan, segeralah  beritahu agar sama-sama kita boleh baikinya ke arah yang lebih baik dan seterusnya melaksanakan hak-hak tersebut.

Dedikasi menuntut teguran buat:

Sahabat-sahabat SK KEMUBU,
Sahabat-sahabat MMPM,
Sahabat-sahabat KIBAR,
Sahabat-sahabat KUIS
Sahabat-sahabat maya FB dan Blog

Tegurlah jika sayang diri ini.Moga Allah kasih kalian.

Ini kisah hijrah...

Hijrah bermaksud perpindahan. Dalam konteks yang lain pula hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu yang tidak baik kepada yang baik.Ayuh kawan-kawan dengar, ini kisah hijrah kita bersama=)



Ini kisah hijrah mereka,
Hijrah Baginda s.a.w kerana perintah Tuhan,
Hijrah Muhajirin  membuah perpaduan,
Hijrah Umar r.a menerbitkan sinar harapan,
Hijrah Bilal Bin Rabah sehingga menjadi muazzin pertama dalam
sejarah islam,
Hijrah mereka kerana Cinta tak berkesudahan.


Ini kisah hijrahmu,
Hijrahmu membuahkan semangat baru,
Bukan nafsu mendominasi,
Tapi aqal yang memandu,
Dipandu muhtawayat wahyu.



Ini kisah hijrah bersama,
Membisik kata-kata cinta,
Bukan demi martabat dunia,
Tapi sandaran pada Yang  Esa menguatkan segala-gala,
Boleh jadi hijrah kita;
Dari tidak berhijab kepada berhijab,
Dari suka mengkeji jadi pemuji,
Dari malas kepada rajin,
Dari suka buang masa ,meng'emas'kan masa,
Dari tidak cinta yang ma'ruf kepada  cinta ,
Dari lihat dunia dari jendela dunia kepada
lihat dunia dari jendela akhirat,
Itulah yang lebih tepat.


Harapan daripada kisah hijrah kita,
Agar generasi mendatang merasakan,
Harus jiddiah dalam hijrah,
Perlu mujahadah, thabat dan istiqamah,
Walau duniawi menghalangi,
Tapi kerana hati nampak cinta,
Kerana hati nampak besarnya pengorbanan
menuju keimanan,
Menuju cinta ILLAHI,
Yang tak akan tercapai tanpa kisah  HIJRAH.


P/s:Walau apa pun bentuk hijrah kita, pastikan ia kerana Allah, bukan kerana siapa-siapa. Jadi usah malu melangkah ke arah kebaikan walaupun kadang-kadang ia pahit. Hanya Allah berhak mengadilimu.Hijrah lah kerana Allah duhai hati dan diri, ia cantik, sangat cantik=)



Hijrahlah,Ia Cantik!!

Saturday, October 15, 2011

Ingin dibiarkan realiti ini? Dikau mampu..Berubahlah!

Pssst..puisi  buat muslimah sayang..tanda CINTA=)
Ku berjalan,
ku lihat ramainya wanita-wanita yang cantik jelita,
Ramainya wanita yang berhias fizikal,
Ramainya yang bertudung,
Ramainya yang memakai pakaian yang indah.


TAPI!!!!
Alangkah indahnya jika yang cantik jelita itu...........

Tundukkan pandangan mereka,
Berhias yang" teristimewa" hanya untuk si suami,
Bertudung ikut syariat,
Memakai pakaian indah yang menutup aurat .



Ku renung sedalam-dalamnya,
ALLAH....
Takut sungguh pada 'azab ALLAH,
Lupakan mereka itu pada peringatan Rasulullah semasa peristiwa isra' mi'raj:

"Golongan yang paling ramai dalam neraka ialah wanita"



ALLAH....takutnya diriku..


Wahai muslimah,
dirimu terlalu indah,
ALLAH ciptakan bersamamu sesuatu nilaian yg sgt hebat,
Dikau bisa buat islam itu gemilang,
Juga kau bisa buat seorang lelaki itu berjiwa gersang hingga lupa Tuhan.

Jadi duhai muslimah sayang,
Mainkan perananmu yang indah itu dengan baik,
Kerana seperti kau tahu diri wanita fitnah terbesar.
Jadilah yang terpelihara,
Jadilah yang solehah,
Semampumu kerana Allah...


Firman Allah:

Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu)
berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-'aad : 11)


Muslimahku sayang, hijrah tidak sesekali merugikan, malah muncul sinar-sinar bahagia ibarat mentari, menerangi seluruh hati dan jiwa, maka bakal terbit akhlak mulia,  pantulan dari hati yang sejahtera yang sentiasa mencari redha yang Esa, HIJRAHLAH kerana ALLAH, ia CANTIK=)

Moga-moga ALLAH memberkati diriku dan dirimu.



Cinta Tersemai disana: Masjid Umawi

Tuesday, October 11, 2011
Cinta itu mampu menggegar dunia, buat hati yang tadinya layu kembali berbunga-bunga , mekar dan subur dalam ketaatan pada  sang pemilik cinta.

Bercakap tentang cinta ni, rasa nak bawa satu kisah cinta. Lokasi cinta : Damascus, Syria. Apabila sebut Syria, masih terbayang-bayang lagi tempatnya, orangnya suasananya. Rinduu

Hati mana tak cinta kan bila dapat menjejak bumi para anbiyaa’, ahlin bait Baginda s.a.w, bumi ummahatul mukminin(isteri-isteri Baginda) s.a.w dimaqamkan, para sahabat, ulama’ dan lain-lain lagi. Sebelum ni bagi yang pernah mengkuti blog ni pasti dah baca travelog kembara saya ke bumi itu.
Pemandangan waktu malam

Suka saya ceritakan tentang masjid paling lama di Syria iaitu Masjid Umawi @Omayad. Masjid ini dibina semasa daulah bani umayyah lagi, masjid ini dibina dengan seni bina yang agung hasil gabungan  senibina dari pelbagai tempat.

Tempat ibadah

Kedudukan masjid ini sangat starategik iaitu ditengah pusat Bandar Damascus, berhampiran  Suuk Hamidi iaitu pasar atau pusat membelah belah yang sangat terkenal disitu. Seronok, lepas beli belah terus dapat solat kat situ, dan satu lagi bonus boleh ziarah maqam cucunda Baginda s.a.w iaitu Imam Hussin r.a.  Dan juga maqam ra'sun(kepala) Nabi Yahya a.s.  Maqam ra'sun(kepala)nabi Yahya a.s tepat-tepat didalam masjid itu. Perasaan masa sampai masjid tu sukar digambarkan. .Rasa gembira sebab dapat ziarah maqam Nabi yahya a.s tapi dalam masa sama sayu dan rasa sedih. Allah dah izin dapat ziarah tu dah satu bonus, walau tak pernah bersua tapi cinta berputik dalam jiwa, moga Allah mempertemukan di syurga kelak.Amin

Tempat turunnya Nabi Isa a.s

Diriwayatkan Masjid Umawi juga menjadi tempat turunnya Nabi Isa a.s untuk memerangi dajjal.

Tempat majlis ilmu

Di situ juga saya sempat mendengar hujjah bicara Sheikh Sa'id Ramadhan Al-Buti.Masjid ini dijadikan tempat majlis ilmu dan ramai Ulama’ –ulama’  setiap kali lepas solat. 
                                                 Dalam masjid: Suasana majlis ilmu

Tempat Penulisan Ihya’ Ulumuddin

Pernah dengar kitab Ihya’ Ulumuddin? Ia sebuah kitab yang disusun oleh Imam Al-Ghazali ; mujaddid dan mujtahid ilmu. Imam Ghazali menyusun kitab itu di Masjid Umawi. Terharu rasanya apabila mengetahui tempat ini digunakan Imam Ghazali jadikan tempat untuk menyusun kitabnya yang penuh mutiara agama. Dapatkanlah kitab ini, sangat terbaik!

Begitulah besarnya peranan masjid umawi. Jika lapang" google" lah masjid ni, banyak lagi matlumat yg boleh didapati. Aura masjid ini masih terasa, apalagi, doa sahaja yang mampu,Moga Allah sampaikan diri ini buat kali ke-2 .Amin Ya Robb


Ini sahaja isi cinta Syria buat kali ini. Moga Allah kasih=)

Hidup ini penuh dengan kejutan.

Friday, October 7, 2011
Bismillah.

Segala puji dan puja pada  Si DIA pemilik hati dan jiwa.Selawat dan salam pada baginda, junjungan yang mulia, risalahNya, disebarkan semata-mata kerana  amanah dan cinta( Allahummasolli 'ala saidina muhammad s.a.w).

Just sedikit perkongsian pendek:

Apabila di jalan raya, banyak perkara yang tak  peeeernah kita jangka  akan berlaku.

" Saya tak sangka kereta tu akan belok ke kanan, kalau tak saya brek awal-awal"
" Saya tak sangka kereta tu brek mengejut"

Begitulah kehidpan kita kan wahai pembaca yang dikasihi Allah. Hidup ini peeeeenuh kejutan. Kadang-kadang perkara yang tak kita sangka-sangka akan berlaku. Tidak kiralah dari segi jodoh, ajal maut, rezeki dan sebagainya.






Jadi.....

Kita sebagai hamba Allah,kena banyakkan berlapang dada, jauhkan dari sifat mengeluh, tidak bersyukur kerana Allah dah bagi banyak nikmat. Minta jauh jadi hamba yang tak bersyukur .Kerana manusia itu lupa, hanya dengan satu ujian yang Allah bagi, sepuluh nikmat yang lain dia ketepikan.

Mari jadi manusia bertaqwa.

Manusia yang paling Allah sukai ialah yang paling tinggi taqwanya. Allah sesekali tidak melihat pada perkara yang lain. Mari doa Allah kurniakan iman yang besar untuk menghadapi ujian, bukan pinta dikecilkan ujian.



Jangan kita lelah dengan kehidupan,
jangan kita mengeluh putus asa pada ujian Tuhan,
Jangan penat berpesan-pesan pada kebenaran.
Kerana orang yang banyak bersabar kerana Allah
termasuk golongan yang tidak akan rugi.

Pesanan yang saya bawakan, seutama dan selama-lamnya buat diri saya yang berkata terlbih dahulu kerana orang yang berkata ialah yang paling dekat mendengar dengan telinganya dan setiap-tiap kata-kata akan di uji.


Wallahua'lam
Jumaat Kareem

Baitul Ujrah
Kota Bharu.




Rekreasi Hati

Wednesday, October 5, 2011
Allah..banyaknya buku. Mata melirik ke rak dan kotak-kotak buku yang ada. Tersusun rapi disatu sudut. Insya-Allah cuti nanti akan daku baca.

Alhamdulillah, sekarang tiba waktu yang ditunggu-tunggu. "Mereka" iaitu buku-buku pun menunggu untuk dibaca. Buku yang ada terdiri dari pelbagai tajuk. Dan yang terbaru " Hadiah " dari Cahaya Malamku adik rumah yang sangat dikasihi kerana Allah.=)



Inilah bukunya:) Terima kasih Laili


Buku ini ialah sebuah buku berisikan hadis yang beranimasi. Membacanya buat kita segar hati . Dengan header "Buat diri(KU) yang mudah lupa. Memang kita sering lupa kan. Allah..

Banyak perkara dalam dunia ini ialah berupa nikmat. Allah bagi dah nikmat tu, tapi kadang-kadang bisa bertukar menjadi laknat jika kita tidak mensyukurinya. Na'uzubillah

Pernah jumpa orang yang sikapnya seolah-olah  bukan macam orang punyai hati?  Dia solat, puasa dan sebagainya, tapi masih menimbulkan masalah sesama manusia. (Kena tujukan buat kita juga, sebab kita kan sering lupa).  Jadi bila dimuhasabah balik  mungkin solat nya solat yang tidak khusyuk, tidak direct kepada Allah. Dan mungkin solatnya adalah untuk dibanggakan depan orang sahaja.

Banyak perkara kena muhasabah kan? hari-hari dalam hidup kita kita perlu paksikan pada Allah. Pokoknya ialah hati yang saleem(sejahtera). Hati kan raja dalam diri. Bila hati dapat titlle raja, dia lah yang memandu segala sikap kita. Kalau dapat " raja" soleh insya-Allah kita turut soleh, tapi kalau sebaliknya bagaimana?

Daripada Abu Hurairah r.a ,Nabi Muhammad s.a. w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."

(Riwayat Muslim)

Hati teruji

Hati saya teruji dan sering terpengaruh dengan perkara yang tidak elok, bagaimana saya ingin cegahnya kearah kebaikan ?

Mari saya bagi analogi

Mak Sum pergi ke pasar nak beli ikan, agak-agak jenis ikan mana yang Mak Sum nak beli? Jawapannya mestilah yang segar-segar dan tidak buruk.

Begitu juga hati kita, pasti kita mahu hati yang elok kan? Jadi bila dah nampak jalan kebaikan, usah bertangguh lagi, tinggalkan apa yang tidak memberi apa-apa kebaikan kepada anda melainkan hanya kelalaian.


Daripada Abu Hurairah r.a ,Nabi Muhammad s.a. w bersabda yang bermaksud :
" Daripada kebaikan  islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya"
(Riwayat A-Tarmizi)

Islam datang sebagai pembebas kepada kejahilan, meraikan hak wanita, memuliakan golongan itu, membawa manusia kepada cahaya.  Kalau disingkap hikmah menjadi seorang yang beragama islam ni, saaaangat banyak hikmahnya. Tapi ada syaratnya. Syaratnya ialah.....Seorang islam itu mestilah menjadi MUSLIM FULL TIME, bukannya ada part time macam kerja. Kerana  apabila kita ambil islam secara keseluruhan, aqidah kita akan mantap, jiwa kita akan cekal, kita akan cinta apa sahaja yang  Allah bagi, samada ujian, atau nikmat. 

Indah kan:)

Islam agama indah,
Islam penuh ketenangan,
Islam meraikan wanita,
Islam satu-satunya agama disisi Allah

Beruntunglah wahai orang-orang yang mendapat hidayah Allah. Mari kita doakan agar Allah menetapkan hati kita, menjadikan mukmin yang cekal dan tabah, tak tersentuh dek dunia yang sentiasa mempesona.

" Wahai Allah, letakkan dunia di tangan kami , bukan di hati kami.Amin


BUATMU...diriku

Friday, September 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kembali menarikan tinta selepas "berjuang" dalam medan exam final. Medan final exam ini dunia yang punya dan kita mampu usaha buat yang terbaik. Begitu juga final exam akhirat, kita mampu mendapatkan yang terbaik jika usaha yang terbaik.Diri kita WAJIB mencintai akhirat, kerana akhirat ialah penentu segalanya. Samada kita ingin sebaik baik tempat(Ni'mal mathwa al-jannah) SYURGA, atau seburuk-buruk tempat(bi'salmathwa annar)NERAKA.

Sahabat moga dalam kalian sedang membaca ini, sama-sama kita doakan, moga Allah kurniakan fikrah kita yang jernih, kerana hari ini dunia terlalu tenat. Risau sangat diri ini, bimbang Allah tarik ni'mat mengenal yang Hak(benar) dan yang Batil(dosa/maksiat).

Jika Allah tarik, makin terhijab hati kita untuk menggapai hidayahNya. Bila hati dipanah maksiat kita rasa lazat dengan maksiat itu sedangkan selazat-lazat maksiat itu akan meninggalkan dosa  dan membawa kepada azab api neraka.Na'uzubillah.

Ikhwah dan akhowat,

Semua ini urusan Allah. Banyakkan doa serta usaha ke arah cara hidup yang Allah cintai.

 “Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki.” (Riwayat Ahmad).

Toolib Mumtaz/Toolibah Mumtazah(Pelajar yg cemerlang)

Wednesday, September 7, 2011
Pelajar bertaqwa disenangi dikasihi.

Setelah bertungkus lumus selama beberapa tempoh yang lama untuk semester ini, akhirnya sekarang sudah sampai penghujung semester.Masa untuk fokus pada peperiksaan akhir semester. Sebagai pelajar muslim, tanggungjawab melebihi masa yang ada dan kehidupan  ini pula banyak diuji dan penuh kejutan. Ia  dari HADIAH Allah.Percayalah!

Diwaktu orang lain mempunyai banyak masa, masa kita pula” dicuri” untuk kerja-kerja pengislahan diri dan juga, dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penyeru ummah sekeliling.Hati dan rohani perlu kuat dalam menghadapi segala permasalahan dunia. Belajar +berpersatuan+ berukhwah+pergaulan ada risikonya. Apa-apa sahaja ada risikonya. Tapi  pelajar muslim, dia positif! Perlu selalu positif!

Mulakan assgment pada awal-awal lagi. Usah bertangguh! Agar nanti tidak kelam kelibut.Rangka jadual aktiviti dengan betul.Rujuk senior yang lebih tahu dalam sesuatu subjek.Jangan segan bertanya pensyarah. Tiada istilah malu menuntut ilmu.Banyak bincang dengan kawan-kawan.Perlu ada toleransi.

Sepanjang pengajian dan apa sahaja dalam hidup kita, kita perlu kepada kawan. Kawan ialah orang yang paaaaling dekat dengan kita setelah berpisah dari keluarga kerana menuntut ilmu. Jadi maniskan cara dalam bersahabat. Banyakkan toleransi. Perlu sabar menghadapi kawan-kawan yang pelbagai ragam. Perlu letakkan sangka baik ditempat yang paaaaling dalam ,dalam hati. Kerana tanpa sangka baik, hubungan sesama kawan mudah rapuh. Apa akan jadi jika kawan yang kita musuhi ialah ahli kumpulan dalam tugasan. Habislah! Apabila timbul permusuhan, perkara-perkara begitu  akan terganggu hingga akhirnya anda gagal dalam subjek tertentu kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi dengan alasan.” Oh! Tak sanggup melihat wajahnya!.
Oh! Ia sangat merugikan diri anda. 

Perkara ini memang berlaku, ia bukan cerita semata-mata. Akhirnya salah seorang kawan terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana permusuhan itu. Peritnya bukan!
Islam tidak mengajar ummatnya bermusuh. Bahkan islam mengajak kepada pendamaian, sikap yang baik sesama muslim. Hati rasa sakit? Abaikan sahaja, kerana marah atas hanya factor yang kecil, remeh temeh dan bukan marah berpaksikan Allah, akan merugikan diri anda sendiri. Bayangkan, betapa anda menderita memendam rasa tapi kawan anda selesa, malah hidup bahagia. Akhirnya anda yang sengsara. Jadi bangkitlah !

Tugasan(Assigment) bertimbun-timbun, Aduhh! Bagaimana ni?

Tips cemerlang & tenang dalam pengajian.

 Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan manusia
Jaga hak Allah seperti solat, puasa, ibadah dan lain-lain
Jaga hati kawan-kawan, jangan diremehkan walau dengan senyuman.
Banyakkan solat-solat sunat, cth: Solat hajat, solat taubat
Tolong jika dia memerlukan
Tinggikan positif pada Allah
Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu
Tetapkan matlamat menuju Allah cth: Nak balik akhirat dalam keadaan Allah redha
Jaga hati pensyarah, jadi pelajar beradab
Niat belajar : kerana Allah semata-mata
Jangan ponteng kelas tanpa sebab
Banyakkan taubat dan istigfar setiap waktu
Sebarkan senyuman walau pada orang yang tidak dikenali
Tawakkal dan pergantungan MUTLAK pada Allah
Sebarkan salam

Walau tips di atas ialah tips-tips yang basic , tapi ia adalah perkara yang diabaikan dan dianggap tidak penting ..Dan sebenarnya baaaanyak lagi tipsnya. Apa yang penting istiqamahkan pengajaran yang anda dapat, Insya-Allah mudahan berjaya. Yang penting banyak usaha, doa dan tawakkal.

Pelajar mithali bakal menjadi pemimpin negara berpaksikan syariah Allah. Mari kita jernihkan niat dan utamakan Allah dalam setiap perbuatan kita, insya-Allah bila kita menjadi pelajar, mudahan kita adalah diantara pelajar paaaaling cemerlang. Akademik & Sahsiah. Mudahan!

Wahai diriku, istiqamahlah!



 P/S: Hajat doa dari semua. Saya akan mula peperiksaan akhir semester ini pada 15hb.Moga dengan doa kalian yang soleh dan solehah, Allah makin mudahkan dan tenangkan. 


Ya  Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi


Mencari dan terus mencari..

Saturday, August 27, 2011
" Lepas raya nanti mesti berat badan naik kembali" Luah seorang hamba Allah.

Saya yang mendengarnya terus termuhasabah. Berat badan nampak kan bila naik tapi "berat " iman, memang tak akan nampak. Iman kita  gemuk ke kurus ke memang kita tak tahu. Melainkan kita terus mencari. Bukan sahaja dibulan ramadhan ini bersungguh-sungguh untuk beribadah,bermujahadah ke masjid@surau,bersungguh untuk baca khatam Al-Quran, solat jemaah,  tapi teruskan hingga hujung nyawa. Selagi Allah izinkan.


Mencari dan terus mencari

Teruskanlah menaikkan rasa cinta dihati. Cinta itu amat indah bila ia dihiasi bunga-bunga yang harum dan mekar menyubur dalam taman. Tak terkesan dek gangguan si "penganggu" yang datang dari luar.

Walau ramadhan sudah beransur mahu pulang, tapi teruskanlah meraih cinta pada sang Setia. Cinta yang tak mampu dibalasi walau dengan apa pun melainkan  rasa keimanan, ketaqwaan yang boleh membuktikan kesan kecintaan pada sang pemilik cinta. Dan segala keuntungan akan kembali kepada kita, Kita CINTA Allah , Allah laaaagi CINTA kita, tapi jika kita tak CINTA Allah, ALLAh tetap CINTA kita, malah DIA buka seluas-luasnya pintu cinta(taubat) pada manusia walau dosa si hamba tinggi menggunung. Baikkan Allah?

Hanya kata-kata (qaulun) , perbuatan(fi'lun)  yang ma'ruf(baik) mampu menterjemahkan segala cinta yang sudah terpatri dalam jiwa.

Teruskanlah mencari cinta Allah walau ada penghalangnya tidak kira dari segi apa-apa pun,  kerana halangan itu sudah tentu buat kita tersenyum kemudian hari.

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Justeru itu, walau dalam susah atau senang ujian tetap ada, cuma yang tinggal bekal kecintaan yang telah disuburkan dalam diri . Kepatuhan, keimanan , kesanggupan menghadapi ujian, dugaan, itulah pelengkap kecintaan. Cari dan teruslah mencari bekal cinta pada Nya..

Syurga itu manis, tapi jalan menujunya pahit, jadi mujahadahlah!!!



Sinergi Ramadhan: Ibadah & Muhasabah

Saturday, August 13, 2011
Masuk hari ke 13 hari ini. Allah..Cepat sungguh masa berlalu. Tapi hari-hari kebelakangan ini sangat berharga lebih dari yang lain. Rasa tak mahu melepasi bulan yang ada seribu satu barakah ini.

Aktiviti bulan ini juga sudah banyak bertukar. Lebih kerap tadarrus, lebih kerap solat sunat, lebih kerap solat jemaah. Rasa lebih ringan untuk beribadah mungkan sebab si syaitan sudah dibelenggu.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk perasaan sebegitu, tapi semua dapat rasainya barangkali. Jika masih lagi berbuat yang tak soleh masa bulan ramadhan ini, penghalangnya datang dari diri sendiri. Mungkin kena muhasabah balik. 11 bulan sebelum ini, apakah aktiviti seharian, apakah niat hati kita dalam kehidupan.

Baikkan ALLAH??, DIA masih bagi bulan ramadhan. Pada yang sempat rasainya pada tahun ini sangat beruntung kerana orang yang masih hidup pada ramadhan lepas ,mereka meminta, memohon untuk dihidupkan pada ramadhan ini, tapi Allah lebih tahu, Allah ambil mereka saat bulan barakah ini.

Kita juga bakal pergi kan? Ramadhan depan tak pasti masih ada atau tidak?( Tahan sebak didada).Kematian itu sesuatu yang benar. Jika sampai masanya, tak akan tertangguh-tangguh lagi.

Jika saya tiada

Apabila mati anak adam,terputuslah semua kecuali 3 perkara
                                                                                                                                                                   
Doa anak yang soleh, mungkin saya tidak sempat merasainya jika ajal menjemput saat yang terdekat kerana walimah pun masih belum.

Sedekah jariah, mudahan Allah nilai dengan sebaik-baik nilai apa yang diri sedekahkan( Hanya Allah yang tahu nilainnya)

Ilmu yang bermanfaat , perkara ini yang ada sekarang,  mengajar sebagai guru partime,  menulis dalam blog ,walaupun menulisnya tidak seberapa,  mengupdate status-status  facebook yang mengajak kepada kebenaran. Jika hanya ini yang saya sempatkan, mudahan ia bermanfaat buat semua.SEDIKIT YANG BERMANFAAT LEBIH BAIK dari BANYAK TAPI MELALAIKAN.

Jadi berfastabiqulkhairat -berlumba-lumba untuk kebaikan dalam apa-apa sahaja, kata-kata, perbuatan, dan paaaaaaling penting jagai hati yang sensitif itu. Biarkan ia sensitif pada dosa yang menempel menjadi benteng kebaikan dalam diri kita.Dan jangan kecilkan sesuatu kebaikan sekalipun , walau hanya sebuah senyuman.

Hanya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali



P/S  1.Belek-beleklah blog saya jika lapang, mudahan ada manfaat yang tertentu dalam ruang-ruang diri sahabat-sahabat sekalian.

P/S 2.Nukilan ini bukan meminta kematian, tapi secerdik-cerdik mukmin  adalah yang mengingati mati.

P/s 3. Cuba bayangkan yang berkata-kata diatas adalah sahabat-sahabat. Bagaimna rasa hati?






Aku ingin mujahadah C.I.N.T.A

Tuesday, August 9, 2011
Cinta padaMu bermula , berterusan dan tak akan berhenti melainkan dengan izinMu...

 Aku ingin mujahadah cinta, 
Mendamba kasih penuh setia,
sesekali terduga,
Itu biasa,
Bahkan ia rona-rona kehidupan yang ada cinta.

Kata orang,
Bercinta memang indah,
Katanya tersusun bak permata,
Berkilau, berhikmah,
Lalu ku genggam azam,
Cintaku ini tak akan pernah ku siakan,
Kerana ia kunci bahagia dalam kehidupan,
RAHSIA menongkah arus dan badai
yang bergelora bak taufan.

Walau tergoda,
Juga kadang-kadang ku terkecewa
TAPI Ku cuba bermujahadah cinta,
Demi memastikan indah bersemi dihujung hayat,
Maka tertautlah cinta
Pada YANG ESA.
Mudahan diKau redha.

Kami saaaayang ALLAH. Kami Cintaaa ALLAH. Kakak2 dan abang2 bagaimana??
SELAMAT BERMUJAHADAH  CINTA 



P/s : Ok tak puisi cinta ni? Cinta buat si dia (ALLAH)   =)





Raihlah Cinta Ramadhan

Monday, August 1, 2011



Allah...Allah..Subhanallah .Alhamdulillah.Allahuakbar.


Ramadhan dah tiba, masjid dan surau kelihatan nya meriah dengan kehadiran manusia segenap umur. Kanak-kanak riang berlari kesini sana, riang mengikut orang tua ke masjid biarpun masih tidak mengerti apa erti sebenar puasa dan solat terawih.

Bulan terbaik untuk muhasabah. Tapi tidak semestinya bulan ini sahaja untuk anda penuh usaha berbuat kebajikan. Bulan ramadhan adalah bulan  untuk menuai hasil setelah kita menanam dan  menyubur pada bulan-bulan sebelumnya.

Tapi jika sebelum ini anda seorang yang melengahkan solat, banyak membuat " ghibah" (mengumpat), tidak sabar dan sebagainya, bermula bulan ramadhan ini jadilah anda yang" baru" .Berubahlah!!!(kerana anda mampu mengubahnya) .Yang penting usaha terlebih dahulu kerana ALLAH melihat USAHA bukan HASILnya.

Bagaimana?

Segalanya boleh dimulakan dengan azam+  usaha+ istiqamah. 

Saya analogikan ia supaya kita semua nampak.

Amsyar berkeinginan untuk membeli kereta baru  kerana kereta lamanya sangat " dhoif" dan kadangkala menyusahkan urusan kehidupannya seharian seperti, terlewat pergi kerja, break down ditengah hutan dan sebagainya sehingga membuat hidupnya merasa tidak tenteram. Lantas Amsyar berazam mahu membeli kereta baru. Tapi!!!Dia tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana dia hanya bekerja sebagai pekerja biasa sahaja. Sebagai permulaan untuk mendapatkan kereta idamannya, dia menabung wang gajinya . Tiap-tiap bulan dia memperuntukkan wang khas dalam simpanannya. Dia istiqamah. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Akhirnya!Amsyar mampu membeli kereta yang baru, lebih baik, sekaligus menjadikannya kehidupan hariannya ceria, tenang dan lancar. Hebat Amsyar!


Nah! Seronok bukan melihat satu jalan penyelesain yang dilakukan oleh usaha diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain(Pinjam wang dari ah long dan sebagainya)hanya menggunakan sifir diatas azam+usaha+istiqamah.

Nak jadi hebat tak? Boleh! usaha kena hebat juga.

Jika Amsyar rasa tenang apabila sudah mempunyai kereta baru. Tapi kita sebagai mukmin sejati, ketenangan kita adalah apabila kita banyak ingati ALLAH.  Jadi  untuk mulakan hidup anda dengan penuh ketenangan, raihlah peluang yang ada.

1.Pastikan anda solat
2.Solatlah diawal waktu
3.Jaga kualiti solat( Solat dengan khusyu')
4..Tadabbur ayat Al-quran
5.Jauhi sifat mazmumah( Mengumpat, menipu, pemarah tidak bertempat dan sebagainya)
6. Banyak doa.
7. Jaga hubungan Allah+manusia+ alam

Cubalah lakukan seperti yang disarankan. Insya-ALLAH hidup anda selangkah, malah berbatu batu mendekati ketenangan hidup dan matlamat kehidupan yang sebenar.

Opps..tawakkal juga sifirnya . Ini faktor penting, jika anda meninggalkan rasa tawakkal, mungkin anda boleh kecundang kembali.Jadi apa-apa pun banyakkan berdoa, bertawakkal mengharapkan ALLAH menunjukkan kita jalan-jalan yang dicintai olehNYA dan membuka jalan-jalan dan ruang taubat untuk kita.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berserah diri kepada-Nya,” (QS:Ali Imron ayat 159

Rumusnya: Azam+ Usaha+ Istiqamah+Tawakkal

Bangunlah wahai saudaraku! Jika bulan-bulan sebelum ini anda tidak mampu, jadi sempena bulan ramadhan ini Raihlah Cinta Ramadhan. Moga beroleh cintaNYA sekaligus menjadikanNYA paksi kekuatan dalam kehidupan.

P/S: Belum terlambat untuk saya ucapkan, Salam Ramadhan AL-Mubarak buat semua,pohon maaf jika ada khilaf. Moga madrasah serta amalan ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya.Moga ALLAH kasih

Makin dekat pertemuan dgn DIA

Thursday, July 28, 2011
 
Alhamdulillah,tahniah dan takziah pada diriku, usiaku kini menginjak ke 22 tahun, usia yang bukan agak “muda” untuk terusan berseronok dengan isi dunia. Peningkatan ini sangat menginsafkan.

Seiring dengan masa, apabila meningkatnya umur, “pertemuan” dengan si DIA makin dekat, err…cukup menggentarkan hati, meresahkan jiwa.

Pertemuan yang bukan sahaja sekadar pertemuan, tapi pertemuan penentu samada ada bahagia@ sebaliknya menjadi milik kita..

Ku rinduu MATHWA (tempat) di JANNAH(syurga).

P/S : Terima kasih atas hadiah berupa "material"juga pesanan dan doa yang indah2.Terima kasih daun keladi dengan sulaman doa kembali , Kalian sungguh baik!!. Moga kalian senantiasa dalam kemanisan mengejar ukhwah ,cinta kerana ALLAH dan menjadikan ALLAH sebagai paksi hidup. Barakallah ‘alaikum=)
 

Tentang Adik..

Friday, July 22, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali ini buat adik yang sedang berjihad untuk exam SPM tahun ni yang dikasihi kerana ALLAH semestinya=)

Adikku..

Sungguh  rindu pada wajahmu, wajahnya dulu sedikit "chumil" tapi sekarang makin susut ,tapi tak mengapa asal solehah kan dik? Rasa indah dan bahagia punyai adik seperti Adik, apatah lagi Bunda kita. Nur (cahaya) ada padamu . Melihat wajahmu  buat diri ini tersenyum sendiri, kerana walau dah besar pun masih panggil " Adik "

Kadang-kadang pendapat kita bukanlah sehaluan , tapi ia buat kita bertambah erat.

Rindu itu menebal

Bila berdekatan rasa biasa-biasa, tapi bila berjauhan..Masya-ALLAH, hanya ALLAH sahaja yang tahu rindu ini.  Terutama masa pergi Syria tempohari Adik sangat sedih(Bukan adik je, kakakmu ini pun). Bila adik mesej, kadang-kadang tak sempat balas dan jauh sudut hati ini, ya ALLAH, kesian adikku, dia dahagakan kata-kata dariku. Maafkan kakakmu adikku..

Dikau mujahidah " busy"

Disekolah adik punyai jawatan yang banyak. Tugas yang tak mudah rasanya untuk setiap orang. Menjaga kebajikan pelajar-pelajar dari segi rohani dan disiplin. Terlalu banyak rasanya airmata mu tumpah walau tak adik ceritakan.

Tapi, kakakmu suka, adikku kini adalah yang mempunyai matlamat.
  • Membawa hati manusia ke jalan ALLAH
  • Menjalankan program kepimpinan dan tarbiyyah setiap minggu, sampai Ummi kita pun cemburu, masa hujung minggu adik banyak kat sekolah:)
  • Membanteras masalah disiplin kawan-kawan. Ingat tak adik tanya kakakmu ini tentang masalah  sportcheck??

Sharing is caring

Adik bukanlah seorang yang pendiam, jauh benar bezanya dengan kakakmu ini. Tiap kali adik balik, rumah ibarat ada lampu sportlight terang berderang dengan kata-kata Adik.

Setiap kali balik, ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Kadang-kadang sampai tertidur dengar cerita adik. Indah sebenarnya saat tu,sebab sekarang dah tak sempat. Kita berbeza cuti belajar.

Banyak yang Adik nak sharing sebenarnya, tapi masa agak mencemburui. Tapi tak mengapa, sikit-sikit pun tak pe kan? Sedikit yang bermanfaat tu lebih baik dari banyak tapi melalaikan.

Satu hari kakakmu ini diserang " sakit" yang selalu datang secara tiba-tiba, Adik kata, selawat banyak-banyak. Tahu tak dik, masa tu rasa nak menangis.Adik ingatkan diri ini pada ALLAH, sangat bersyukur. Alhamdulillah

Cik Su yang penyayang.

Alhamdulillah, ALLAH anugerahkan kami 29 orang anak buah. Adik merupakan mak cik yang penyayang. Tak jemu-jemu melayan anak buah terutama yang kecil.

Tak nafikan, Adik satu-satunya  adik yang sangat  diri ini  cintai  of course kerana ALLAH. Tapi " adik-adik" lain tetap number satu.

Harapan Dan Pedoman

17 Tahun mengenali  Adik merupakan tempoh yang pantas. Tak terasa adik membesar depan mata. Harapan kakakmu ini agar Adik...
  • Tidak jemu menyumbangkan masa dalam dakwah dan tarbiyyah
  • Tidak berputus asa dengan ALLAH
  • Sentiasa usaha yang terbaik untuk Ummi dan Abah, SPM tahun ini, mudahan 10 A,Insya-ALLAH
  • Menjadi contoh yang terbaik buat kawan-kawan
  • Menjadi Adik yang beriman pada ALLAH
  • Menjadi muslimah yang cintamu kepada orang sekeliling berpaksikan cinta ILLAHI.

Moga Adik senang dan bahagia dan tidak jemu dalam berjihad ilmu tatkala ini, dan selamanya, Insya-ALLAH

     Dialah Adik...

P/s : Doakan Adik , supaya " menang" jihadnya dalam SPM 2011, Insya-ALLAH

Salam kasih 
4.05 pagi
Ghurfah Al-habibah
Bangi,
Selangor

Hargailah

Saturday, July 16, 2011
Ramai lelaki terlupa untuk menghargai perempuan di sekelilingnya. Mungkin disebabkan perempuan itu begitu tabah tidak menunjukkan air mata, mungkin juga lelaki telah kebal dan kalis dengan air mata dan pengorbanan perempuan atau mungkin juga mereka melihat perempuan sama sahaja seperti lelaki. Atau mereka sudah kebal dan tidak melihat perempuan di hadapan mereka istimewa kerana melihat perempuan lain yang ajnabi yang lebih menarik.

Saya hendak menulis tentang lelaki dan perempuan yang memiliki iman.

Bagi manusia yang mempunyai secebis iman, hargailah perempuan kerana perempuan yang beriman itu lebih mahal daripada dunia dan segala isinya. Apabila seorang perempuan beriman menjadi ibu, dia akan menjadi ibu yang terlalu istimewa, meredah segala ujian dengan tabah. Dia akan terus mendoakan anak-anak sepanjang hayatnya seolah-olah hidupnya untuk berdoa. Seorang ibu beriman seolah-olah kekeringan air mata kerana dia mahu anak-anaknya bahagia lalu air matanya tidak tumpah melainkan di hadapan Allah dan di dalam hati. Dia tahu dia mesti kuat supaya anak-anaknya kuat menghadapi kehidupan.

Seorang ibu beriman selalu menahan perasaannya. Dia tahu doanya amat mustajab jadi dia hanya mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak walaupun si anak sering melukakan hatinya.

Apabila seorang perempuan beriman menjadi isteri, dia berkorban untuk suami. Kadang-kadang dan banyak ketika si isteri menangis suami tidak tahu. Bertuah si isteri yang mendapat suami beriman kerana suami itu akan melihatnya sebagai amanah ALlah. Suami beriman sangat menghargai isteri, mendidik dan menenangkan isterinya. Amanah Allah ini akan dijaga sebaiknya.

Perempuan bagaimana bijak dan tinggi pendidikannya tetaplah lemah perasaannya, ada ketika dia tidak rasional, mudah marah, mudah benci, mudah lemah dan mudah bersangka-sangka. Jadi, suami beriman akan sentiasa memberi ketenangan, mendidik dan menceriakan keadaan.

Suami beriman tahu isterinya menggadai nyawa di saat melahirkan anak-anak. Hampir sahaja kesakitan melahirkan membuat nyawa melayang. Suami beriman tahu susah isterinya menanggung kandungan 9 bulan,tubuh si isteri mengalami pelbagai perubahan. Kesakitan demi kesakitan yang bertambah sekian hari sudah tidak mampu diceritakan. Jadi isteri hanya memilih pasrah tanpa bercerita satu persatu kesakitannya. Suami yang baik akan sentiasa faham dan cuba memberi keselesaan terutama dengan kata-kata baik yang menenangkan perasaan, sentuhan dan pelukan yang mendamaikan. Sememangnya isteri mengandung perlu ketenangan ditambah dengan amalan-amalan dan zikrullah memohon rahmat Allah.

Lelaki yang keras dan tidak berlembut dengan isteri hanya akan membuatkan isteri semakin menjauhkan diri dan juga berkeras. Isteri akan menyembunyikan perasaan dan rasa. Isteri akan membina tembok kebal dalam dirinya sendiri. Lelaki beriman yang berlembut dengan isteri akan mendapat manfaat yang pelbagai kerana isteri juga tidak berkeras dengannya. Seorang suami yang sentisa memberi kepada ahli keluarganya sendiri dan membuat kebaikan kepada ahli keluarganya akan sentiasa mendapat rahmat Allah dan diluaskan rezeki.

Ramai manusia apabila semakin bertambah tanggungjawab dan kerja, semakin tidak kisah perasaan si isteri. Apa yang penting cukup makan dan pakai. Si isteri juga menjadi semakin kebal, perasaan lembut dan halusnya juga makin terpendam. Isteri tiba-tiba menjadi kuat sendiri
.




Kredit to : Kak Al-Bazrah

Ketika keadaan sentiasa menguji

Friday, July 15, 2011
Bismillahirrahmanirrahim

Mari duduk bersama-sama...beriman..

Setiap detik dan waktu, lafaz hamdallah kita panjatkan padaNYA, atas beberapa anugerah yang berharga. Atas ni'mat islam dan iman, atas kejayaan, atas rezeki, atas kekenyangan dan atas segala perkara.

Ketika dunia dan ummat sendiri sedang tenat menghadapi penyakit hati, jadi apa khabar iman kita?
Bertambahkah...Berkurangkah..Dua-dua keadaan itu boleh berlaku. Iman yang hakiki, susah untuk digambarkan. Selayaknya hanya ALLAh yang tahu. Tapi kita dengan diri sendiri, susahkan untuk mengesannya? Tahap mana iman, serta kedalaman taqwa kita pada DIA, kita sendiri boleh ukurnya. Tapi terima atau tidak itu bergantung pada ALLAH.

Ketika kita mengatakan cinta pada ALLAH melebihi segala-gala, tapi  dunia datang sebagai medan ujian dan benar-benar kita teruji , lalu kita berputus asa untuk menghadapi serta menjalani kehidupan. Ohhh..sungguh terlalu rapuhnya iman si hamba itu.

Bukan bermaksudkan sesiapa, sebagai muhasabah pada diri yang kerdil ini. Sangat kerdil! Allah..

Betapa  ALLAH mengurniakan kasih sayangNYA dan  sentiasa mengalir walau kita berbuat dosa yang menggunung sekalipun. Lalu peluang 'emas' ini jangan kita sia-siakan.. Kalau tidak memang "kita" terlalu rugi.

Islam datang sebagai agama yang mulia, agama yang panjinya nasihat dan kebenaran, hikmah, serta ketenangan. Ia sangat menguntungkan pemegangnya jika hamba ALLAH itu berpegang sungguh-sungguh(mengamalkan islam secara segenap aspek). Tapi jika hanya separuh-separuh, dalam setengah-setengah perkara islam diamalkan, sungguh!!! "Kita" orang yang rugi. Series!!

Hati perlu sentiasa dalam  keadaan sedia untuk di"basuh" /di"bersih". Kerana masa ujian memang tidak dinyatakan dalam jadual kelas,kerja dan sebagainya. Jadi sentiasa pegang hati erat-erat(macamana pula nak pegang hati???) Pegang hati dengan berlapang dada, tika ujian datang , cepat-cepat ingat ALLAH,tersentak pun tak mengapa. ALLAH tahu lebih, lebih tahu dan tahu lebih-lebih dari kita. Mungkin satu muhasabah terbaik bagi diri kita, atau kafarah dosa atau ALLAH nak bagi ganjaran yang lebih baik:) Seronoknyaaaa..


Paling penting, check hubungan hati kita dengan ALLAH. Mungkin ada yang tak settle. Lalu ALLAH bagi ujian sebagai peringatan bahawa DIA sentiasa menunggu kita merintih padaNYA.



 Sedekat-dekatnya hamba kepada Rabbnya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanyaklah do’a.” (HR Muslim)


Jadi ketika keadaan sentiasa menguji, kita akan lebih kerap mengingati Illahi, itu tanda hati kita tidak mati.

Allah..
ingatkan  kami selalu, hamba-hambaMU


Salam mujahadah membuah redha
Jumaat yang mulia.

Ya Syaafi Anta As-syaafi

Saturday, July 9, 2011

Rabu : 1.30 tengahari,

Kaki melangkah keluar
Wad selatan kau ditempatkan,
Deraian air mata dan doa,
Menuntuti ekor mataku,
Tidak mampu melihat dirimu
Terbaring lemah…
ALLAH uji dirimu.

“ Beberapa minggu sebelum itu ayahnya dipanggil Illahi, adiknya dalam kondisi kesihatan yang tidak stabil. Sekarang ,dia menghadapi komplikasi darah”

Sahibahku,
Moga senantiasa tenang,
Moga hati sentiasa ingat DIA,
Ku terlalu rindu wajahmu
“Selalu dia meminta bantu dia ingat ALLAH, dan juga tidak perlu malu, saya dan dia ibarat adik-beradik, apa-apa katakan sahaja,jika mampu dia akan tolong.

 Memang dia sangat menyenangkan diri, sungguh!bahagia menyimpul ukhwah dengan dia.
Tidak DIA uji melainkan jika hambaNYA mampu.

Dikau mampu!
Moga cepat sembuh, agar jalan-jalan perjuangan dapat kita susuri bersama.

 
Sahabat yang lain, maafkan diri ini tidak berhasil
Menghantar mesej-mesej meminta doa,
Kerana diri terlalu hiba.
Moga ALLAH kasih semua

Sahabat sekalian mari tolong doakan kawan saya,moga disembuhkan ALLAH.

Ya Syaafi , Anta As-syaafi



Lilin cinta seorang murabbiyah

Tuesday, July 5, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Ekoran dari ziarah cinta kami pelajar-pelajar yang rindukan suasana sekolah itu yang penuh tarbiyyah dan mahabbah, lalu terhasillah nota cinta ini, pengisi hati yang dahaga cinta dan kata-kata pengikat jiwa murabbi dan murrabiyyah sekolah itu.

Epilog cinta :Guru kami, selaku murabbiyah kami dalam badan dakwah, teruja dengan kehadiran kami, sinar matanya sudah cukup membuat kami tahu. Tapi jauh sudut hatinya meminta kami." Bantulah dan sampaikanlah apa yang sepatutunya pada adik-adik kalian diluar sana".

Terlebih dahulu kami semua memandang wajah tua itu dengan penuh kasih dan cinta. Beliau tidak sudah-sudah ingin mengisi bahagian rohani pelajar-pelajarnya walaupun beliau ketika itu sedang sibuk.

Pantas murabbiyah saya memberikan " persegaran " rohaniyyah ketika kami berjumpanya ahad lepas. Lantas saya dan kawan-kawan cuba menghitung, kira-kira tajuk  apakah yang ingin dikupas beliau.

Resmi padi, makin berisi makin tunduk

Katanya, dunia hari ini makin mencabar. Jadi kebanyakkan kami yang terdedah dengan " badan dakwah " adalah orang-orang yang beruntung kerana sudah ada basic untuk mengharumkan lagi tarbiyyah-tarbiyyah rohaniah pada mereka di luar sana.

Apa kaitan dengan kata-kata diatas?

Walau sudah bergelar student ipt,tak kira luar atau dalam negara, atau sudah menjadi orang-orang yang berjaya, jangan bongkak menakbur diri, bangga dengan pencapaian sementara. Sewajibnya ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Makin berjaya, makin merendah diri, makin ingat asal usul diri terlebih dahulu.

Dulu kita adalah seorang budak hingusan yang tidak mengerti apa-apa. Di ajar A disebut E, buktinya memang semua sudah alami. Untuk mengenal huruf banyak pengorbanan yang guru-guru perlu laksanakan.  Akhirnya si hingusan tadi berjaya bergelar ahli karporat ternama, Doktor, Guru, Pensyarah, dan sebagainya yang tinggi-tinggi. Berkereta mewah, berumahkan banglo mengalahkan guru-guru yang membanting tulang sekian lamanya. Tapi apakah guna jika jasa guru yang mengajar dari kecil sehingga besar tidak  dihargai. Alangkah sedih kan walau begitu. Sungguh sedih jika kita yang melaluinya juga. Jadi apa salahnya menjadi si dia yang merendah diri , memuliakan mereka itu lagi pula semua yang didunia ini bukan kita punya, tapi ALLAH punya, kita hanya mampu sahaja, selebihnya memang milik ALLAH segala-gala.

Harta dan pangkat tidak akan kekal menjalin bahagia jika hati tidak cantik menilai jasa, jika hati tidak indah menghias akhlak, segala-galanya mampu rosak binasa. Bila takbur menjadi pendamping hidup, sifat-sifat mazmumah lain akan turut menemani.. Semua ALLAH punya, ingat ya!

Guru umpama lilin : Membakar diri untuk menerangi

Kesimpulan


  • Hargai jasa guru  walau dia tidak mengajar kelas kita dan tahun kita.
  • Jika berpeluang balik cuti , jenguk mereka walau seketika .
  • Jika tak mampu jumpa bertanya khabar dari jauh contoh : Sms, call, fb, dsb
  • Tatkala bersujud padaNYA hadiahi mereka doa.
  • Moga jasa mereka diganjari ALLAH syurgaNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...