Bilakah Harinya?

Saturday, February 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu hari, sahibah berkata: Akak,bilalah nak kiamat?Diriku yg baru bangun dari sejadah lantas tersentak.Kenapa ukhtiku?,(dgn gerunnya bertanya)Lantas dia mnjwb: Takut nak hadapi masalah ummah yg semakin tenat, takut jg sebab tak dapat bantu.

ALLAH....


Mari kita muhasabah BILAKAH HARINYA?


Sabda Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (riwayat Ibnu Majah)

Lihat sahaja keadaan hari ini.Baginda bersabda lagi:

“Barang siapa yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah): (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit berkecai/terbelah)”. (riwayat Imam Ahmad dan al-Tarmizi).
Ayuh tadabbur!

Daku berkata lagi: If mcm tu akak nak duduk berteleku ats sejadah ni je, solat taubat, zikir, tak nak kemana sampai kiamat"(sebab gerunnya dgn "hari itu")tapi bolehkah begitu?

Kalau diriku hanya duduk ats sejadah itu, maksudnya daku tidak fikir permsalahan ummat, Ku tidak mahu bersama2 mndapat kebaikan, bersama-sama menjejak syurga (andai syurga layak buat dirku).Oleh itu bangkitlah wahai jiwaku, buka seluas2nya mata hatimu dan ku seru juga y lain, jalani hidup kerana ALLAH, jelaskan niat dan tujuan.Tak kemana kita melainkan balik padaNYA!


Bilakah harinya?? semua dalam asrarNYA!

(Hadis diatas hnya menunjukkan sebahagian tanda kiamat, boleh rujuk Al-quran untuk  tahu lebiiiih banyak)Membaca, mentadabbur, mentafisr, menilai.Moga ALLAH kasih

Imtihan

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam sesejuk telaga kauthar buat semua yang sudi mengunjungi teratak yang biasa-biasa ini, tapi moga ada sedikit isi cinta yang jadi 'ibrahnya ketika membaca.Mudahan,Insya-ALLAH=)

Alhamdulillah selesai minggu, hari,jam yang agak perlu sedikit mujahadah untuk laluinya~Minggu imtihan.
Sekarang kembali mengupdate ,Insya-ALLAH walau tak sekerap mana.

Buatmu imtihan(Sesiapa yang bakal, sedang menghadapi imtihan[Adapun imtihan terbahagi kepada dua 1.Exam 2.Ujian ALLAH,)terimalah dariku.

..:::IMTIHAN:::.

Imtihan,
Kau datang mendebarkan hatiku,
Jantung berdegup kencang,
Rasa tidak keruan,
Mata berkelip-kelipan.

Imtihan,
Hadirnya dikau penambat ilmu didada,
Penguat hati yang sejahtera,
Menguji apa yang diriku terima,
Adakah pantas diingatan atau hanya dikitab tulisan???

Imtihan,
Berlalulah dikau dengan tenang,
Dalam rahmat Tuhan,
Penaut hatiku pada cinta Rabb,
Lebih kerap diimtihan, lebih kerap DIKAU diingatan.

Kerana imtihan adalah Tanda kasih Sayang TUHAN,
Dan juga perisai kekuatan orang beriman.


Moga ALLAH kasih

Saatnya siaran tergendala.

Wednesday, February 2, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.

Mulakan pagi harimu dengan alunan zikir yang tulusnya dalam mengingati si DIA, pencipta dan pemilik setiap jiwa. Tidak lupa selawat dan salam buat baginda s.a.w si kekasih ALLAH, jasa dan penat lelahnya dalam membawa islam sangat tinggi, sehingga ni'mat islam telah sampai pada diriku jua dirimu yang membaca. Alhamdulillah.All praises to ALLAH=) 

"Jadi pelihara sebaiknya dua ni'mat terbesar itu. Ni'mat yang mana hanya diberikan ALLAH buat diri yang terpilih sahaja."
Siaran tergendala buat sementara waktu

Kali ini entri tidak lah ingin fokus mana-mana tajuk, cuma ingin pinta doa setulusnya dari teman-teman.Update blog ini akan diberhentikan buat sementara bagi memberi laluan kepada diri ini sendiri menghadapi imtihan/exam/peperiksaan akhir semester.

Tarikhnya: 8hb Februari-24hb Februari 2011, Insya-ALLAH

Waktu ini, saat ini, diri ini selaku hamba yang sangat lemah disisiNYA, hajat doa dari antum semua moga ALLAH mudahkan urusan diri  ini dan teman-teman dalam peperiksaan, .

Moga ALLAH hadirkan bantuan, idea2 dari NYA dengan izinNYA dan juga atas doa kalian semua yang sangat soleh dan solehah.

Hajaaat sangat doanya.
DAn terima kasih semuanya,
Walau tidak pernah bersua,
Moga ALLAH ketemukan kita disyurga kelak.Insya-ALLAH=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...