Mencari dan terus mencari..

Saturday, August 27, 2011
" Lepas raya nanti mesti berat badan naik kembali" Luah seorang hamba Allah.

Saya yang mendengarnya terus termuhasabah. Berat badan nampak kan bila naik tapi "berat " iman, memang tak akan nampak. Iman kita  gemuk ke kurus ke memang kita tak tahu. Melainkan kita terus mencari. Bukan sahaja dibulan ramadhan ini bersungguh-sungguh untuk beribadah,bermujahadah ke masjid@surau,bersungguh untuk baca khatam Al-Quran, solat jemaah,  tapi teruskan hingga hujung nyawa. Selagi Allah izinkan.


Mencari dan terus mencari

Teruskanlah menaikkan rasa cinta dihati. Cinta itu amat indah bila ia dihiasi bunga-bunga yang harum dan mekar menyubur dalam taman. Tak terkesan dek gangguan si "penganggu" yang datang dari luar.

Walau ramadhan sudah beransur mahu pulang, tapi teruskanlah meraih cinta pada sang Setia. Cinta yang tak mampu dibalasi walau dengan apa pun melainkan  rasa keimanan, ketaqwaan yang boleh membuktikan kesan kecintaan pada sang pemilik cinta. Dan segala keuntungan akan kembali kepada kita, Kita CINTA Allah , Allah laaaagi CINTA kita, tapi jika kita tak CINTA Allah, ALLAh tetap CINTA kita, malah DIA buka seluas-luasnya pintu cinta(taubat) pada manusia walau dosa si hamba tinggi menggunung. Baikkan Allah?

Hanya kata-kata (qaulun) , perbuatan(fi'lun)  yang ma'ruf(baik) mampu menterjemahkan segala cinta yang sudah terpatri dalam jiwa.

Teruskanlah mencari cinta Allah walau ada penghalangnya tidak kira dari segi apa-apa pun,  kerana halangan itu sudah tentu buat kita tersenyum kemudian hari.

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Justeru itu, walau dalam susah atau senang ujian tetap ada, cuma yang tinggal bekal kecintaan yang telah disuburkan dalam diri . Kepatuhan, keimanan , kesanggupan menghadapi ujian, dugaan, itulah pelengkap kecintaan. Cari dan teruslah mencari bekal cinta pada Nya..

Syurga itu manis, tapi jalan menujunya pahit, jadi mujahadahlah!!!



Sinergi Ramadhan: Ibadah & Muhasabah

Saturday, August 13, 2011
Masuk hari ke 13 hari ini. Allah..Cepat sungguh masa berlalu. Tapi hari-hari kebelakangan ini sangat berharga lebih dari yang lain. Rasa tak mahu melepasi bulan yang ada seribu satu barakah ini.

Aktiviti bulan ini juga sudah banyak bertukar. Lebih kerap tadarrus, lebih kerap solat sunat, lebih kerap solat jemaah. Rasa lebih ringan untuk beribadah mungkan sebab si syaitan sudah dibelenggu.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk perasaan sebegitu, tapi semua dapat rasainya barangkali. Jika masih lagi berbuat yang tak soleh masa bulan ramadhan ini, penghalangnya datang dari diri sendiri. Mungkin kena muhasabah balik. 11 bulan sebelum ini, apakah aktiviti seharian, apakah niat hati kita dalam kehidupan.

Baikkan ALLAH??, DIA masih bagi bulan ramadhan. Pada yang sempat rasainya pada tahun ini sangat beruntung kerana orang yang masih hidup pada ramadhan lepas ,mereka meminta, memohon untuk dihidupkan pada ramadhan ini, tapi Allah lebih tahu, Allah ambil mereka saat bulan barakah ini.

Kita juga bakal pergi kan? Ramadhan depan tak pasti masih ada atau tidak?( Tahan sebak didada).Kematian itu sesuatu yang benar. Jika sampai masanya, tak akan tertangguh-tangguh lagi.

Jika saya tiada

Apabila mati anak adam,terputuslah semua kecuali 3 perkara
                                                                                                                                                                   
Doa anak yang soleh, mungkin saya tidak sempat merasainya jika ajal menjemput saat yang terdekat kerana walimah pun masih belum.

Sedekah jariah, mudahan Allah nilai dengan sebaik-baik nilai apa yang diri sedekahkan( Hanya Allah yang tahu nilainnya)

Ilmu yang bermanfaat , perkara ini yang ada sekarang,  mengajar sebagai guru partime,  menulis dalam blog ,walaupun menulisnya tidak seberapa,  mengupdate status-status  facebook yang mengajak kepada kebenaran. Jika hanya ini yang saya sempatkan, mudahan ia bermanfaat buat semua.SEDIKIT YANG BERMANFAAT LEBIH BAIK dari BANYAK TAPI MELALAIKAN.

Jadi berfastabiqulkhairat -berlumba-lumba untuk kebaikan dalam apa-apa sahaja, kata-kata, perbuatan, dan paaaaaaling penting jagai hati yang sensitif itu. Biarkan ia sensitif pada dosa yang menempel menjadi benteng kebaikan dalam diri kita.Dan jangan kecilkan sesuatu kebaikan sekalipun , walau hanya sebuah senyuman.

Hanya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali



P/S  1.Belek-beleklah blog saya jika lapang, mudahan ada manfaat yang tertentu dalam ruang-ruang diri sahabat-sahabat sekalian.

P/S 2.Nukilan ini bukan meminta kematian, tapi secerdik-cerdik mukmin  adalah yang mengingati mati.

P/s 3. Cuba bayangkan yang berkata-kata diatas adalah sahabat-sahabat. Bagaimna rasa hati?






Aku ingin mujahadah C.I.N.T.A

Tuesday, August 9, 2011
Cinta padaMu bermula , berterusan dan tak akan berhenti melainkan dengan izinMu...

 Aku ingin mujahadah cinta, 
Mendamba kasih penuh setia,
sesekali terduga,
Itu biasa,
Bahkan ia rona-rona kehidupan yang ada cinta.

Kata orang,
Bercinta memang indah,
Katanya tersusun bak permata,
Berkilau, berhikmah,
Lalu ku genggam azam,
Cintaku ini tak akan pernah ku siakan,
Kerana ia kunci bahagia dalam kehidupan,
RAHSIA menongkah arus dan badai
yang bergelora bak taufan.

Walau tergoda,
Juga kadang-kadang ku terkecewa
TAPI Ku cuba bermujahadah cinta,
Demi memastikan indah bersemi dihujung hayat,
Maka tertautlah cinta
Pada YANG ESA.
Mudahan diKau redha.

Kami saaaayang ALLAH. Kami Cintaaa ALLAH. Kakak2 dan abang2 bagaimana??
SELAMAT BERMUJAHADAH  CINTA 



P/s : Ok tak puisi cinta ni? Cinta buat si dia (ALLAH)   =)





Raihlah Cinta Ramadhan

Monday, August 1, 2011



Allah...Allah..Subhanallah .Alhamdulillah.Allahuakbar.


Ramadhan dah tiba, masjid dan surau kelihatan nya meriah dengan kehadiran manusia segenap umur. Kanak-kanak riang berlari kesini sana, riang mengikut orang tua ke masjid biarpun masih tidak mengerti apa erti sebenar puasa dan solat terawih.

Bulan terbaik untuk muhasabah. Tapi tidak semestinya bulan ini sahaja untuk anda penuh usaha berbuat kebajikan. Bulan ramadhan adalah bulan  untuk menuai hasil setelah kita menanam dan  menyubur pada bulan-bulan sebelumnya.

Tapi jika sebelum ini anda seorang yang melengahkan solat, banyak membuat " ghibah" (mengumpat), tidak sabar dan sebagainya, bermula bulan ramadhan ini jadilah anda yang" baru" .Berubahlah!!!(kerana anda mampu mengubahnya) .Yang penting usaha terlebih dahulu kerana ALLAH melihat USAHA bukan HASILnya.

Bagaimana?

Segalanya boleh dimulakan dengan azam+  usaha+ istiqamah. 

Saya analogikan ia supaya kita semua nampak.

Amsyar berkeinginan untuk membeli kereta baru  kerana kereta lamanya sangat " dhoif" dan kadangkala menyusahkan urusan kehidupannya seharian seperti, terlewat pergi kerja, break down ditengah hutan dan sebagainya sehingga membuat hidupnya merasa tidak tenteram. Lantas Amsyar berazam mahu membeli kereta baru. Tapi!!!Dia tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana dia hanya bekerja sebagai pekerja biasa sahaja. Sebagai permulaan untuk mendapatkan kereta idamannya, dia menabung wang gajinya . Tiap-tiap bulan dia memperuntukkan wang khas dalam simpanannya. Dia istiqamah. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Akhirnya!Amsyar mampu membeli kereta yang baru, lebih baik, sekaligus menjadikannya kehidupan hariannya ceria, tenang dan lancar. Hebat Amsyar!


Nah! Seronok bukan melihat satu jalan penyelesain yang dilakukan oleh usaha diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain(Pinjam wang dari ah long dan sebagainya)hanya menggunakan sifir diatas azam+usaha+istiqamah.

Nak jadi hebat tak? Boleh! usaha kena hebat juga.

Jika Amsyar rasa tenang apabila sudah mempunyai kereta baru. Tapi kita sebagai mukmin sejati, ketenangan kita adalah apabila kita banyak ingati ALLAH.  Jadi  untuk mulakan hidup anda dengan penuh ketenangan, raihlah peluang yang ada.

1.Pastikan anda solat
2.Solatlah diawal waktu
3.Jaga kualiti solat( Solat dengan khusyu')
4..Tadabbur ayat Al-quran
5.Jauhi sifat mazmumah( Mengumpat, menipu, pemarah tidak bertempat dan sebagainya)
6. Banyak doa.
7. Jaga hubungan Allah+manusia+ alam

Cubalah lakukan seperti yang disarankan. Insya-ALLAH hidup anda selangkah, malah berbatu batu mendekati ketenangan hidup dan matlamat kehidupan yang sebenar.

Opps..tawakkal juga sifirnya . Ini faktor penting, jika anda meninggalkan rasa tawakkal, mungkin anda boleh kecundang kembali.Jadi apa-apa pun banyakkan berdoa, bertawakkal mengharapkan ALLAH menunjukkan kita jalan-jalan yang dicintai olehNYA dan membuka jalan-jalan dan ruang taubat untuk kita.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berserah diri kepada-Nya,” (QS:Ali Imron ayat 159

Rumusnya: Azam+ Usaha+ Istiqamah+Tawakkal

Bangunlah wahai saudaraku! Jika bulan-bulan sebelum ini anda tidak mampu, jadi sempena bulan ramadhan ini Raihlah Cinta Ramadhan. Moga beroleh cintaNYA sekaligus menjadikanNYA paksi kekuatan dalam kehidupan.

P/S: Belum terlambat untuk saya ucapkan, Salam Ramadhan AL-Mubarak buat semua,pohon maaf jika ada khilaf. Moga madrasah serta amalan ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya.Moga ALLAH kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...