BUATMU...diriku

Friday, September 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kembali menarikan tinta selepas "berjuang" dalam medan exam final. Medan final exam ini dunia yang punya dan kita mampu usaha buat yang terbaik. Begitu juga final exam akhirat, kita mampu mendapatkan yang terbaik jika usaha yang terbaik.Diri kita WAJIB mencintai akhirat, kerana akhirat ialah penentu segalanya. Samada kita ingin sebaik baik tempat(Ni'mal mathwa al-jannah) SYURGA, atau seburuk-buruk tempat(bi'salmathwa annar)NERAKA.

Sahabat moga dalam kalian sedang membaca ini, sama-sama kita doakan, moga Allah kurniakan fikrah kita yang jernih, kerana hari ini dunia terlalu tenat. Risau sangat diri ini, bimbang Allah tarik ni'mat mengenal yang Hak(benar) dan yang Batil(dosa/maksiat).

Jika Allah tarik, makin terhijab hati kita untuk menggapai hidayahNya. Bila hati dipanah maksiat kita rasa lazat dengan maksiat itu sedangkan selazat-lazat maksiat itu akan meninggalkan dosa  dan membawa kepada azab api neraka.Na'uzubillah.

Ikhwah dan akhowat,

Semua ini urusan Allah. Banyakkan doa serta usaha ke arah cara hidup yang Allah cintai.

 “Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki.” (Riwayat Ahmad).

Toolib Mumtaz/Toolibah Mumtazah(Pelajar yg cemerlang)

Wednesday, September 7, 2011
Pelajar bertaqwa disenangi dikasihi.

Setelah bertungkus lumus selama beberapa tempoh yang lama untuk semester ini, akhirnya sekarang sudah sampai penghujung semester.Masa untuk fokus pada peperiksaan akhir semester. Sebagai pelajar muslim, tanggungjawab melebihi masa yang ada dan kehidupan  ini pula banyak diuji dan penuh kejutan. Ia  dari HADIAH Allah.Percayalah!

Diwaktu orang lain mempunyai banyak masa, masa kita pula” dicuri” untuk kerja-kerja pengislahan diri dan juga, dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penyeru ummah sekeliling.Hati dan rohani perlu kuat dalam menghadapi segala permasalahan dunia. Belajar +berpersatuan+ berukhwah+pergaulan ada risikonya. Apa-apa sahaja ada risikonya. Tapi  pelajar muslim, dia positif! Perlu selalu positif!

Mulakan assgment pada awal-awal lagi. Usah bertangguh! Agar nanti tidak kelam kelibut.Rangka jadual aktiviti dengan betul.Rujuk senior yang lebih tahu dalam sesuatu subjek.Jangan segan bertanya pensyarah. Tiada istilah malu menuntut ilmu.Banyak bincang dengan kawan-kawan.Perlu ada toleransi.

Sepanjang pengajian dan apa sahaja dalam hidup kita, kita perlu kepada kawan. Kawan ialah orang yang paaaaling dekat dengan kita setelah berpisah dari keluarga kerana menuntut ilmu. Jadi maniskan cara dalam bersahabat. Banyakkan toleransi. Perlu sabar menghadapi kawan-kawan yang pelbagai ragam. Perlu letakkan sangka baik ditempat yang paaaaling dalam ,dalam hati. Kerana tanpa sangka baik, hubungan sesama kawan mudah rapuh. Apa akan jadi jika kawan yang kita musuhi ialah ahli kumpulan dalam tugasan. Habislah! Apabila timbul permusuhan, perkara-perkara begitu  akan terganggu hingga akhirnya anda gagal dalam subjek tertentu kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi dengan alasan.” Oh! Tak sanggup melihat wajahnya!.
Oh! Ia sangat merugikan diri anda. 

Perkara ini memang berlaku, ia bukan cerita semata-mata. Akhirnya salah seorang kawan terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana permusuhan itu. Peritnya bukan!
Islam tidak mengajar ummatnya bermusuh. Bahkan islam mengajak kepada pendamaian, sikap yang baik sesama muslim. Hati rasa sakit? Abaikan sahaja, kerana marah atas hanya factor yang kecil, remeh temeh dan bukan marah berpaksikan Allah, akan merugikan diri anda sendiri. Bayangkan, betapa anda menderita memendam rasa tapi kawan anda selesa, malah hidup bahagia. Akhirnya anda yang sengsara. Jadi bangkitlah !

Tugasan(Assigment) bertimbun-timbun, Aduhh! Bagaimana ni?

Tips cemerlang & tenang dalam pengajian.

 Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan manusia
Jaga hak Allah seperti solat, puasa, ibadah dan lain-lain
Jaga hati kawan-kawan, jangan diremehkan walau dengan senyuman.
Banyakkan solat-solat sunat, cth: Solat hajat, solat taubat
Tolong jika dia memerlukan
Tinggikan positif pada Allah
Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu
Tetapkan matlamat menuju Allah cth: Nak balik akhirat dalam keadaan Allah redha
Jaga hati pensyarah, jadi pelajar beradab
Niat belajar : kerana Allah semata-mata
Jangan ponteng kelas tanpa sebab
Banyakkan taubat dan istigfar setiap waktu
Sebarkan senyuman walau pada orang yang tidak dikenali
Tawakkal dan pergantungan MUTLAK pada Allah
Sebarkan salam

Walau tips di atas ialah tips-tips yang basic , tapi ia adalah perkara yang diabaikan dan dianggap tidak penting ..Dan sebenarnya baaaanyak lagi tipsnya. Apa yang penting istiqamahkan pengajaran yang anda dapat, Insya-Allah mudahan berjaya. Yang penting banyak usaha, doa dan tawakkal.

Pelajar mithali bakal menjadi pemimpin negara berpaksikan syariah Allah. Mari kita jernihkan niat dan utamakan Allah dalam setiap perbuatan kita, insya-Allah bila kita menjadi pelajar, mudahan kita adalah diantara pelajar paaaaling cemerlang. Akademik & Sahsiah. Mudahan!

Wahai diriku, istiqamahlah!



 P/S: Hajat doa dari semua. Saya akan mula peperiksaan akhir semester ini pada 15hb.Moga dengan doa kalian yang soleh dan solehah, Allah makin mudahkan dan tenangkan. 


Ya  Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...