Cinta tersemai disana

Wednesday, May 25, 2011
                 Merasai kesejukan  Salji Bumi Sham: Err, sejuk sangat..
Bila rindu malaysia, alhmdulillah dah dpt balik, tapi bila rindu pada bumi itu, belum tentu sampai lagi.Rinduu udara bumi barakah, rindu halawiyat dan fathoir, rindu addawam talaqqi, rindu jejak anbiyaa'..Moga ALLAH sampaikan rindu ini~Jasad kt Malaysia, roh still rasa ada kat sana..ALLAH pelihara bumi sham.Aamin Ya Robb
Lihat binaan disana
 3 Minggu sudah pulang ke bumi Malaysia, tapi entah mengapa, hati dan jasad masih lagi seakan-akan berada disana.  Bumi itu bumi biasa, tiada bangunan pencakar langit yang gah membangun seperti hebatnya di Malaysia, , struktur bangunannya seakan-akan jelek, apa yang istimewanya?
         Menjejak majlis ilmu: Hujah bicara Sheikh Sa'id Ramadhan Al-Buti

Pusat  ilmu

Inilah penambat hati, tempat yang adanya ulama'-ulama' muktabar, pengisian ilmu dimana-dimana sahaja , kitab-kitab banyak terhidang. Cuma kita yang perlu mencari masa untuk menjejak semua itu. Bumi sham itu, bumi yang barakah, tak dapat ku nafikan

Orangnya
Sebelum tiba disana, bermacam-macam tanggapan yang menari-nari difikiran.Bagaimana orang sana? Peramahkah? Pemarahkah? Seperti diMalaysiakah? dan macam-macam lagi. 2 Mac jam 3 petang disana, kami selamat sampai disana. Sesampainya sahaja kami disana, datang beberapa orang kanak-kanak sambil memegang roti yang mana roti itu makanan asasi mereka. 


Ahlan wasahlan !!

Tersipu-sipu sambil berkata ahlan,ahlan wasahlan.(Selamat datang). Sudah membuatkan kami gembira, masing-masing yang tadi tak bermaya setelah seharian didalam pesawat ceria kembali. Inilah akhlak mereka!!! Terjawab sudah. Setelah berada disitu kami semakin tahu ,penduduk bumi sham adalah orang yang pemurah, suka bersedekah, lebih-lebih lagi jika mereka mengetahui kami adalah penuntut ilmu, mereka hanya minta doa.ALLAH. Mereka juga adalah orang yang lemah lembut, meraikan dan memuliakan wanita.


Pengalaman diri ini menaiki hafilah(bas) ke majlis-majlis ilmu masih segar  dalam ingatan. Semua wanita dalam bas itu tidak akan sempat untuk berdiri lama-lama. Mana-mana lelaki yang duduk akan terus bangun untuk memberi ruang duduk pada wanita tidak kira sama ada wanita itu golongan apa. Tidak seperti halnya di Malaysia, kadang-kadang orang hamil pun tidak diberikan ruang.

Gejala sosial disana? Jauh panggang dari api jika ingin dibandingkan dengan Malaysia. Kami aman berjalan walau diwaktu malam ketika ada urusan yang sangat penting memaksa kami keluar iaitu jauh risiko untuk dirompak, diganggu, dan sebagainya(na'uzubillah).

Bumi Damascus menzahirkan rasa cinta pada sesiapa sahaja yang medatanginya, tidak pernah luput ucapan~Ahlan Wasahlan.

Bersambung nanti

Maskan Al-Habib
25 Mei 2011

Kekasih Agung Sedang Cemburu

Tuesday, May 24, 2011
Anda Buat Dia Cemburu?

Anda sedang asyik bersms dengan seseorang yang bukan mahram tanpa  urusan penting?
 
          Anda sedang ternanti-nanti panggilan tanpa keperluan dari si dia?
          Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya dan saling menikmati pandangan?
 
          Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar ‘dating’?
Err, jika jawapannya ya, anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda sangat cemburu.
 
Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”
 
Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasul SAW. Daripada Mughirah RA katanya: Saad bin Ubadah mengatakan :
“Demi Allah, aku lebih cemburu  daripadanya (Saad bin Ubadah yang takut isterinya berzina). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia perlukan kita. Maha suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.
 
Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.
Tapi kita?
Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.
Dia faham kalau  kita mempunyai rasa cinta sesama mahkluk malah Dialah yang menganugerahkan perasaan cinta itu. Ianya membelai  setiap hati tanpa ada siapa  yang terkecuali. Namun, Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat keagungan cinta.
Firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165).
“Mereka mencintainya sebagaimana atau sama  dengan mereka mencintai Allah,” Inilah yang dimaksudkan  meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana lebih memberi perhatian, fokus dan kesediaan berkorban kepada makhluk, bukan kepada Allah. 
Namun, jika mencintai makhluk  kerana Allah, bukan bersama Allah, ia adalah perkara fitrah yang boleh  menghantar kepada redha Allah jua. Patutlah, Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah mengkategorikan cinta kepada 3 jenis:


1.Cinta kepada Allah.
2.Cinta kerana Allah.
3.Cinta bersama Allah.

Cinta-Nya cinta utama.
Cinta-Nya mebuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya.
Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan dunia bersama kita.
Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.

Di Mana Tingkat Cinta Kita?

            Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Islam dan Cinta meletakkan tiga tingkat cinta berdasarkan Surah al-Taubah, ayat 24, iaitu:

1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.


           Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
          Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak  we? Hmm, tidak masuk senarai pun.
Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa  yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum  halal lebih daripada cinta Allah SWT? 

Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita  yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang  fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta  makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah.
 
Oh  diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!

Bila Kita Tak Kisah

            Apabila kita tak ambil kisah tentang kecemburuan Allah SWT, terus mengagungkan makhluk lebih daripada-Nya, bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita. Teringatkan makhluk itu lumrah namun melebihkan ingatan kepada makhluk berbanding kepada Allah, itu yang mengundang  fitnah.
Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah SWT memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi?
         Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan ‘rasa’ yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu kepitusan bijak.
Pernah dilaporkan di dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa. Gadis itu menunggu abangnya di perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci-maki dirinya,
“Memang sah, kamulah yang curi handphone saya,” tuduhnya. Gadis itu membela diri sambil terpaksa bertebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu,
“Hey, saya tak tahu apa-apa.”
“Kalau kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis.”
Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ.
Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?
Syariatullah, Allah mahukan kita cinta kepada-Nya dan mencintai makhluk hanya  kerana-Nya. Allah mahukan kita tidak melebihkan sesuatu melebihi-Nya. Itu yang Allah mahukan dan itulah target hidup  yang kita perjuangkan.
Sunnatullah, hukum alam pula menyaksikan manusia mudah lalai, mudah alpa, lupa dan lena. Lantaran itulah kita perlu sentiasa menghiasi diri  dengan taubat, bermujahadah setiap  masa sehingga tiba saat bertemu dengan-Nya. Sama-samalah kita mencontohi sensitifnya Rasulullah para sahabat menjaga cinta mereka. Hinggakan ada sahabat yang berasakan dirinya munafiq saat berada jauh dari Rasul tatkala leka bergurau senda dengan keluarga, padahal para sahabat bukanlah ahli dosa. Kita pula bagaimana?  Pernahkah kita  berasa hati kita sensitif untuk dalam memelihara iman kepada-Nya?

Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta

            Ya, ketertarikanmu pada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makanpun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta?
Oleh itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikitpun peraturan yang telah Allah tetapkan?
            Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa perturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Remajaku sayang,
Bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta malah semua orang tak kan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang-orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?
            Ibnul Qayyim menukil indah di dalam bukunya Raudhatul Muhibbin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali, “Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat menganguminya.”
            Dengan penuh cemburu, Saidina Ali berkata, “Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?”
            Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir, “ Tak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kanda.”
            Kisah ini menjadi alah satu bukti jelas pada kita bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali. Mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya.
            Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali? Bersms melalui burung merpati? Mengatur ‘dating’ di belakang pohon kurma? Membonceng unta kekasihnya?
            Begitu juga Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meminta-minta sesuatu daripada Fatimah dengan ayat ‘power’,
“Sayang tak percayakan abang?”
“Kalau sayang mana buktinya?”
Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?
 
            Kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita pada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?



 LELAKI SOLEH PUN CEMBURU KERANA IA LUMRAH CINTA

1)      Rasulullah mencemburui Mariah al-Qibtiyah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi’ah dari Yazid bin Abi Habib dari Abdur Rahman bin Syamasah al-Mahri dari Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyah mengandungkan anak Rasulullah, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya daripada Mesir kerap datang menizarahinya. Suatu hari, Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Di jalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasulullah pendam. Umar lantas bertanya keadaan baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah. Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Dia mahu membunuhnya. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata, “Jibril telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku.” (Riwayat Bazzar).

2)      Umar Cemburukan Isterinya Ke Masjid
Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar untuk solat berjamaah di masjid. Dari riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata. “Jika kanda melarang, dinda tak pergi.” Umar diam sahaja kerana ingat pesan Nabi, “Janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid.” (HR Bukhari, Ahmad dan Abu Daud).

3)      Cemburu Diambil kira Untuk Meringankan Hukuman
Pernah ada kes di zaman Umar, seorang lelaki membunuh isterinya dan seorang lelaki lain kerana melihat mereka sedang berzina. Sekelompok ahli fiqah berpendapat dan di antaranya Imam Ahmad bahawa jika seorang pemuda menemui lelaki lain sedang berzina dengan isterinya, lalu dia membunuh keduanya maka tiada qishas baginya, serta tiada wang diyat. Kecuali jika dia membunuh isterinya yang sedang diperkosa, maka perlu diqisas. Namun, ucapan suami semata-mata tidak boleh diterima kecuali dengan saksi oleh walinya dan bukti. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Ibnul Qayyim berkata, cemburu yang membuat pencinta menghukum kekasihnya dengan sangat berat begini adalah cemburu yang tidak terpuji.

4)      Ibnu Umar Cemburu Mendengar Bicara Isterinya dengan Lelaki Kerabatnya
Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Ibnu Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibnu Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Di antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. Namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya hingga si isteri berteriak kesakitan.

5)      Cemburu Muaz Bin Jabal Saat Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut dari Muaz bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Muaz rasa cemburu. Dia lalu memukul isterinya.

http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/05/kekasih-agung-sedang-cemburu.html

Peringatan Buat 4 orang yang dikasihi

Bismillahirrahmanirrahim..


Duhai abangku, duhai ayahku, ,duhai suamiku(Insya-ALLAH),duhai anakku(INSYA-ALLAH),peringatan khusus buat kalian.Pelihara kami sebaiknya agar sama-sama kita melangkah kaki ke tempat terindah dihujung nyawa,iaitu syurgaNYA,Insya-ALLAH

Seseorang wanita itu apabila di akhirat kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bertujuan supaya kaum lelaki memainkan peranannya serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul. Kaum wanita pula... ringankanlah beban insan-insan lelaki kesayangan dengan mengatur diri tunduk dan patuh pada arahan Ilahi.

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, menghiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja manakala adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki dan wanita, sama-samalah memainkan peranan masing-masing.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Wallahua'lam

Pulang kepadaNYA

Monday, May 23, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,,

Mari muhasabah:Jika tiba-tiba ajal menjemput,(kerana dalam benak, tidak mungkin secepat ini)apalah yang tinggal pada diri jika dibuang semua kemudahan yg ada didunia, melainkan, secebis pakaian iman,dan bekalan amalan soleh~Moga ALLAH tempatkan sebaik-baik tempat pd anak-anak yatim madrasah al-taqwa yg terkorban pada peristiwa tanah runtuh~Al-Fatihah
Apabila ALLAH mengkendaki sesuatu maka terjadilah ia. Takdir yang tidak mampu kita lawan. Sayu hati saat mendengar berita tentang kejadian tanah runtuh dirumah anak-anak yatim iaitu Madrasah At-Taqwa..Disahkan beberapa orang telah meninggal dunia.ALLAH.

Astagfirullah...istigfar tingkatkan keimanan

Bila masanya kita tidak akan tahu . Kita sering memperkatakannya sepanjang masa tentang mati, tapi berapa banyak persiapan yang kita lakukan untuk bertemu DIA.(muhasabah untuk diri sendiri)hanya ALLAH yang tahu.

Alangkah sia-sianya diri jika kembali pada ALLAH dalam keadaan kosong. Benar-benar rugi.

Tak mampu tulis panjang.Moga ALLAH cucuri arwah mereka dengan rahmatNYA.Mari kita sedekahkanAl-fatihah dan doa

Baca berita penuh di sini.

Sudah kembali

Thursday, May 19, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan pada DIA yang mengizinkan desus nafas diri ini dan kalian semua . Setelah sekian lama, saya kembali mengupdate laman sesawang yang telah lama terbiar.Moga sahabat sekalian dalam lindungan ALLAH s.w.t, Insya-ALLAH

Pohon maaf, bukan sengaja membiarkan ada soalan sahabat yg belum terjawab, tapi sebagamana entri lepas saya telah bermusafir ke bumi Damascus  dan kini telah kembali ke tanah air.

Banyak hajat nak kongsi, insya-ALLAH mudahan dipermudahkan.Biiznillah blog ini akan diupdate seperti biasa. Salam ukhwah juga pada yang sudi menziarahi blog ini, Sudikanlah ziarah lagi, ada buah tangan dari sana berupa gambar akan sahabat tatapi.Insya-ALLAH.Moga ALLAH kasih=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...