Wajah itu juga sekaligus mengingatkan bahawa diri ini pernah dulu kecil, indah, tenang. Makin lama makin dewasa, makin lama makin banyak terdedah dgn dunia. Dunia yang kata orang ibarat syurga, tapi ia bisa meraih tangan keneraka.
Bertapa hebat manusia yang ada didunia, kaya, banyak harta, tapi tiada tempat disisi ALLAH jika ni'mat itu sia-sia, tanpa ada celupan iman dan taqwa mendalam padaNYA.Ohh, ruginya!!
Kembali pada diriku, diri ini hanyalah insan yang amat hina, lemah, sia-sia tanpa harga jika tiada keinginan untuk menambah "harta". Harta apa ye? harta akhirat, Harta itulah yang mungkin membawa diri ini ketempat itu, dan mungkin tersisa-sisa persoalan, mampu kah diri meraih syurga??
Semua mampu
Ya, ya,ya, semua mampu meraih syurga jika jalan ALLAH itu pilihannya. Siapa diri ini untuk bagi jaminan hebat ini? Tidak, ia sesekali bukan dariku, malah ia jaminan ALLAH. Memilih jalan yang ALLAH kurniakan bermaksud bersedia menghadapi mehnah-mehnah berduri. Kadang-kadang hidup terasa indah, dan kadang -kadang hidup zulumat dari ceria. Itu biasa, firman ALLAH s.w.t
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”- Surah al-Ankabut ayat 2-3
Nak dapat syurga ALLAH itu, umum tahu ia pahit, disusuli mujahadah. Mujahadah yang buat diri kadang-kadang jatuh tersungkur jika tidak ada pembimbing yang setia kerana ALLAH. Dan mujahadah itu bukan semata-mata kerana ada syurga menanti, tapi kerana DIA!!
Ya, Semuanya kerana ALLAH!!
1 comments:
Firman ALLAH lagi :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”- Surah ali-Imran ayat 200
Post a Comment