Aduhai ramadhan, rinduunya berkah bulanmu. Tak sabar menjenguk "jendela" Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan!
Allahurabbi, lamanya meninggalkan blog ini tanpa ada coretan peringatan. Tak pasti ada yang mengikuti blog ini secara istiqamah atau tidak. Pada yang sudi menjenguk blog ini tapi hampa kerana tiada ada sebarang update, saya pohon kemaafan. Banyak tugas yang lebih "aula " menanti di alam realiti.
Apa khabar kawan-kawan semua?Kondisi iman dan hati bagaimana? Didoakan lebih cemerlang dari sebelumnya..Beruntunglah sesiapa yang mempunyai hati yang sejahtera.
KALI INI, saya ingin berbicara lagi tentang hati. Soal hati itu perlu sentiasa kita kemaskini dan bicarakan kerana hati kan RAJA, mastermind buat kita. Hati ok, insya-Allah peribadi ok!
Sahabat,
Kadangkala kita mampu menjadi orang yang kuat dari bebarapa aspek seperti ketahanan hati dan sebagainya, tapi kadangkala kita tidak terlepas menjadi orang yang lemah. Saya juga , tergolong orang-orang yang sangat lemah. Lemah kerana manusia memang lemah, ditambah sifat manusia sering lupa. Tiada kekuatan yang perlu saya gantungkan melainkan pada Allah.
Fitrah manusia, mudah terpesona dengan yang dinamakan keindahan. Siapa tidak suka akan keindahan.Saya juga kadang-kadang mampu terleka dengan dunia yang serba indah ini, bila terpesona, cahaya pesona menyeruak dalam diri. Allah, lemah betul hamba ini.
Mencintai sirah Rasulullah dan para sahabat,
Dalam ketergesaan waktu yang sering menghambat ini, adakalanya kita tak mampu nak sapa semua orang, kita tak mampu nak mesej setiap orang yang kita kenal dan cintai.
Adakalanya saya terfikir, para nabi dan sahabat2 mempunyai chemical yang sangat kuat. Jiwa mereka " segar" lantaran jernihnya peringatan. Walaupun mereka berjauhan tapi mereka saling menguatkan, dan saling mendoakan. Biarpun mereka teruji, biarpun mereka menderita, biarpun mereka disiksa, tapi mereka seakan "mabuk " sehinggakan tidak merasai semua itu satu penderitaan bahkan ia tanda cinta Tuhan mereka. Dan ujian yang menimpa menjadikan mereka lebih cinta Allah dan rasulullah s.a.w.Aduhai, alangkh kuatnya kesan "Rabithah Hati".
Saya masih terkesan dengan cinta para sahabat. Antara mereka ialah Uthman bin Affan. Bilal bin Rabah, Uwais Ar-Qarni dan ramai lagi sahabat-sahabat yang sanggup merasai "nikmat kesakitan" di dunia demi ni'mat yang kekal selama-lamanya di syurga.
Apa yang buat mereka thabat dengan cinta Allah, mabuk cinta pada Allah? Kerana mereka banyak KOMUNIKASI dengan Allah. Kita? Err..saya sendiri? Allahuakbar!
Masih lagi "membaiki hati" dan sememangnya proses "baiki" akan berterusan. Moga Allah bantu
Kesimpulan :Perlu bina kekuatan
Kejayaan yang datang tak dapat dicapai begitu sahaja betul tak? Perlu ada usaha, perlu ada jatuh bangun, perlu ada ujian agar kita merasai manisnya usaha dan cinta Allah.
Jadi, apa yang saya mampu buat ialah dengan mendekati DIA samada dengan mendampingi orang-orang yang jiwanya ingin kepada kebaikan mendampingi orang yang suka berpesan-pesan dengan kebenaran, menyibukkan diri juga dengan membaca-baca buku yang ilmiah dan mendidik jiwa. Saya perlu bina kekuatan dalam diri saya bukan membiarkan diri saya tenggelam dalam lautan dunia yang mempesona.
Saya perlu bina kekuatan agar seluruh jiwa dan kehidupan saya terarah pada jalan yang Allah redha. Ya sahabat,kita memerlukan Allah!. Sangat rugi bagi sesiapa yang mensiakan peluang yang Allah bagi untuk membaiki diri, untuk membuka pintu-pintu kebaikan agar lahirnya benih -benih cinta , seterusnya lahirnya taqwa kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa. Saat itu sahabat, kita akan terasa indah, dunia ini tidak lagi memberi apa-apa kesan buat kita melainkan untuk kita jalani kehidupan demi "jendela akhirat.
Para sahabat,
Jom bina kekuatan! Bagaimana? Pilih jalan-jalan yang Allah redha.
Moga Allah kasih
Maskan Al-Habib
BANGI
2 comments:
salam ramadhan.
Ramadhan kareem ya ukhti al-habibah:)
Post a Comment