Cerita MUKA BUKU

Sunday, July 29, 2012

Ini wajah muka buku ori, tapi sekarang kita bercerita tentang muka buku FB.Banyaknya cerita di dalam muka buku(FB) 

Hati gelisah
Melihat terlalu banyak gambar dan cerita
Tentang dunia semata-mata
Tidak menuju pada yang Esa.

Hari ini "boyfriend" belanja
Ini gambar "lover" saya
Kenapa "dia" terlalu cute
Semalam "encik tunang" bagi bunga
"Cik tunang " ni suka merajuk
Bestlah keluar dengan "korang"(merujuk geng campur lelaki+perempuan)

Apakah ini satu cubaan?
Menilai tahap keimanan?


Apakah tidak sedar
Itu jalan-jalan kecil pembuka maksiat,

Kata ALLAH "Jangan hampiri zina",Orang mukmin itu dilarang menghampiri jalan itu,
Apatah lagi menujunya.

Apakah ini dugaan?
Membukti tahap ketaqwaan?



Terlalu banyak bercerita
Tidak ada gunanya
jika tidak merujuk" kata" yang Esa

Kembalilah!!
Kembalilah semua kepada  fitrah ,

Dialog dengan Tuhan kita;

" Alastu birabbikum"
Qoolu" Bala syahidna"
Bukankah Aku Tuhanmu
Jawab manusia" Ya, bahkan kami menjad
i saksi"



Dustalah kita,
Terpesong dari janji dan kata,
Yang kita patrikan di alam roh dengan DIA.

Bangkitlah!!
Bangkitlah semua,
Masih belum  terlambat,
Jalan DIA masih luas terbuka,
Buat mereka yang ingin bahagia,
Buat mereka yang ingin ni'mat yang lama,
Buat mereka yang mahukan syurga.

Hakikatnya ialah buat SESIAPA yang mahukan  CINTA yang ESA.

3 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah di dunia ini kita sama2 menjadi saksi didalam `hablon minannas` maka diakhirat nanti akan dibentangkan apa yang dilakukan semasa didunia supaya kita tidak menyalahi sesiapa termasuk ibubapa kita! Surah AlBaqarah:143 وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّ‌سُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Surah Al`Araaf:172-173 قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ﴿١٧٢﴾ أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَ‌كَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّ‌يَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"
Wallahualam

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt TAJNUR

Terima kasih atas peringatan yg panjang lebar yang berupa nasiht yg sangat bernilai.

Moga kita adalah golongan yg dikurniakan ALLAH cinta walau sezarah cuma.

Wallahua'lam

Anonymous said...

blog yang bermanfaat

terimakasih

mohon minta gambar di blognx

thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...