Saatnya walimah

Sunday, December 12, 2010
Bismillahirrahmanirrahim
SAATNYA WALIMAH

Pohon doa pada ALLAH ats apa jua rasa hati .

Artikel ini ku tujukan khas buat diluar sana juga untuk diriku. Kawan-kawan yang bertanya tentang ku hal ini bersabar ya, sampai saatnya ku dan dirimu lalui juga dengan izin ALLAH.Buat masa ini  ALLAH sedang memberi  tarbiyyah yang baik dan pastinya terbaik=)



(Kekanda K.Murnie dan zaujnya)
Musim cuti ni , umum tahu ramai yang akan melangsungkan walimah dengan pasangan masing-masing. Tidak kurang juga yang mengambil peluang bercuti bersama-sama keluarga setelah sekian lama sibuk dengan kerjaya.

Fokus utama : Perkahwinan

Dalam sedar atau tidak perkahwinan merupakan  satu ikatan yang membawa kepada keredhaan ALLAH, melengkapkan sebahagian dari 'ibadah, menuruti sunnah Nabi yang dikasihi, juga medan membuah 'amal.Definisi umum boleh rujuk disni.

Apabila terpatrinya ijab kabul maka bermulalah tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang halal. Disitu tanggungjawab fizikal dan rohani bermula. Dan kehidupan bakal dilangsungkan oleh pasangan tersebut mengikut sahsiah dan suasana yang mereka ciptakan. Tapi kadang-kadang bahtera yang dibina boleh sampai separuh perjalanan sahaja. Mengapakah ia terjadi??


Ilmu , amal, iman masih suku-suku

Kerana ilmu . amal dan juga iman. Ini faktor yang sangat besar, bisa menjadi pemegang saham yg tinggi dalam sebuah rumah tangga. Walau ada yang bergelar  ustaz/ ustazah , juga lulusan IPT tersohor tapi jiga ketiga-tiga ini tidak dikukuhkan antara satu sama lain, ia akan rapuh juga.(Sungguh!! pohon kemaafan , jika ia agak pahit, inilah kenyataan). Ilmu, amaaat penting yg perlu ada, kerana dengan ilmu itu seseorang mampu ke gerbang perkahwinan, ditambah dengan amal ya'ni praktikal ilmu itu. Tapi jika tiada iman bagaimanakah bahtera itu dapat diteruskan bersama-sama walau badai , ribut taufan melanda.

Ketiga-tiga perkara amat saling lengkap-melengkapi kerana jika salah satu perkara ini tiada maka akan pincang sebuah rumahtangga itu. Mungkin ada yang bahagia didalamnya tapi ia bukan bahagia yang barakah.


Anak soleh/solehah: Terpulang pada peribadi suami/isteri

 (Kekandaku A.die@a.lan dengan zaujahnya)
Dan impian semua ingin mempunyai cahaya mata , penyeri rumah tangga, pengikat kasih sayang. Dan anak soleh-solehah impian semua. Jadi apabila kita menginginkan anak soleh dan solehah maka ia bermula dari dalam diri kita sendiri.

Seperti dalam mencari calon suami / isteri , pasti semua ingin kan yang soleh dan solehah Dan jika ingin sedemikian jadilah soleh terlebih dahulu, supaya mendapat si solehah, begitu juga jadilah solehah dahulu supaya mendapat si soleh.

Kembali pada zuriat, Zuriat yang lahir  fitrah nya suci, bersih dan putih dari noda.Terpulang pada ibu bapa sendiri mencoraknya sama ada kejalan yang disyariatkan atau kejalan kegelapan.

Bapa Imam Abu Hanifah, apabila ditanya padanya " Bagaimana didik Imam Abu Hanifah sampaikan dia menjadi seorang yang hebat". Beliau menjawab "Aku didik dia 40 tahun sebelum dia lahir".ALLAH, lihat sahaja bagaimana. 40 tahun sebelum anaknya lahir , bermakna dia mendidik sahsiahnya sendiri bukan?

Jadi ini realiti yang perlu diambil kisah .Supaya jika anak yang lahir nanti degil, tidak mendengar kata, kita tidak susah menjumpai puncanya.

Ringkasan/Rumusannya

Sebelum walimah hiasi diri dan peribadi dengan akhlak yang mulia.
  • Carilah sebanyak mana ilmu tentang duniawi jua ukhrawi dan amalkannya dengan sebaik mungkin.
  • Sentiasa mendekati mendengar /mendekati apa2 jua yang dapat meningkatkan iman kepada ALLAH. 
  • Perbanyakkan amalan-amalan sunat(makanan rohani) 
  •  Tanamkan sifat sabar dan redha dalam diri agar ia dapat memandu apa jua situasi seseorang samada sebelum, selepas dan sepanjang walimahh
  • Usaha dan perbanyakkan doa pada ALLAH agar memperolehi isteri solehah/ suami soleh.
  • Pelihara sebaiknya hubungan dengan DIA..ALLAH 
(Kekandaku Kak Tie dan zaujnya)

P/s : Alhamdulillah ketiga2 mereka ini sedang menunggu kehadiran permata keluarga.Sama2 doakan moga ALLAH mudahkan ursan mereka.Aamin Ya Rabb




    If boleh walimah yang ingin dibina  sekali je seumur hidup dan jika boleh ingin sampai syurga. Jadi pelihara, kukuhkan, tautkan seerat-eratnya hubungan kita dengan yang memberi bahagia, cinta dan kasih sayang,iaitu ALLAH Insya-ALLAH ALLAH mengurniakan kita orang menjaga hubungannya dengan ALLAH juga.Insya-ALLAH
                                                                   

    11 comments:

    ~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

    Assalamualaikum wahai adindaku syg...

    Moga dirimu sentiasa dalam rahmatNya ALLAH SWT..

    Subhanallah! solehahnya adindaku, setiap tulisannya, menggambarkan ketulusan dihati ingin terus mencari redhaMu, " Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, kau pertemukanlah adindaku ini dengan seorang insan yang soleh lagi bertaqwa padaMu, agar kebahagian itu menjadi miliknya dalam rahmatMu "...Ameen, ameen, ameen..

    -filzah.sofia- said...

    salam 'alaik

    ana suka cara penyampaian enti..
    teruskan perjuangan k..
    =)

    Senyumlah Selapangnya said...

    Wslm.wbt kanda yg kasihi just bcause of ALLAH.

    Aamin.Aamin.Aamin Ya Kareem ats doanya.Moga itu yg ALLAH kurnia buat diri ini, diri kanda juga(Yang mmg sudah ada insan yg soleh dan ank yg soleh dan solehah sbg pendamping=))dan juga seeemua teman yang mndamba kasih, cinta dan redhaNYA.Aamin Ya Rabb

    P/s : sentiasa hjt donya.Uhubbuki fillah

    Senyumlah Selapangnya said...

    Salam 'alaik ukhti hafizah

    Syukran ya ukht.Sentiasa hjt donya, teman yg solehah penguat diri ini dan semua.

    Inya-ALLAH selagi ALLAH kurniakan izinNYA.Dan mg dirimu thabat dijalanNYA jga.Aamin

    P/s : salam ukhwah dan mahabbah=)

    Anonymous said...

    Slm.ukhti

    Syukron ats sharingnya.Byk info dan byk perlu fikir bila bace trutma kna jaga hbngan dgn semua..Hrpnye dapt yg soleh,ameen.

    Anonymous said...

    assalamualaikum
    kehadapan kekanda yang di cintai selalu
    semoga mendapat rahmat dan maghfirah dari Allah sentiasa
    amiiin
    kekanda
    benarlah setiap sesuatu itu adalah kehendak Yang Maha Agung
    sesungguhnya ku mencintaimu kerana ALLAH
    DEQSU

    Senyumlah Selapangnya said...

    Anonymous:
    Wslm.wbt

    'Afuan, syukran ats ziarahnya juga.Moga brmnfaat buat semua.


    AdeqSue:

    Wslm.wbt

    Aamin2 adik atas donya, doakan kakakmu ye.Doa sokmo;)

    Love you because of ALLAH juga adikku yg tercinta.Moga ALLAH kasih=)

    Anonymous said...

    Thumbs up:)

    May ALLAH bless you

    Cekgu DD said...

    Assalamu'alaykum ukhti..

    Perkongsian yang sangat baik. Memang sekarang, setiap minggu diberitakan tentang sahabt² yang menuju ke gerbang ziwaaj.. Pernah juga terbit bimbang dengan diri sendiri, tapi bila difikir mungkin belum masanya dan banyak yang perlu diperhatikan sebelum melangkah sama ke saat istimewa tersebut. ^_^

    Maaf ye, term walimah bermaksud jamuan/kenduri. Berlainan dengan perkahwinan kan?

    Senyumlah Selapangnya said...

    @ Cekgu DD

    Wslm.wbt
    Didoakan mudahan dpermudahkan bila dah sampai gerbang ziwaaj itu, biiznillah.

    Untuk term walimah tu, mmg maksudnya kenduri, tapi ialah adalah seakan2 majaz yg biasa digunakan.

    Di negara arab sndiri , setengahnya menggunakan kalimah itu, wallahua'lam

    aisymyra said...

    Assalaamualaikum adinda...Kekandamu merinduimu...Lama sungguh kita terpisah..Semoga dirimu dibawah lindungan kasih Allah sentiasa...Doaku mengiringi perjuanganmu wahai adindaku sayang...Dr,Kak Shahida.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...