Showing posts with label Kau Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Kau Sahabat. Show all posts

Bahagian II: TEMAN yang menemani

Monday, December 20, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..

SAMBUNGAN:  TEMAN yang menemani

Bagaimana jika kawan yang kita sayangi dan cintai tapi hidupnya jaauuuh sekali dengan islam?Sudah pasti inilah tugas kita, kerana tiada siapa lagi yang dapat membantu mereka.

Kalau tadi kita ambil akhlak kawan-kawan yang solehah sebagai teladan, sekarang kita akan menjadi teladan bagi  kawan2 yang saya sebutkan diatas.

Sebarkan kebaikan
Sebarkanlah kebaikan pada sesiapa yang kita kenal, dan juga pada sesiapa yang kita tak kenal sekalipun. Cuba memberi contoh yang baik pada kawan yang begitu

Sebagai contoh: Kamilah (Kawan yang baik)
                          Maria     (kawan yang baik tapi hidup jauh dari islam)

ALLAH izinkan Maria ditimpa kesusahan dari segi kewangan, Kamilah dengan segeranya menghulurkan pertolongan, dan disaat itu Kamilah cuba relatekan dengan ujian itu , bahawa ia datang dari ALLAH.

Dan disaat Maria ingin bayar, Kamilah memberitahu dia yang dipinjamkan itu adalah ikhlas sebagai hadiah untuk Maria, terapkan bahawa mu'min itu bersaudara, membantu saudara yang lainnya disaat susah, berkongsi kegembiraan disaat senang.

Sudah pasti Maria akan terkesan dengan huluran kasih Kamilah dan Insya-ALLAH moga2 hatinya bertaut untuk mencintai jalan ALLAH.

Erti pada ukhwah itu memberi

Ya! Memberi, bukan kita meminta malah memberi, memberi segala-galanya yang dapat dikongsi, tidak kira samada wang ringgit, tenaga, masa dan jua kata-kata nasihat, ia adalah simbolik ini~MEMBERI.

Lapangkan hatimu

Ukhwah itu juga persefahaman, juga tolak ansur. Apabila teman yang tersayang melukakan hatimu , lapangkan lah hatimu, kerana dia tidak mengetahui.kemungkinan dia tidak mengetahui apa yang dia lakukan, mungkin jua kerana desakan, mungkin jua atas bermacam –macam sebab lagi, jadi dikau yang lebih mengetahui perlu melapangkan dada dan jua berhusnuzzhon lah(bersangka baik). Tidak rugi jika dikau melapangkan hati dan dadamu, kerana disitu ada ketenagan. Tidak rugi dirimu beristgfar , mendoakan temanmu itu kerana disitu tampak jiwa hambamu padaNYA. Apa jua mengadu padaNYA.

Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)

Dikau penyeru.

Tugas mu hanya menyeru kebaikan, juga segala yang membawa hati-hati itu ke jalan ALLAH, jadi rasionallah dalam melaksanakannya, jika tak berjaya, tidak mengapa kerana dikau ada senjatamu~doa. Juga kerana bukan dikau yang menjadi pemilik hati-hati itu tapi ALLAH, jadi sabar, serta kuatkan semangat atas segalanya. ALLAH ma’ana.(ALLAH bersama kita). Firman ALLAH. maksudnya: 


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yg ma’ruf dan mencegah dari yg mungkar; mereka ialah orang-orang yg beruntung. ” [Ali Imran: 104]


Saling lengkap-melengkapi

Dalam apa jua keadaan, diriku dan dirimu teman adalah saling melengkapi. Apabila diriku tersasar dikau tarik kembali diriku ke jalan yang benar, apabila dirimu tersasar , itulah jua perbuatanku. Temanku bertapa diriku mengasihimu kerana ALLAH, moga ukhwah yang dibina ini ke akhirnya.


Rumusannya


Jadilah kita teman yang sentiasa menemani, walau apa pun keadaann sahabat/teman kita. Kerana dalam ukhwah yang kita bina ada elemen dibawah:


  • Sentiasa sebar kebaikan
  • Memberi
  • Berlapang dada
  • Menjadi penyeru
  • Saling melengkapi.
  • PALING PENTING,just because of ALLAH


Dedikasi ini untuk:

-Sahibah Maahad Muhammadi Pasir Mas
-Sahibah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
-Sahibah alam maya 
dan semua yang mengenali diri ini


TEMAN yang menemani

Saturday, December 18, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup ini nak harap redhaNYA semata-mata. Tiada yang lebih dari itu. Andai kata kata sayang, biarlah lillah. Kerana ALLAH, andai kata rindu biarlah ia because of HIM, kerana ALLAH, andai kata cinta juga kerana Dia, ALLAH.Inilah cinta dan kasih sayang yang paling indah.SEMUANYA PAKSIKAN ALLAH

Saya bicara tentang sahabat.

Saya ada sahabat-sahabat  yang sangat saya sayangi dan cintai. Sahabat yang sentiasa menemani perjalanan ilmu saya. Walau saya susah dan walau saya senang. Saya pasti teman2 juga begitu.

Sahabat itu sebenarnya tinggi tempatnya dalam hati kita. Masakan tidak, jika dia seorang yang baik, yang solehah, kita ingin cuba jadi sepertinya bukan? If tak semua , kita ambil sedikit-sedikit. Saya ingin bawa contoh :

Saya ada seorang teman yang sangat teliti, if berjalan bersama-samanya pasti ada banyak2 sampah yang bakal dikumpulkan=). Walau sampah itu kecil dia akan kutip sepanjang jalan sehingga kami sampai di asrama. Dengan sendiri mentarbiah saya sendiri. ~Inilah teladan yang boleh kita ambil.

Contoh itu sangat simple, mungkin pelbagai lagi akhlak baik para teman-teman yang boleh kita ikut.TAPI! bagaimana dengan teman yang kita sayangi tapi akhlak dan gaya hidupnya jauh dari islam?

P/s : Maaf ya.Insya-ALLAH akan disambung nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...