Selamat bergelar zaujah

Wednesday, April 10, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.

Salam penuh cinta buat rakan2 pembaca. Moga rahmat Allah melimpahi  dan sentiasa dekat dengan kita.Amin.

Post ini hanya post peribadi, saya  kongsi untuk tatapan rakan2, mudahan ada manfaatnya walaupun sedikit.

Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah.:)

Saat menulis post ini, saya sudah sudah 4 bulan bergelar zaujah , alhamdulillah:).Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t atas keizinan untuk melengkapkan lagi sebahagian ibadah ini serta selawat serta salam ke ats junjungan nabi muhammad s.a.w, syafaatkan kami di sana kelak. Moga kami tidak hanya mengikuti sunnah baginda untuk berkahwin sahaja, malah seluruh aspek didalam rumah tangga,Insya-Allah.

22 Disember; Tarikh mithaqan gholizho.

Majlis tautan hati kami pada 22 Disember 2012 yang lepas, bertempat di Kuala krai, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun tarikh itu biasanya tarikh banjir melanda:)

Terima kasih buat kedua keluarga yang terlibat, jasa dan sumbangan mereka dari awal pertunangan kami sehingga walimah sangatlah  besar. Hanya Allah sahaja yang mampu balas. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang menghadiri walimah, sangat terharu .Alhamdulillah, nilai ukhwah membatasi segala-galanya.

Tanggungjawab baru

Bila berkahwin automatik tanggungjawab bertambah, tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri.Diri ini sedang membiasakan diri untuk menjadi seorang zaujah yang Allah redha, zauj redha, perlu tunjuk ajar dan nasihat dari mereka yang terlebih dahulu "makan garam" sentiasa. Jika ada pembaca yang sudi lontarkan nasihat, ringan-ringankanlah  tangan untuk taip komen.Moga nasihat kalian membantu kami dalam menjadi suami isteri yang Allah redhai.

Cinta halal

Allah, rasa bahagia dengan cinta halal yang tak pernah dinikmati sebelum kahwin. Inilah yang Allah  ceritakan dalam Al-quran

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. "

( Ar-Ruum 21 ) 

.
Suami isteri itu saling melengkapi, alhamdulillah , kami merasainya sekarang. Quote yang pernah saya post kat Fb mewakili suara hati kami.

Terima kasih cik abang sayang menghadiahkan "CINTA SEBELUM KAHWIN" dengan ;

~ Tak ajak untuk dating2
~ Tiada calling2
~Tidak mengajak kepada perkara2 melalaikan.
 

 Andai kata kita dah biasa, sekarang maybe tak jadi luar biasa.
Saksikanlah aduhai saudara2 dan saudari2. Pilihlah cinta after nikah. Setakat ni cinta after nikah"HIGH CLASS" dalam diari hidup kami.

Setakat ini dulu sharing kali ini,Moga Allah redha isi kandungan post ini. 

Salam sayang kerana Allah.
Beit Al-habib
Ulu Yam Bharu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...