Antara dua watak.

Saturday, May 12, 2012

Miskin harta tapi kaya budi, tak ada masalah, tapi jika kaya harta tapi  miskin sahsiah dan adab, ini masalah!


Pernah diuji? Tipulah kan, kalau tidak pernah diuji. Sedangkan Baginda s.a.w sentiasa teruji. Ujian itu tandanya Allah masih sayang, bersabarlah.Sabar kan cantik=)

Kehidupan kita sebenarnya untuk kita cipta kebahagian. Kehidupan sebenarnya membawa kita mengenali keindahan.

Jelas tak?

Maksudnya begini, setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza-beza dari semua segi. Rezeki, jodoh, ujian dan macam-macam lagi. Ada orang Allah bagi dia rezeki lebih, jadi jutawan high-class, tapi Allah uji dia dengan pelbagai penyakit seperti penyakit kedekut, ujub dan riya’  ataupun penyakit-penyakit fizikal seperti sakit jantung dan sebagainya.

Orang miskin pula diuji dengan kelaparan, ketiadaan duit , kesakitan dan sebagainya  sehinggakan membuka kepada dirinya terjebak kepada peribadi yang kurang baik(Bukan semua)Jadi bagaimana nak cari kebahagian melalui dua watak tersebut?

Cuba letakkan diri anda dalam dua-dua watak? Agaknya bagaimana?

Pendapat saya

Jikalau menjadi si jutawan, cuba jadi jutawan yang beriman. Jutawan beriman tiada yang number satu dalam hidupnya melainkan Allah kedua Allah, ketiga Allah dan seterusnya sampai habis number pastikan Allah matlamat hidupnya.Banyakkan bersedekah kerana sedekah tidak menjadikan manusia  fakir, sebaliknya Allah tambah rezeki . Banyakkan bersyukur, Allah akan tambah kesyukuran  melalui rezeki yang tidak disangka-sangka. Banyakkan bergaul dengan orang biasa-biasa kerana itu membuktikan kerendahan hati , dan disisi Allah, tiada yang biasa atau luar biasa, melainkan dengan amal taqwa yang hamba itu lakukan. Boleh jadi manusia yang biasa di dunia, akan jadi manusia luar biasa di sisi Allah. This is not imposibble!

Jikalau menjadi si  miskin, jadilah si miskin  yang beriman. Jika rezeki susah dapat , usaha lagi, usaha lagi dan usaha lagi. Allah tak akan sia-siakan hambaNya yang berusaha kan? Tapi jikalau Allah tak izin dapat rezeki lebih, berbaik sangkalah, Allah tahu lebih. Boleh jadi dengan duit yang banyak akan mendedahkan kita kepada perkara yang Allah tak redha, ataupun  mengurangkan kadar dating dan pengaduan kepada Allah. Walhal, Allah sangat rindu rintihan itu!!. Sentiasa jadi hamba yang bersyukur, Allah akan tambah kesyukran itu.

Dah jelas?

“ Aku seperti mana sangkaan hambaKu”

Jikalau kita sibuk memikirkan perkara yang tidak-tidak Allah akan menyempitkan fikiran kita dengan perkara-perkara sebegitu.

Jadi senang sahaja, sentiasa berlapang dada dengan Allah, sentiasa positif pada taqdir Allah dan hendaklah usaha seboleh mungkin dengan kudrat yang ada. Dengan izin Allah hidup kita akan lebih terarah, hidup kita akan lebih ceria. Kerana kita tahu kita tak mahu perkara lain  dah melainkan redha si DIA semata-mata dan ujian selamanya tanda sayang Allah. Sabarlah! Lihat bagaimana wajahmu akan cantik dengan sabar=).

 Duhai Allah, berkatilah dan pandulah rasa hati kami.









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...