Ramadhan itu"bersalut" tarbiyyah.

Monday, August 6, 2012
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Malam ini malam 17 ramadhan. Sekejap sangat masa berlalu , rasanya baru semalam mula sahur pertama. .Ada pendapat mengatakan bahawa pada malam 17 ramadhan ini Allah turunkan Al-Quran kepada baginda s.a.w. Mungkin di blog-blog lain sudah banyak menghuraikan tentang perisitiwa Nuzul Al-Quran.

Semalam berterawih di Surau Ar-raihan Kajang.

Kebiasaannya jika tidak sibuk dengan assingment atau program, saya suka balik ke Kajang(rumah kakak, rumah ayahbunda nun jauh di Kelantan). Alhamdulillah, surau pun sangat dekat. Semalam  berterawih di Surau Ar-raihan, Bandar Teknologi Kajang.Pada pertengahan solat terawih ada sedikit pengisian yang disampaikan oleh Imam terawih atau ustaz-ustaz yang dijemput khas untuk beri tazkirah..Antara isi  yang mampu ku  kongsi tentang tazkirah yg disampaikan ialah;


Sepatutnya Orang yang masih ada di dunia ini  merasa lebih gembira dengan kehadiran ramadhan. Orang yang berada dalam kubur pun gembira kerana pada bulan ramadhan, Allah hentikan sementara seksaan, bak kata ustaz, jangan tunggu nak gembira time ada dalam kubur.

Bulan-bulan sebelumnya kita dah banyak rehat dan berada dalam zon selesa sangat. Time pagi breakfast, tengahari lunch, malam dinner, ada supper pula after dinner :) Panjangnya masa  untuk makan, tapi pada bulan ramadhan Allah bagi masa yang paaaaaanjang untuk kita beribadah. Rugilah jika  merasakan ramadhan bulan yang sangat letih,  tanamkan bahawa bulan ramadhan bulan yang paling ni'mat Allah bagi. Mana taknya, baca Al-quran beberapa huruf sahaja ,pahala sudah berganda-ganda, apatah lagi dengan amalan yang lain. Subhanallah! baiknya Allah .

Malam ini di Surau At-taqwa


Malam ini  menghadiri jamuan berbuka puasa di rumah anak saudara abang ipar , kebetulan juga abang ipar bertugas sebagai imam terawih di surau berhampiran rumah anak  saudaranya. Nama surau tersebut ialah Surau At-Taqwa.Malam ini Allah hadirkan rasa terharu dan rasa cinta yang membuak-buak pada bulan ramadhan. Sangat sedih menangisi pemergiannya biarpun masih lagi berbaki lebih kurang 13 hari lagi.


Pertengahan solat sunat terawih diselangi tazkirah. Isi tazkirah sangat menyentuh hati kerana berkaitan dengan susuk yang terlalu dicintai iaitu Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Tazkirah itu disampaikan oleh Imam terawih merangkap abang ipar saya sendiri.


Kisah Baginda s.a.w yang mempunyai peribadi yang sangat mulia. Suatu hari Baginda berjalan menuju ke pasar, bersamanya ada 8 dirham. Niat baginda ke pasar adalah untuk membeli sehelai jubah kerana baginda mempunyai jubah yang sangat lusuh dan memerlukan jubah yang baru. Sampai dipertengahan jalan Baginda berjumpa dengan seorang budak sedang menangis teresak-esak. Budak tersebut merupakan hamba abdi.


Apabila ditanya mengapa beliau menangis, dia berkata dia dibekalkan dengan 2 dirham dan  ditugaskan membeli barang , akan tetapi duitnya  itu tercicir. Dia sangat risau akan dimarahi tuannya.


Baginda   tidak tega melihat budak itu dalam keadaan sedemikian, lalu baginda s.a.w memberikan 2 dirham daripada duitnya kepada budak tersebut. 


Kemudian baginda berlalu ke pasar dan membeli jubah dengan duit yang ada. Setelah membeli jubah baginda berjumpa dengan seorang lelaki. Lelaki itu berkata, sedekahkanlah pakaian itu, Allah akan memberikan pakaian padamu di syurga kelak.


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, baginda terus sedekahkan jubah yang baru dibelinya tadi.
Wallahua'lam. 


Allahuakbar!

Seorang nabi yang maksum yang Allah janjikan syurga masih lagi menambah 'amal kebajikan agar dicintai Allah..Masha-Allah, agak-agaknya jika kita ditempat baginda, macammana  ya?

Bila soroti kisah dan sirah Baginda s.a.w kita akan bertambah cinta dan  bakal membuatkan kita menangis. Bagaimana zuhudnya, qana'ahnya seorang kekasih Allah dalam hidupnya. Masha-Allah...Allahuakbar!

Kesimpulannya


1.Ramadhan  merupakan satu bulan yang sungguh ni'mat untuk dilalui. Bahkan, Allah bagi ganjaran pada bulan ramadhan dengan menghadiahkan  satu malam yang "special dan ekslusif" khas buat hamba-hambanya yang terpilih.  Jadi banyakkanlah 'amalan dan sentiasa dekatkan diri kita pada Allah agar terus dicintaiNya,

2.Sebagai manusia biasa, marilah kita sama-sama berpesan-pesan kepada kebenaran dan kebaikan selagi mana mampu. Ingatkanlah agar tidak lupa.

3. Sebagai manusia yang biasa juga, mari kita "bukakan" hati untuk menerima tarbiyyah Allah yang datang dari pelbagai sudut. Ada ego?Rasa tak bersedia? Rasa tak layak? buang jauh-jauh , perasaan -perasaan itu biasanya akan  merugikan kita sendiri.Allah berfirman:

" Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya".


Allahuta'ala'alam.




Ya Allah, sampaikan daku pada malam istimewaMu yang Kau kurniakan buat hamba-hambaMu dan juga pada bulan ramadhan yang akan datang.Amin









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...