Bahagian II: TEMAN yang menemani

Monday, December 20, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..

SAMBUNGAN:  TEMAN yang menemani

Bagaimana jika kawan yang kita sayangi dan cintai tapi hidupnya jaauuuh sekali dengan islam?Sudah pasti inilah tugas kita, kerana tiada siapa lagi yang dapat membantu mereka.

Kalau tadi kita ambil akhlak kawan-kawan yang solehah sebagai teladan, sekarang kita akan menjadi teladan bagi  kawan2 yang saya sebutkan diatas.

Sebarkan kebaikan
Sebarkanlah kebaikan pada sesiapa yang kita kenal, dan juga pada sesiapa yang kita tak kenal sekalipun. Cuba memberi contoh yang baik pada kawan yang begitu

Sebagai contoh: Kamilah (Kawan yang baik)
                          Maria     (kawan yang baik tapi hidup jauh dari islam)

ALLAH izinkan Maria ditimpa kesusahan dari segi kewangan, Kamilah dengan segeranya menghulurkan pertolongan, dan disaat itu Kamilah cuba relatekan dengan ujian itu , bahawa ia datang dari ALLAH.

Dan disaat Maria ingin bayar, Kamilah memberitahu dia yang dipinjamkan itu adalah ikhlas sebagai hadiah untuk Maria, terapkan bahawa mu'min itu bersaudara, membantu saudara yang lainnya disaat susah, berkongsi kegembiraan disaat senang.

Sudah pasti Maria akan terkesan dengan huluran kasih Kamilah dan Insya-ALLAH moga2 hatinya bertaut untuk mencintai jalan ALLAH.

Erti pada ukhwah itu memberi

Ya! Memberi, bukan kita meminta malah memberi, memberi segala-galanya yang dapat dikongsi, tidak kira samada wang ringgit, tenaga, masa dan jua kata-kata nasihat, ia adalah simbolik ini~MEMBERI.

Lapangkan hatimu

Ukhwah itu juga persefahaman, juga tolak ansur. Apabila teman yang tersayang melukakan hatimu , lapangkan lah hatimu, kerana dia tidak mengetahui.kemungkinan dia tidak mengetahui apa yang dia lakukan, mungkin jua kerana desakan, mungkin jua atas bermacam –macam sebab lagi, jadi dikau yang lebih mengetahui perlu melapangkan dada dan jua berhusnuzzhon lah(bersangka baik). Tidak rugi jika dikau melapangkan hati dan dadamu, kerana disitu ada ketenagan. Tidak rugi dirimu beristgfar , mendoakan temanmu itu kerana disitu tampak jiwa hambamu padaNYA. Apa jua mengadu padaNYA.

Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)

Dikau penyeru.

Tugas mu hanya menyeru kebaikan, juga segala yang membawa hati-hati itu ke jalan ALLAH, jadi rasionallah dalam melaksanakannya, jika tak berjaya, tidak mengapa kerana dikau ada senjatamu~doa. Juga kerana bukan dikau yang menjadi pemilik hati-hati itu tapi ALLAH, jadi sabar, serta kuatkan semangat atas segalanya. ALLAH ma’ana.(ALLAH bersama kita). Firman ALLAH. maksudnya: 


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yg ma’ruf dan mencegah dari yg mungkar; mereka ialah orang-orang yg beruntung. ” [Ali Imran: 104]


Saling lengkap-melengkapi

Dalam apa jua keadaan, diriku dan dirimu teman adalah saling melengkapi. Apabila diriku tersasar dikau tarik kembali diriku ke jalan yang benar, apabila dirimu tersasar , itulah jua perbuatanku. Temanku bertapa diriku mengasihimu kerana ALLAH, moga ukhwah yang dibina ini ke akhirnya.


Rumusannya


Jadilah kita teman yang sentiasa menemani, walau apa pun keadaann sahabat/teman kita. Kerana dalam ukhwah yang kita bina ada elemen dibawah:


  • Sentiasa sebar kebaikan
  • Memberi
  • Berlapang dada
  • Menjadi penyeru
  • Saling melengkapi.
  • PALING PENTING,just because of ALLAH


Dedikasi ini untuk:

-Sahibah Maahad Muhammadi Pasir Mas
-Sahibah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
-Sahibah alam maya 
dan semua yang mengenali diri ini


8 comments:

Senyumlah Selapangnya said...

Orang kafir dahulu masuk islam hanya kerana tertarik dengan akhlak Baginda s.a.w .

SUbhanallah!, ingin mmbwa contoh itu meresap dlm diri ini walau sedikit..Moga ALLAH bantu

sal said...

rencana ini terkesan di hati.Moga menjadi peringatan dan panduan kepada kita semua. Amen

Senyumlah Selapangnya said...

Ummi sal :

Insya-ALLAH, terutama kpd yg mnulis ini, biar dpt mmbwnya seindah apa yg ditulis.

Hjat doa selalu

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Saya tertarik dgn elemen `berlapang dada`. Secara zahirnya, tidak ramai dikalangan kita yg `berlapang dada` kerana sudah ada `pegangan` dan `kayu pengukur` masing2. Namunpun begitu, terlebih dahulu kita sepatutnya berlapang dada mendengar penjelasan setiap mrk ingin berbincang dgn kita (Surah AlAn`aam:125فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk [memeluk agama] Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya [1], niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.
Jalan hidup ini penuh berliku2 dan mengelirukan sebab itu Allah SWT berpesan dlm Surah AlAn`aam:153وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِ dan bahwa [yang Kami perintahkan] ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan [yang lain] [3], karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.
Semakin lama kita belajar, sepatutnya sudah byk ilmu yg kita dalami dan sudah byk surah2/nas2 kit hafal utk panduan hari muka. Kalau masih macam tu juga, kenalah berlpang dada. Wallahualam

Senyumlah Selapangnya said...

tajnur :

Wslm.wbt

Betul apa yg dikatakan itu, sbg kesmplan, sesiapa yg lebih ketahui/faham tntang islam prlulah berlapang dada terlebih dahulu,krn mad'u terdiri daripada pelbagai lapisan, tindakan dan pnyai unexpected action , seterusnya doa, dan serahkan pada ALLAH krn ALLAH yg mmegang hati2 insani.

syukran ats komen yg mmbina

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, perkongsian yg sgt baik..syukran wahai adinda :)

Moga sentiasa dlm rahmat kasih Ilahi..ameen.

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt

'Afuan kanda, moga jadi panduan berguna buat diri ini terutma

Aamin Moga ALLAH kasih dirimu selalu;)

Anonymous said...

Alangkah indahnya jika kita dapat menarik sahabat yang jauh itu ke agama yang indah...
semuanya terletak pada akhlak kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...