Cinta tersemai disana

Wednesday, May 25, 2011
                 Merasai kesejukan  Salji Bumi Sham: Err, sejuk sangat..
Bila rindu malaysia, alhmdulillah dah dpt balik, tapi bila rindu pada bumi itu, belum tentu sampai lagi.Rinduu udara bumi barakah, rindu halawiyat dan fathoir, rindu addawam talaqqi, rindu jejak anbiyaa'..Moga ALLAH sampaikan rindu ini~Jasad kt Malaysia, roh still rasa ada kat sana..ALLAH pelihara bumi sham.Aamin Ya Robb
Lihat binaan disana
 3 Minggu sudah pulang ke bumi Malaysia, tapi entah mengapa, hati dan jasad masih lagi seakan-akan berada disana.  Bumi itu bumi biasa, tiada bangunan pencakar langit yang gah membangun seperti hebatnya di Malaysia, , struktur bangunannya seakan-akan jelek, apa yang istimewanya?
         Menjejak majlis ilmu: Hujah bicara Sheikh Sa'id Ramadhan Al-Buti

Pusat  ilmu

Inilah penambat hati, tempat yang adanya ulama'-ulama' muktabar, pengisian ilmu dimana-dimana sahaja , kitab-kitab banyak terhidang. Cuma kita yang perlu mencari masa untuk menjejak semua itu. Bumi sham itu, bumi yang barakah, tak dapat ku nafikan

Orangnya
Sebelum tiba disana, bermacam-macam tanggapan yang menari-nari difikiran.Bagaimana orang sana? Peramahkah? Pemarahkah? Seperti diMalaysiakah? dan macam-macam lagi. 2 Mac jam 3 petang disana, kami selamat sampai disana. Sesampainya sahaja kami disana, datang beberapa orang kanak-kanak sambil memegang roti yang mana roti itu makanan asasi mereka. 


Ahlan wasahlan !!

Tersipu-sipu sambil berkata ahlan,ahlan wasahlan.(Selamat datang). Sudah membuatkan kami gembira, masing-masing yang tadi tak bermaya setelah seharian didalam pesawat ceria kembali. Inilah akhlak mereka!!! Terjawab sudah. Setelah berada disitu kami semakin tahu ,penduduk bumi sham adalah orang yang pemurah, suka bersedekah, lebih-lebih lagi jika mereka mengetahui kami adalah penuntut ilmu, mereka hanya minta doa.ALLAH. Mereka juga adalah orang yang lemah lembut, meraikan dan memuliakan wanita.


Pengalaman diri ini menaiki hafilah(bas) ke majlis-majlis ilmu masih segar  dalam ingatan. Semua wanita dalam bas itu tidak akan sempat untuk berdiri lama-lama. Mana-mana lelaki yang duduk akan terus bangun untuk memberi ruang duduk pada wanita tidak kira sama ada wanita itu golongan apa. Tidak seperti halnya di Malaysia, kadang-kadang orang hamil pun tidak diberikan ruang.

Gejala sosial disana? Jauh panggang dari api jika ingin dibandingkan dengan Malaysia. Kami aman berjalan walau diwaktu malam ketika ada urusan yang sangat penting memaksa kami keluar iaitu jauh risiko untuk dirompak, diganggu, dan sebagainya(na'uzubillah).

Bumi Damascus menzahirkan rasa cinta pada sesiapa sahaja yang medatanginya, tidak pernah luput ucapan~Ahlan Wasahlan.

Bersambung nanti

Maskan Al-Habib
25 Mei 2011

9 comments:

Dalynniea Abd Rahman said...

assalamualaikum..nak bljar ilmu arab,ble?=)

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum wbt,

Selamat kembali menyampaikan segala ilmu disini ye dik, dh dpt setting jam malaysia? :-)

Allahu Akbar! seronoknya akk baca pengalaman adk disana, indah kan berada di negara yg benar2 menerapkan nilai2 keindahan islam? rasa aman je..hajat sgt di Malaysia pun begitu.

Nanti citer2 lg, insya'ALLAH akk teringin nk tau mcm2 pengalaman adk kt sane.

syukran, ma'assalamah :-)

Bintu Rahman said...

subhanallah na..seronoknya dpt merasa belajar d bumi barakah syam..

Senyumlah Selapangnya said...

@ Dlynniea

Wslm.wbt

Boleh , apa salahnya:) bantu setakat mmpu:) Jemput add ym ke ID ini

ma_luvislam@yahoo.com

Senyumlah Selapangnya said...

@
Halawah al-iman

wslm.wbt

Masya-ALLAH, ALLAH temukan lagi, maaf tak sempat untuk call akk,alhmdulillah dah dpt setting balik jam malaysia:)

Insya-ALLAH akan dkngsikan lagi untuk tatapan akak, biiznillah. If tak kebaratan akk kgsi juga pengalaman disana,pasti byk 'ibarah yg terkndung:)

Sampai jumpa,mg ALLAH kasih, hajat doanya selalu:)

Senyumlah Selapangnya said...

*keberatan
* ibrah

Senyumlah Selapangnya said...

@ norul

Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah

ALLAH izin dapat smpai sana.Maaf norul ni siapa ya?Tak cam:)

Boleh tnggalkan link blognya. Trima kasih;)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Setiap kali terdengar cerita mengenai perkembangan bumi para Anbiyaa, setiap kali hati ini berdebar seolah2 ada menggamit dari sana. Bumi barakah yang pernah melebarkan syiar Islam kini seolah2 sudah menjadi `gharib` dan hilang kenegaraan setelah runtuhnya daulah Islamiah. Asalnya bumi ini diwariskan kepada org2 Soleh saja,Surah AlAnbiyaa:105وَلَقَدۡ ڪَتَبۡنَا فِى ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّـٰلِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.
Apabila Nabi Muhamad saw dilantik menjadi Rasulullah, baginda mengikuti perintah Allah SWT supaya mempelajari dan mentadabbur ALQuran supaya dapat kembali kenegaraan. Surah AlQasas:85إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu [melaksanakan hukum-hukum] Al Qur’an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali.
Tempat kembali kita adalah dibawah Daulah Islamiah yg penuh dgn keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Surah Saba:15بَلۡدَةٌ۬ طَيِّبَةٌ۬ وَرَبٌّ غَفُورٌ۬ [Negerimu] adalah negeri yang baik dan [Tuhanmu] adalah Tuhan Yang Maha Pengampun".
Dari berpusatkan Madinah AlMunawarrah, Rasulullah saw telah berjaya mengurangkan bumi yang dikuasai oleh org kafir sedikit demi sedikit. Surah AlAnbiyaa:44أَفَلَا يَرَوۡنَ أَنَّا نَأۡتِى ٱلۡأَرۡضَ نَنقُصُهَا مِنۡ أَطۡرَافِهَآ Maka apakah mereka tidak melihat bahwasanya Kami mendatangi negeri [orang kafir], lalu Kami kurangi luasnya dari segala penjurunya.
Sehinggalah Rasulullah saw dfan para sahabat r.anhum membuka negeri demi menegakkan kalimah Allah SWT supaya tiada kekufuran.
Surah AlAhzaab:27وَأَوۡرَثَكُمۡ أَرۡضَہُمۡ وَدِيَـٰرَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُمۡ وَأَرۡضً۬ا لَّمۡ تَطَـُٔوهَا‌ۚ Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
InsyaAllah, kita akan teruskan perjuangan ilmu sehinggalah dapat kembali matlamat kita. Wallahualam

sal said...

Alhamdulillah..Allah memberi kesempatan pd Bintu belajar di bumi para Anbiyya..
maka harum dan barakahnya sentiasa dihidu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...