Hidup ini sunyi tanpamu...

Tuesday, November 29, 2011
Bismillah

"Hidup ini terasa sunyi tanpamu sahabat"
Astagfirullah, bila membelek-belek mesej yang pernah diterima daripada sahabat-sahabat, rindu menerjah ruang hati. Sambil -sambil memohon keampunan pada Allah. Apabila makin ramai orang yang kita kenali, makin banyak tanggungjawab yang kita ada. Tanggungjawab kita pada setiap orang itu berbeza-beza.

Astagfirullah...

Entah berapa banyak hak-hak ukhwah yang terabai.Mungkin tanpa diri ini sedari ataupun telah menyedari hakikat itu, tapi buat-buat tak sedar dek kerana masa yang cemburu mengejar perkara-perkara lain.

Astagfirullah....

Sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini, semuanya orang-orang yang Allah cinta,Insya-Allah. Jadi rugilah diri ini tidak turut sama melahirkan rasa cinta pada orang-orang yang Allah cinta ini. Maafkan diri ini duhai sahabat.

Astagfirullah...

Ada  sahabat   sangat suka bertanya tentang Allah, tanda kebesaran Allah. Sehingga kini sangat merindukan soalan-soalan darinya.

Ada sahabat suka kongsi masalah-masalah kawan, sampai sekarang masih lagi cuba memberi jawapan yang terbaik buat dirinya.

Ada sahabat suka memberi semangat berpaksikan Allah, sampai sekarang, masih dahagakan nasihatnya.

Sahabat-sahabatku yang tercinta,

Bilamana ada hak-hak yang diri ini tidak tunaikan, segeralah  beritahu agar sama-sama kita boleh baikinya ke arah yang lebih baik dan seterusnya melaksanakan hak-hak tersebut.

Dedikasi menuntut teguran buat:

Sahabat-sahabat SK KEMUBU,
Sahabat-sahabat MMPM,
Sahabat-sahabat KIBAR,
Sahabat-sahabat KUIS
Sahabat-sahabat maya FB dan Blog

Tegurlah jika sayang diri ini.Moga Allah kasih kalian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...