Ini kisah hijrah...

Tuesday, November 29, 2011
Hijrah bermaksud perpindahan. Dalam konteks yang lain pula hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu yang tidak baik kepada yang baik.Ayuh kawan-kawan dengar, ini kisah hijrah kita bersama=)



Ini kisah hijrah mereka,
Hijrah Baginda s.a.w kerana perintah Tuhan,
Hijrah Muhajirin  membuah perpaduan,
Hijrah Umar r.a menerbitkan sinar harapan,
Hijrah Bilal Bin Rabah sehingga menjadi muazzin pertama dalam
sejarah islam,
Hijrah mereka kerana Cinta tak berkesudahan.


Ini kisah hijrahmu,
Hijrahmu membuahkan semangat baru,
Bukan nafsu mendominasi,
Tapi aqal yang memandu,
Dipandu muhtawayat wahyu.



Ini kisah hijrah bersama,
Membisik kata-kata cinta,
Bukan demi martabat dunia,
Tapi sandaran pada Yang  Esa menguatkan segala-gala,
Boleh jadi hijrah kita;
Dari tidak berhijab kepada berhijab,
Dari suka mengkeji jadi pemuji,
Dari malas kepada rajin,
Dari suka buang masa ,meng'emas'kan masa,
Dari tidak cinta yang ma'ruf kepada  cinta ,
Dari lihat dunia dari jendela dunia kepada
lihat dunia dari jendela akhirat,
Itulah yang lebih tepat.


Harapan daripada kisah hijrah kita,
Agar generasi mendatang merasakan,
Harus jiddiah dalam hijrah,
Perlu mujahadah, thabat dan istiqamah,
Walau duniawi menghalangi,
Tapi kerana hati nampak cinta,
Kerana hati nampak besarnya pengorbanan
menuju keimanan,
Menuju cinta ILLAHI,
Yang tak akan tercapai tanpa kisah  HIJRAH.


P/s:Walau apa pun bentuk hijrah kita, pastikan ia kerana Allah, bukan kerana siapa-siapa. Jadi usah malu melangkah ke arah kebaikan walaupun kadang-kadang ia pahit. Hanya Allah berhak mengadilimu.Hijrah lah kerana Allah duhai hati dan diri, ia cantik, sangat cantik=)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...