Pujukan Eksklusif daripada Allah

Monday, January 2, 2012
Adik kan ada Allah:), jangan sedih-sedih lagi.


Bila diri diuji , siapa lagi teman akrab meluahkan hati dan perasaan jika bukan Allah, Dia sebaik-baik tempat mengadu. Pernah mengadu pada Allah?Rasa tak kemanisan berdating denganNya:)

Berkongsi masalah dengan kawan-kawan tidak salah, tapi yang salah apabila meletakkan kawan itu sebagai penyelesai masalah yang diluahkan. Sedangkan yang mengizin sesuatu masalah itu ialah Allah s..wt, jadi sudah pasti yang memberi penyelesaiannya jua adalah Dia.

Nabi Muhammad s.a.w insan paling agung disisi Allah, akan tetapi baginda tetap dan terus diuji semasa hayatnya. Ini membuktikan Allah memberi kita tauladan melalui kehidupan Baginda yang penuh ujian. Lalu apakah kata-kata cinta Allah kepada  Baginda s.a.w ?

Allah memujuk :


Dan (dengan Yang demikian) Bersabarlah (Wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana Sesungguhnya Engkau tetap terselamat Dalam pemuliharaan serta pengawasan kami; dan bertasbihlah Dengan memuji Tuhanmu semasa Engkau bangun.Dan juga hendaklah Engkau bertasbih kepadanya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).


Apa yang kawan-kawan dapat?


Kalau ikutkan boleh sahaja Allah memujuk Baginda s.a.w dengan memberikan Baginda harta yang banyak ataupun dengan kesenangan-kesenangan lain yang bebentuk keduniaan akan tetapi Allah punyai cara ekslusif buat Baginda agar Baginda s.a.w sentiasa dekat dengan Dia, iaitu ;


1.Bersabarlah
2.Bertasbihlah memuji Allah
3.Dirikanlah solat malam
Hebatkan cara Allah memujuk kekasihNya. Pengajaran ataupun cara ini adalah untuk semua hamba-hambaNya, bukan khusus buat Baginda s.a.w sahaja. Mahu sahaja punyai jiwa seperti baginda, tapi itu mustahil kerana  kita manusia biasa, sedangkan Baginda, maksum dan terpelihara dari dosa.


Dunia menggentarkan hati


Sebagai manusia biasa, mudah sahaja kita terpesona dengan dunia, bila melihat orang lain bahagia dengan berbagai nikmat, kita pula sengsara lantaran cemburu.


Apakah kita sedar, Allah tidak menilai semua itu? Apa yang Allah pandang ialah hati dan taqwa seseorang. Resahkan dan sebakkanlah hati dengan memikirkan kehidupan di akhirat yang nyata jauh lebih panjang dari dunia ini.


Fikir tak..
Kita bakal mati bila-masa, mungkin sedetik lagi


Fikir tak,
Apakah pahala, apakah dosa yang kita lakukan,


Fikir tak,
Apakah kita dah berusaha nak baiki iman pada Allah,


Mari kita sama-sama fikir, kerana fikir itu zikir. Segala kebaikan akan kembali buat kita di akhirat kelak, jadi belum terlambat untuk  meletakkan Allah dalam setiap langkah kita walau kemana pun kita tercampak. Jangan takut dan bimbang kerana Allah sentiasa bersama kita, cuma satu kunci sahaja, YAKIN dan PERCAYA, Allah maha mendengar maha melihat dan maha mengetahui.


Jadi sekarang tak gusar lagi sebab setiap orang yang kita hadapi, orang-orang itu Allah yang hadirkan, begitu juga setiap masalah yang kita hadapi, Allah yang izinkan, kembali kepada Allah, doalah sentiasa, Allah tak jemu mendengarnya,satu lagi, sabarlah,Allah sedang memujuk kita dengan ujian, supaya ingat DIA lebih, betul tak?


Moga Allah pandu=)




4 comments:

yuyu aziz said...

nice...terima kasih di atas peringatan.

Senyumlah Selapangnya said...

Yuyu:

Peringatan buat kita bersama. Terima kasih kembali:)

ROBHUNHAYATI said...

sahabat itu penting kerana dgn sahabat kita boleh berkongsi tetapi ALLAH sgt2 penting kerana kita mengadu dgn ALLAH. pada saat dihadapkan dgn ujian, dugaan, masalah, pilihan n etc, hadaplah ia dgn tenang. jgn gusar atau gundah sebaliknya tetaplah tersenyum kerana senyuman itu terapi terbaik utk redakn gundah di hati. dan amalkan Saiyidul Istighfar agar hati kita kuat utk terus bdepan dgn setiap cubaan yg mendatang. dan pujuklah diri dgn janji2 Allah kerana janji2 Allah itu pasti... Wallahu'alam...

parsifaleadie said...

How to Get the Betway App on Your iPhone and iPad - Dr
The Betway 파주 출장안마 app 제천 출장샵 is 고양 출장안마 easily one of the most 전라남도 출장마사지 popular apps out there. 세종특별자치 출장마사지 You can download the app directly from the website and use any existing iOS devices

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...