Menggerakkan jiwa ke arah mana?

Wednesday, November 24, 2010
Bismilahirrahmanirrahim.

Menulis itu menggerakkan jiwa. Inilah kata-kata yang bisa saya pegang. Menulis untuk menggerakkan hati dan jiwa ini sendiri. Laman sesawang yang dibina ini bermatlamatkan satu, ingin melahirkan kalam-kalam da'wah ,yang bisa menggerakkan jiwa, menasihati hati ini dan seterusnya mengajak hati -hati yang lain kearah jalan yang ALLAH redhai.

Matlamat menubuhkan akaun yang lain pun sama, Facebook , Yahoo Mesengger dan beberapa lagi akaun lain. Kesemua akaun yang saya buka, niatnya begitu. Mengapa matlamat kita tekankan? kerana dari niat dan matlamat itu akan mendorong apa yang akan dilakukan, apa yang akan dikalamkan.


Sebagai contoh, jika niat anda membuka akaun "Muka Buku"(facebook) untuk berdakwah, Insya-ALLAH apa yang lahir hanya demi da'wah,kita pohon dari perkara yang sia-sia.Dan jika niat disebaliknya, kita akan berbuat atas apa yang diniatkan.Dan kadang-kadang kita tidak sedari apa yang kita kalamkan adalah 'Value Added' untuk saham akhirat. Kita jangan terkejut apabila diakhirat kelak, banyak pahala-pahala yang ada buat kita hasil kalam yang mengajak da'wah. Daaan, jangan juga terkejut, jika buku amalan kita penuh dosa-dosa yang kita cetuskan tanpa kita sedari walau melalui facebook serta akaun-akaun lain.


Saya dan yang lainnya tidak mampu memberi hidayah kepada seseorang, kerana ia hak mutlak ALLAH s.w.t. Kami hanya mampu menyampaikan setitik atau sezarah ilmu yang sama-sama kita dapat agar jadi panduan bersama. Oleh itu pada entri ini saya  mengajak kalian berbicara,matlamat apakah seutamanya dalam membina akaun-akaun yang ada. Apakah matlamatnya??

Sama-sama kita tajdid(perbaharui) niat kita dalam apa jua perkara.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob rodiallohuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rosululloh alaihisolatu wassalam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya  karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. “ (H.R. Bukhori no:01 dan Muslim no:1907)



 



4 comments:

abah aman said...

salam bintuarifin,
Atas sebab itulah abah gagahkan juga menulis... kalau diturutkan perasaan malas dah tutup kedai kot.

Senyumlah Selapangnya said...

Abah aman:

Wslm.wbt

Itu lah abah kadang-kadang jika hati tak dpandu dgn niat yg betul, boleh jd putus asa nk menulis.

Teruskan gerakkan jiwa yg mmbca blog abah, biarlah org putus asa mmbca tapi biar yg menulis tak putus asa mmberi.

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam adindaku..

Alhamdulillah, indahnya andai hati dan jiwa bulat keranaNya ALLAH semata-mata..
teruskanlah menulis wahai adindaku..

doakan juga bt kekandamu ini..

Senyumlah Selapangnya said...

Salam 'alaik kandaku..

jazakillah ats taujihatmu..Insya-ALLAH, selagi ALLAH izin dan moga diri ini thabat dlm bdang ini just bcause of HIM

Insya-ALLAH.Sama2 ya kak=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...