Nota buat hati

Friday, November 5, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan baca post ini dengan ''kalimah toyyibah' diatas dan dengan senyuman dalam apa jua ujian dirimu=).Orang-orang yang kuat diuji  akan menjadikan jiwanya mantap, sahsiah hebat. Tak lain tak bukan ujian itu tanda kasih sayangNYA. Cinta pula satu sinergi  yang menguatkan hati dan jasadiah untuk kita lebih kuat. Cinta pada ALLAH lebih utama. Cinta pada makhluknya juga tidak terkecuali, cinta Rasulullah, ibu bapa, rakan dan taulan dan pada semua makhluknya.

Paling penting saudari dan saudara yang kukasihi kerana ALLAH, kita tahu erti cinta itu bukan untuk melumpuhkan segenap hidup,tapi untuk lebih mekar dalam bahagia mengharungi mehnah(ujian) hidup

Cintakan manusia, manusia kan pergi jua, cintakan makhluknya yang lain pun tiada yang akan kekal.Yang kekal hanya cinta pada DIA.

Mengapa ku bicara tentang ini, kerana ada sesetengah diluar sana , apabila ALLAH uji dengan cinta manusia, lantas dia kecewa malah dengan segera berkata 

"Lebih baik saya mati macamni". 

Tidk terfikirkah hidup ini, asalnya untk siapa?. Jikalau ada rasa cnta, kita akan kembali kepada yang memberi cinta,ada sayang, begitu juga, ada kasih apatah lagi, segala-galanya kembali kepada ILLAHI ." ALLAH tak akan menbebankan sesuatu ujian diluar kemampuan hamba-hambaNYA", yakinlah! 

Alhamdulillah All praises to ALLAH,kita dah dianugerahkan ALLAH islam dan iman, kita cuba menganugerahkan diri sendiri dengan sebenar-benar tuntutan. Nak jadi solehah /soleh kerana ALLAH dan memang seutama-utamanya nak jadi solehah/soleh disisi ALLAH agar settle yang lainnya.

Kita jaga hubungan dengan ALLAH, ALLAH jaga hubungan kita dengan yang lainnya dan memberi kita kemudahan dari segenap sudut yang tak disangka...

Khas buat Muslimah:
Jadi mawar berduri yuk, indah dipandang, namun!! disentuh ia tajam

Salam Mujahadah buat semua
Kalam Hati
Bandar Teknologi Kajang



5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

entri ni sgt mmberi kesan. Benarlah, cinta itu hnya pd DIA kan.itu cinta yg utma.

Terima kaseh.

~Nur Zinnirah

NICK IRFAN said...

menarik entry ni.. :)

Bintu Arifin said...

Anonymous :

wslm,wbt

Cintakan ALLAH itu yg bakal kekal buat selama-lamanya, Insya-ALLAH.Sama2 Nur Zinnirah, apa yg brmnfaat sama2 kita share=)

NICK IRFAN :

Terima kasih=),
Ia akan jadi lebih menarik jika kita dpt praktis dalam khidupan kita kan, Insya-ALLAH.

sal said...

salam cik Bintu.yA..moga Kita bukan sahaja berupaya untuk sentiasa mnjaga hubungan dengan ALLAH, malah SENTIASA memohon rahmat dan hidayahnya....mudah2an jadi hamba yg selalu taat dengan suruhan dan perintahnya ..Amin

Bintu Arifin said...

Sal : Wslm.wbt

Insya-ALLAH..Aamin mudah-mudahan kita sentiasa punyai jiwa hmba lantas membuat/beribadah sebaiknya sbg hamba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...