Saat Jiwa Hambar

Monday, November 22, 2010
Bismillahirrahmanirrahim

Pertama, seutama dan selama-lamanya sbg hamba, HAMDALLAH (Alhamdulillah)atas segenap ni'mat. Ni'mat yang pelbagai yang tak mampu diri ini dan kawan-kawan menafikan. Ni'mat masih lagi dikurnia umur, dan juga diberi kesempatan merasa cinta dari segenap cinta(Cinta sekudusnya buat DIA Illahi Rabbi,Cinta pada ibu bapa, keluarga, guru2 , rakan2, Rasulnya dan cinta pada semua yang syar'ie)

Walau imtihan final sudah berlalu dan sudahpun memasuki fasa semester baru tapi  kenangan yang tak mampu nak hakis dalam diri sentiasa terukir indah.(Bunyinya suspen)

Saat saya menghadapi peperiksaan akhir tempohari, pelbagai ujian datang menerjah, sehingga jiwa jadi berkecamuk tapi masih lagi mampu tersenyum kelapangan dalam pahit .
“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)
Hingga satu saat, hati rasa gelisah, jiwa tidak tenang sehinggakan tidak tahu apa yang ingin ditelaah.Astagfirullah, hamba ini lemah. Lalu saya menarik sehelai kertas yang biasa-biasa ,lalu dengan pena yang biasa-biasa juga saya menulis kalimah yang biasa-biasa  tapi bermaksud LUAR BIASA!

Inilah kalimahnya!

Saat menatapnya terasa seolah-olah  ada aura luar biasa masuk menjalar dalam diri.Masya-ALLAH, ALLAH masih dan sentiasa bagi tarbiyyahNYA walau apa pun keadaan hambaNYA.

'Ibrahnya

Teman-temanku walaupun kita tahu bahawa hidup ini adalah semata-mata untuk ALLAH tapi pembaruan niat dan syahadah adalah penting.Dalam apa jua keadaan kita sentiasalah muhasabah dan setting balik niat dalam apa jua perkara.Berbuat sesuatu biarlah kerana ALLAH.

Moga saya dan teman-teman sentiasa memperbaiki diri dalam menjadi hamba yang ALLAH redhai , bersyukur atas segala ni'matNYA, sentiasa mengadu padaNYa atas apa jua ujian.Insya-ALLAH


Ilaahi Anta Maqsudi, wa Ridhaka Matlubi.

6 comments:

hana said...

Sentiasa berkata dengan diri,jika kita tak usaha bgmn Allah nak tolong..buat yg terbaik dlm exam..

Bintu Arifin said...

Sohih, apa yg diusaha, itu akan didapati, tapi kadang2 bila masuk exam bukan apa yg kita baca, itu yg dapat kita jawab, sebab kadang2 ALLAH bagi pertolongan tanpa disangka hasil usaha kita menolong agama ALLAH.

Syukran ukhti hana.=)Insya-ALLAH doakan supaya diri ini menghadapi exam sterusnya dgn tenang.

محمد حذوان بن حميدان said...

moga trs thabat dlm prjuangan..
mehnah2tribulasi bknlh PELEMAH kta,ttap PENGUAT utk kta trs brada dlm jln dkwh ini.. (^_^)

Bintu Arifin said...

Mohd Hazwan :

Insya-ALLAH, Aamin Ya Rabb.
Mg kita semua thabat dijalanNYA.Dan moga ALLAH pandu setiap perjalanan kita semua.BETUL! ujian/mehnah itu tak lain tak bukan untk pemntap iman.

Jazakallah ya akhi

Kak fatim said...

Salam adik yang dikasihi Allah SWT,

Peringatan yang begitu baik kepada pembaca. Moga adik istiqamah dalam perjuangan mentablighkan ilmu Allah dan memberi tazkirah. Moga berjaya jua dalam exam.

Bintu Arifin said...

Wslm.wbt kak Fatim

Aamin Ya Rabbal 'alamin. hajat doanya ye.

Salam penuh mahabbah=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...