Ma Aqwa Al-Hubb[Alangkah kuatnya cinta]

Thursday, December 30, 2010
Bahagia Yang Sebenar Adalah Di SYURGA, bukan bahagia duniawi.

Bila kenang diri sendiri, lantas terfikir,ALLAH ,apa yang ku buat untukMU, untuk agamaMU. Terasa kerdil sangat disisiNYA. Belum lagi difikir saat-saat azab ALLAH, saat mati, saat menghadapi pertemuan denganNYA

Jiwa mana yang tak kalut resah ingin bertemu KEKASIH.

Tak tertahan rasanya apabila fikir perkara itu. Kena survive diri sendiri, tak mahu lemah dek kerana dunia. If dengar kisah-kisah sahabat Baginda s.aw., ada yang pengsan sebab dengar tentang azab nereka, takutnya mereka pada azab ALLLAH, walhal ada diantara mereka ALLAH sudah jaminkan dengan syurga. ALLAH...

Apa yang buat mereka sebegitu rasa2nya ye?

Kuasa cinta

Pastinya kerana cinta yang sangat mendalam. Bukan kerana syurga, bukan kerana apa-apa tapi kerana cinta pada DIA.Ma Aqwa AlHubb!.[Alangkah kuatnya cinta!]

Kita susuri kembali, Apabila ALLAH mengambil baginda pulang kepangkuanNYA,  apa yang baginda tinggal pada para sahabat? Tidak lain tidak bukan Cinta padaNYA, kerana jika bukan kerana cinta pada ALLAH jadi paksinya boleh sahaja sahabat-sahabat tidak terus untuk mengimani ALLAH.

Kuasa cinta. The power of love,The miracle of love. Itulah dia si cinta.
Cinta pada DIA yang memberi cinta akan buat kita jelas tentang tujuan hidup ini adalah untuk mencintai segala pemberiannya iaitu: SAKIT, UJIAN, NIKMAT dan macam-macam lagi.

Rumusan;
  • Cinta itu berkuasa, cinta yang paling mulia ialah keranaNYA, dan of course padaNYA.
  • Tanpa cinta, hambarlah jiwa, kerana bila cinta meninggi bersinar hati.
  • Apa yang dibuat biarlah paksinya kerana cinta pada ALLAH


Moga ALLAH berkati, rahmati saudara yang mencintai saudaranya yang lain dengan mengutamakan cinta pada DIA seutama-utama cinta

4 comments:

sal said...

Alhamdulilah Bintu..
Moga 2011 lebih bermakna..

moga hidup kita lebih diberkati dan derahmati..SELAMAT TAHUN BARU..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua manusia (org b`iman atau kafir) mmg m`punyai tauhid Uluhiyyah rasa cinta dan memerlukan Allah SWT hatta Firaun sendiripun sebelum tenggelam kedlm laut sempat mengucap kalimah Ilahi tetapi ditolak! (QS 10;90). Apa yg menjadi masalah, manusia sering mengingkari tauhid Rububiyyah. Diantaranya perintah Allah SWT dlm AlQuran dan tugas kita sebagai hamba Allah semasa didunia ini sering kita abaikan! Byk perkara yg baik tetapi sesuatu yg baik itu mengikut perintah Allah SWT mengikut cara Rasulullah saw,(Surah AliImran:31قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Wallahualam

Senyumlah Selapangnya said...

Ummi Sal:

Insya-ALLAH sama2 kita doakan agar ALLAH sentiasa memandu kita, dan biar kasihNYA tak putus n jauh.

Ummi, bila dpt rasa kek pisang ye?=)

Senyumlah Selapangnya said...

Tajnur:

Wslm.wbt

Ya kecintaan pada ALLAH itulah sebnarnya ingin ditanamkan, sebab if lihat manusia sekarang, mereka tdk seimbangkan antara dua 2 tauhid itu, mereka tahu ALLAH yang mencipta,hatta budak2 sekalipun, tapi berapa ramai yang menanam cinta pada ALLAH?

Malah ada yg hidup jauuuuuh dari islam, kerana ketidakjelasan cinta dan juga tanggungjawab sebagai hamba ALLAH.

Moga ALLAH pandu.
Wallahua'lam


Syukran ats perkongsian. Sgt brmnfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...