TAHUN BARU: Anjakan paradigma?

Saturday, January 1, 2011
Bismillahirrahmnairrahim..

Apa khabar iman dan hati?[soalan untuk diri ini sendiri terutamanya].

Masuk tahun baru ini [Sebagai islam, tahun baru bermula 1 Muharram, bukan 1 Januari] sudah pastinya ramai yang ingin melakarkan anjakan paradigma dalam diri  masing-masing.Anjakan yang bagaimana? Terpulang pada diri masing-masing TAPI!!!pastikan ia membuat anda bertambah kecintaan pada DIA yang memberi cinta.

Rugi bukan kalau hari-hari kita hidup dan buat perubahan ke arah yang lebih baik tapi tak syar'ie. Kena jelas berubah kerana apa? Kita taknak kita berubah kerana satu-satu perkara yg tak kekal,seperti kerana manusia, kerana harta, dan duniawi semata-mata.Tapi biarlah kerana ALLAH.

Sebagai mu'min sepatutnya tiap hari, hari yang baru, kerana HARI ESOK PERLU LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA.

Ada satu lagi persoalan yang sering berlegar-legar yg penuuuh tanda soal apabila melihat manusia dizaman ini.

Apabila dia mencintai lagu -lagu yang tak soleh,[lagu yg dinyanyikan oleh STACY seumpanya]masih ada lagi cinta pada ayat-ayat Al-Quran.????????  Sebab islam itu TIADA PADANYA TITIK PERCAMPURAN.Umpama minyak dan air. juga,mana mungkin boleh bercampur.


Islam dan jahiliyah tak mungkin boleh disatukan. Jika kita islam , ambillah islam secara keseluruhannya, mengapa masih mewujudkan unsur-unsur jahiliyah dalam diri.SANGAT RUGI BUKAN?

Apa-apa pun ini semua berpunca dari hati. Hati yang baik, akan sentiasa menjaga segalanya, dan hati yang rosak akan membuat semua rosak binasa.Oleh itu, FROM NOW,Check hati kita dan jangan lupa renovate.Dan  Shift your paradigm to ISLAM.


Carilah hati mu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, , jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak menjumpai juga, berdoalah kepada ALLAH , pinta hati yang baru..”

Salam permujahadahan,

Wallahua’alam,ALLAH jua yang MAHA mengetahui

.

8 comments:

sal said...

Apa khabar..ceria selalu..selamat menyambut tahun baru . moga kita dapat menjalankan kehidupan dengan gembira dn ikhlas disisiNYA.ameen ..

~♥ Mawar ♥~ said...

lama tak singgah.. ceria selalu:)

a.humaira said...

Assalamu'alaikum dik..

Alhamdulillah, entry yg membuka minda dan hati utk lebih mendekatkan diri padaNya..

InsyaALLAH, kita sama2 usahakan ke arah yang lebih baik, biar indah dalam pandanganNya..

p/s: Ini blog ke-2 akk ( http://rakanseusaha.blogspot.com )
nanti adk free, jemput singgah ye..
Doakan buat akk juga.. :)

Bintu Arifin said...

Ummi Sal:

Aamin wa Insya-ALLAH doakan moga ceria disamping jlnkn ibadah n tanggungjawab(^_^),Ummi juga

Bintu Arifin said...

Nurul @Cik Mawar :

Singgah lah selalu , agar jadi penyeri taman ini, n kutip apa2 yg boleh dijadikan mnfaat brsma:)

P/S : makin ceria n berseri ye Nurul menghitung hari,moga ALLAH mudahkan ye

Bintu Arifin said...

Ukhti Aisyah:

Wslm.wbt kanda fillah

Insya-ALLAH, moga ALLAH kasih n redha apa yang ingn dikngsikan, tak lain tak bukan dariNYA,

Sama2 ye kak kita usaha n lengkap melengkapi menuju jalanNYA.Insya-ALLAH=)

P/s : Insya-ALLAH ziarah blog akak itu=)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mengubah sesuatu paradigma mmglah dituntut dlm Islam supaya tidak jumud pemikiran kita tetapi arah pengubahan itu mesti ada kayu pengukurnya. jika tidak semua orang boleh mendakwa teori dan falsafahnya sajalah yg terbaik. Perlu diingat bhw makhluk pertama yg mengemukakan falsafahnya adalah iblis laknatullah dgn mantiknya,`قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬ QS7:12 Iblis telah berkata: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah"
secara logik akal, mmglah api lebih bersih dr tanah ttp iytu bukanlah ukurannya.Ukuran bagi sesuatu kebenaran adalah haq yg dtg dr Allah SWT. Surah AliImran:60ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ Sesuatu yang benar itu, datangnya dari Tuhanmu, karena itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Masyarakat Arab Jahiliyah Quraisy suatu ketika dahulu adalah kaum yg maju, terkenal dgn ilmu kesusasterwan yg tinggi dikalangan Jazirah Arab namun jahil dari segi tauhid Uluhiyyah dan tauhid Rububiyyah sehingga turunnya `ayat kursi` menerangkan anjakan paradigma supaya mrk hidup dari kegelapan2 kpd cahaya supaya jadi lebih msju dlm penghidupan. Rasulullah saw telah mentarbiyyah anjakan paradigma ini selama 13 tahun barulah masyarakat Arab dpt menjadi bangsa yg bermaruah sehingga sampai pelusuk nusantara. Tetapi apabila mrk meninggalkan AlQuran dan Hadis, lihatlah betapa hinanya maruah Islam sejak keruntuhan Daulah Uthmaniyyah dlm tahun 1924 sehingga dilabelkan sbg `pengganas` antarabangsa! Wallahualam.

Bintu Arifin said...

Wslm.wbt

tajnur:

Alhamdulillah saya lebih jelas. Terima kasih ats penjelasannya yang sangat bermnfaat buat semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...