Saranan untuk menggerakan bersih 5.0

Wednesday, June 29, 2011



Hati kita. Bersih atau Kotor?

Setiap hari, hati kita terdedah kepada "kepanasan" udara jahiliyah yang akan menyairkan serta melunturkan keimanan kita kepada Allah SWT.

" Bayangkan, keimanan kita luntur!"

Suasananya panas, membahang dan mendidihkan - jiwa kita yang asalnya disimbahi ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman ruh iman kian hilang keasliannya. Hati dipenuhi dengan kegelisahan, ketidaktentuan dan bebanan jiwa yang memberatkan. Terkena kemudaratan jahiliyah.

" Hati kian hitam, kotor, jijik, kaku dan semakin gersang!."

Pedulikah kita tentang hakikat BERSIH hati yang perlu diservis setiap hari? Bahkan, soal ini jarang sekali mendapat keutamaan dalam agenda seharian manusia. Betulkan kenyataan ini?

Tuntutan BERSIH HATI (BERSIH). Lima penawar hati yang akan menjernihkan semula nurani anda. Ia akan mencahayakan kembali cahaya putih di dalam jiwa anda.

Jom BERSIH HATI dengan 5 penawar hati! Inilah dia BERSIH 5.0. Tuntutan yang perlu digerakan dalam kehidupan kita setiap hati. Ayuh, HATI anda mempunyai hak yang harus ditunaikan sesegera mungkin.

BERSIH 5.0


[1] Bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.


[2] Sentiasa membaca Al-Quran dengan tadabur, khusyuk dan mengingsafi.


[3] Memelihara perut daripada makanan yang HARAM


[4] Melakukan solat malam (tahajud)


[5] Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah SWT

Lima penawar hati ini, merupakan saranan oleh Imam Abul Laith al-Samarqandi, di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin.

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Ayuh, kita lakukan BERSIH 5.0!
 
Penulis:http://brohamzah.blogspot.com/

 


4 comments:

Anonymous said...

Oo..bersihkan yang ini..Terbaek=)

Senyumlah Selapangnya said...

@ Anonymous

Yang ini terutama dan paling utama. Hati kan raja segala perilaku.Baik ia, baiklah seluruhnya tapi jika rosak ia, err, na'uzubillahiminzalik.

Moga ALLAH pandu.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sekadar perbincangan. Saya lebih suka fokus saranan [2] Sentiasa membaca Al-Quran dengan tadabur, khusyuk dan mengingsafi.
Apabila dlm AlQur`an menyuruh kita membaca bermakna didalamnya ada 4 wajah spt terdapat dlm mukadimmah tafsir Ibnu Katsir. Biarlah kita mengambil kenyataan ulama` dan para sahabat r.anhum. Didlmnya, Ibnu Abbas r.a. berkata,` Tafsir/kefahaman AlQuran terdapat 4 wajah: a) Tidak ada yang mengetahui pentakwilannya melainkan Allah (ayat mutasyabihaat) b)Yang lebih mengenalinya ialah Orang2 Arab dgn kaliamah2nya (kefahaman balaghahnya) c) Kefahaman dimana para ulama yang lebih mengetahuinya (ulama yg rosikh dlm ilmunya) d) Kefahaman yang tidak diuzurkan oleh seseorang atas kejahilannya.
Jadi pada peringkat kita ini, lebih berpegang kpd (d) iaitu mcmana sekalipun, kita mesti belajar memahami AlQuran. Mesti ada kaedah utk mendekati dan memahami AlQuran. Dgn adanya para ulama dgn kitab2 muktabar dan adanya kemudahan internet ` melalui laman sesawang mayaarab.blogspot.com` dewasa ini maka terlalu byk kitab yang boleh diperolehi secara maya. Tugas kita adalah wajib mempelajari AlQuran sehingga mendirikan daulah Surah AlQasas:85إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬
Semasa mempelajarinya tentu ada caranya dgn mentadabbur AlQuran jika tidak terdapat byk kekeliruan dari segi kefahaman. Surah AnNisa`:8أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا
Dan jika masih ada kesamaran, kita kembali kepada Ulil Amri yang menikut Usul AlFiqh sebagai istinbat (penetapan) hukum sebagai rujukan manakah yang terbaik! Surah AnNisa`:83وَإِذَا جَآءَهُمۡ أَمۡرٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُواْ بِهِۦ‌ۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡہُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka ` Wallahualam

Senyumlah Selapangnya said...

wslm.wbt

Sangat setuju dan mentaukidkan, al-quran ialah sebaik-baik bacaan dan penghayatan buat semua.

nabi Muhammad s.a.w bersabda lebih kurang mafhumnya begini:

Aku tinggalkan dua perkara, jika pegang nescaya tak akan sesat iaitu AL-quran dan as-sunnah. Apakah lagi yang meragukan kita?

Terima kasih, sgt bermanfaat apa yg tajnur sharing. Allah yubarik fiik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...