Lilin cinta seorang murabbiyah

Tuesday, July 5, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Ekoran dari ziarah cinta kami pelajar-pelajar yang rindukan suasana sekolah itu yang penuh tarbiyyah dan mahabbah, lalu terhasillah nota cinta ini, pengisi hati yang dahaga cinta dan kata-kata pengikat jiwa murabbi dan murrabiyyah sekolah itu.

Epilog cinta :Guru kami, selaku murabbiyah kami dalam badan dakwah, teruja dengan kehadiran kami, sinar matanya sudah cukup membuat kami tahu. Tapi jauh sudut hatinya meminta kami." Bantulah dan sampaikanlah apa yang sepatutunya pada adik-adik kalian diluar sana".

Terlebih dahulu kami semua memandang wajah tua itu dengan penuh kasih dan cinta. Beliau tidak sudah-sudah ingin mengisi bahagian rohani pelajar-pelajarnya walaupun beliau ketika itu sedang sibuk.

Pantas murabbiyah saya memberikan " persegaran " rohaniyyah ketika kami berjumpanya ahad lepas. Lantas saya dan kawan-kawan cuba menghitung, kira-kira tajuk  apakah yang ingin dikupas beliau.

Resmi padi, makin berisi makin tunduk

Katanya, dunia hari ini makin mencabar. Jadi kebanyakkan kami yang terdedah dengan " badan dakwah " adalah orang-orang yang beruntung kerana sudah ada basic untuk mengharumkan lagi tarbiyyah-tarbiyyah rohaniah pada mereka di luar sana.

Apa kaitan dengan kata-kata diatas?

Walau sudah bergelar student ipt,tak kira luar atau dalam negara, atau sudah menjadi orang-orang yang berjaya, jangan bongkak menakbur diri, bangga dengan pencapaian sementara. Sewajibnya ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Makin berjaya, makin merendah diri, makin ingat asal usul diri terlebih dahulu.

Dulu kita adalah seorang budak hingusan yang tidak mengerti apa-apa. Di ajar A disebut E, buktinya memang semua sudah alami. Untuk mengenal huruf banyak pengorbanan yang guru-guru perlu laksanakan.  Akhirnya si hingusan tadi berjaya bergelar ahli karporat ternama, Doktor, Guru, Pensyarah, dan sebagainya yang tinggi-tinggi. Berkereta mewah, berumahkan banglo mengalahkan guru-guru yang membanting tulang sekian lamanya. Tapi apakah guna jika jasa guru yang mengajar dari kecil sehingga besar tidak  dihargai. Alangkah sedih kan walau begitu. Sungguh sedih jika kita yang melaluinya juga. Jadi apa salahnya menjadi si dia yang merendah diri , memuliakan mereka itu lagi pula semua yang didunia ini bukan kita punya, tapi ALLAH punya, kita hanya mampu sahaja, selebihnya memang milik ALLAH segala-gala.

Harta dan pangkat tidak akan kekal menjalin bahagia jika hati tidak cantik menilai jasa, jika hati tidak indah menghias akhlak, segala-galanya mampu rosak binasa. Bila takbur menjadi pendamping hidup, sifat-sifat mazmumah lain akan turut menemani.. Semua ALLAH punya, ingat ya!

Guru umpama lilin : Membakar diri untuk menerangi

Kesimpulan


  • Hargai jasa guru  walau dia tidak mengajar kelas kita dan tahun kita.
  • Jika berpeluang balik cuti , jenguk mereka walau seketika .
  • Jika tak mampu jumpa bertanya khabar dari jauh contoh : Sms, call, fb, dsb
  • Tatkala bersujud padaNYA hadiahi mereka doa.
  • Moga jasa mereka diganjari ALLAH syurgaNYA.

4 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam'alaik dinda..

Besar pengorbanan seorang guru kan dik, hanya ALLAH mampu membalas segala jasa pengorbanan mereka.

Terima kasih dinda, mengingatkan kanda pada semua guru-guru kanda dulu, hanya doa yg mampu dititpkan buat mereka semua.

syg mereka semua kerana ALLAH..

Senyumlah Selapangnya said...

'alaikissalam

Sungguh besar, jasa mereka tetap mewangi walau mreka dah tiada.

Sama-sama kanda, rasa sebak bila dengar guru-guru terasa hati dgn pelajar, jadi wujudnya nota cinta ini.

Saya juga dan mudahan kita semua:SAYANG MEREKA KERANA ALLAH

Jazakillah kanda:)

Anonymous said...

Terima kasih cikgu, tnpa mereka, siapa kita.Terima ksh, nota yg baik untk slg ingat mngingti.

Mujahidah Nur

Senyumlah Selapangnya said...

@Anonymous

Sama-sama, marhaban mujahidah;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...