Segar dan mengharum

Monday, June 20, 2011
Saatnya ingin pulang, bunga-bunga ini baru sahaja menyegar dan berputik, seperti cinta ku pada bumi syam yg terus menyegar itu...

Bagaimana untuk diluah rindu yang sentiasa menebal ini. Rinduu bumi itu, hakikat yang sentiasa menyegar. Entah dari sudut mana datangnya sampai bibir sentiasa menyebut-nyebut perihal sana.

Tahulah diri ini bahawa yang menyatukan ialah cinta! Cinta dan kasih pada mereka yang telah lama meninggalkan kita semua, berabad-abad lamanya.  Walau hanya melihat tempat jasad mereka bersemadi, tapi kerinduan menebal-nebal dan lebih  mengingatkan pada perjuangan mereka bersama Rasulullah s.aw, sama ada para anbiyaa', sahabat, tabi', tabi'in(yang menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w) dan lain-lain. Saat ini bersama deraian air mata, hanya mampu doa , jikalau  diri ini tak mampu meneruskan perjuangan melawan musuh-musuh islam yang makin mengganas  meracuni pemikiran  ummat islam, biarlah perjuangan mengekalkan ni'mat islam dan iman dalam diri masih utuh.

Tak mampu tulis panjang...

Ya ALLAH bantu kami -Kekalkan ni'mat islam dan iman dalam diri kami

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dalam keadaan sekarang, kita hanyalah sebagai orang `gharib` (asing). Apabila bumi dikuasai oleh pihak kuffar, mrk menetapkan pelbagai syarat2 visa, cukai dsb yang tidak ada dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW,`Sebermulanya Islam itu adalah berkeadaan asing, dan Islam itu nanti akan kembali menjadi asing, maka berbahagialah orang yang asing`. Wallahualam

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt ukht tajnur

Itu lah realiti, mereka(si penjajah) "masih rabun" dalam melihat kebangkitan islam, walau sekarang sudah ada sesetengah dari kita bngkit mmpertahankan islam. Contohnya : palestin, isu yg sedang hangat dperkatakan sekrg, mereka tdk melihat bahawa Palestin tidak sesekali lemah apabila mereka menguasai malah Rakyat Palestin makin berani, buktinya, darah-darah yang mengalir , petanda syahidnya si pejuang mempertahankan hak islam.

Mari kita doakan,agar islam gemilang dgn cemerlang.

Syukran atas perkgsian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...