Ketika keadaan sentiasa menguji

Friday, July 15, 2011
Bismillahirrahmanirrahim

Mari duduk bersama-sama...beriman..

Setiap detik dan waktu, lafaz hamdallah kita panjatkan padaNYA, atas beberapa anugerah yang berharga. Atas ni'mat islam dan iman, atas kejayaan, atas rezeki, atas kekenyangan dan atas segala perkara.

Ketika dunia dan ummat sendiri sedang tenat menghadapi penyakit hati, jadi apa khabar iman kita?
Bertambahkah...Berkurangkah..Dua-dua keadaan itu boleh berlaku. Iman yang hakiki, susah untuk digambarkan. Selayaknya hanya ALLAh yang tahu. Tapi kita dengan diri sendiri, susahkan untuk mengesannya? Tahap mana iman, serta kedalaman taqwa kita pada DIA, kita sendiri boleh ukurnya. Tapi terima atau tidak itu bergantung pada ALLAH.

Ketika kita mengatakan cinta pada ALLAH melebihi segala-gala, tapi  dunia datang sebagai medan ujian dan benar-benar kita teruji , lalu kita berputus asa untuk menghadapi serta menjalani kehidupan. Ohhh..sungguh terlalu rapuhnya iman si hamba itu.

Bukan bermaksudkan sesiapa, sebagai muhasabah pada diri yang kerdil ini. Sangat kerdil! Allah..

Betapa  ALLAH mengurniakan kasih sayangNYA dan  sentiasa mengalir walau kita berbuat dosa yang menggunung sekalipun. Lalu peluang 'emas' ini jangan kita sia-siakan.. Kalau tidak memang "kita" terlalu rugi.

Islam datang sebagai agama yang mulia, agama yang panjinya nasihat dan kebenaran, hikmah, serta ketenangan. Ia sangat menguntungkan pemegangnya jika hamba ALLAH itu berpegang sungguh-sungguh(mengamalkan islam secara segenap aspek). Tapi jika hanya separuh-separuh, dalam setengah-setengah perkara islam diamalkan, sungguh!!! "Kita" orang yang rugi. Series!!

Hati perlu sentiasa dalam  keadaan sedia untuk di"basuh" /di"bersih". Kerana masa ujian memang tidak dinyatakan dalam jadual kelas,kerja dan sebagainya. Jadi sentiasa pegang hati erat-erat(macamana pula nak pegang hati???) Pegang hati dengan berlapang dada, tika ujian datang , cepat-cepat ingat ALLAH,tersentak pun tak mengapa. ALLAH tahu lebih, lebih tahu dan tahu lebih-lebih dari kita. Mungkin satu muhasabah terbaik bagi diri kita, atau kafarah dosa atau ALLAH nak bagi ganjaran yang lebih baik:) Seronoknyaaaa..


Paling penting, check hubungan hati kita dengan ALLAH. Mungkin ada yang tak settle. Lalu ALLAH bagi ujian sebagai peringatan bahawa DIA sentiasa menunggu kita merintih padaNYA.



 Sedekat-dekatnya hamba kepada Rabbnya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanyaklah do’a.” (HR Muslim)


Jadi ketika keadaan sentiasa menguji, kita akan lebih kerap mengingati Illahi, itu tanda hati kita tidak mati.

Allah..
ingatkan  kami selalu, hamba-hambaMU


Salam mujahadah membuah redha
Jumaat yang mulia.

2 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam 'alaik dinda,

Alhamdulillah..

Syukur pada ALLAH yang terus menerus memberi segala kenikmatan dalam diri. Kenikmatan itu termasuk KESAKITAN, KEPEDIHAN, KESUSAHAN, sebagai tarbiyah, kifarah dan teguran dari ALLAH dengan tujuan membantu kita supaya tersedar, insaf dan bangkit kembali kepada-Nya.

Syukran dinda mahbubah, tintamu dgn izin-Nya sentiasa sampai di hati ini, Allahu Akbar!!

Maoga ALLAH terus kasih dindaku :-)

Senyumlah Selapangnya said...

Salam 'alaik kanda,

Alhamdulillah, adanya semua itu, bermaksd ALLAH masih peduli, tak mmpu dibayangkan hidup tanpa panduan dari ALLAH.Na'uzubillah

Terima kasih juga sentiasa doakan diri ini, hajat brterusan doanya dari mu dibumi sana.

Moga ALLAH kash akak dan family juga.Allah yubarik fiik:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...