Hijrahlah,Ia Cantik!!

Saturday, October 15, 2011

Ingin dibiarkan realiti ini? Dikau mampu..Berubahlah!

Pssst..puisi  buat muslimah sayang..tanda CINTA=)
Ku berjalan,
ku lihat ramainya wanita-wanita yang cantik jelita,
Ramainya wanita yang berhias fizikal,
Ramainya yang bertudung,
Ramainya yang memakai pakaian yang indah.


TAPI!!!!
Alangkah indahnya jika yang cantik jelita itu...........

Tundukkan pandangan mereka,
Berhias yang" teristimewa" hanya untuk si suami,
Bertudung ikut syariat,
Memakai pakaian indah yang menutup aurat .



Ku renung sedalam-dalamnya,
ALLAH....
Takut sungguh pada 'azab ALLAH,
Lupakan mereka itu pada peringatan Rasulullah semasa peristiwa isra' mi'raj:

"Golongan yang paling ramai dalam neraka ialah wanita"



ALLAH....takutnya diriku..


Wahai muslimah,
dirimu terlalu indah,
ALLAH ciptakan bersamamu sesuatu nilaian yg sgt hebat,
Dikau bisa buat islam itu gemilang,
Juga kau bisa buat seorang lelaki itu berjiwa gersang hingga lupa Tuhan.

Jadi duhai muslimah sayang,
Mainkan perananmu yang indah itu dengan baik,
Kerana seperti kau tahu diri wanita fitnah terbesar.
Jadilah yang terpelihara,
Jadilah yang solehah,
Semampumu kerana Allah...


Firman Allah:

Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu)
berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-'aad : 11)


Muslimahku sayang, hijrah tidak sesekali merugikan, malah muncul sinar-sinar bahagia ibarat mentari, menerangi seluruh hati dan jiwa, maka bakal terbit akhlak mulia,  pantulan dari hati yang sejahtera yang sentiasa mencari redha yang Esa, HIJRAHLAH kerana ALLAH, ia CANTIK=)

Moga-moga ALLAH memberkati diriku dan dirimu.



6 comments:

syafa mohamed said...

jzkk kheir ukhti;')

doakan syafa juga bisa berusaha ke arah itu..

izzati radhiah said...

perjalanan hijarah itu agak pahit tp hasilnya sgt manis..:)

doakan sy juga utk kekal dlm perubahan ini..insyaAllah..

Senyumlah Selapangnya said...

@syafa

La syukra 'ala wajib.Sama-sama syafa ye, di samping kita doa usaha kita perlu lebih:)

Salam ukhwah fillah syafa=)

Senyumlah Selapangnya said...

@izzati

Betul! Ubat mana yang manis kan? tapi bila dah sembuh dari penyakit, kita tahu bahawa ubat yang kita telan tu walaupun pahit ia MUJARAB=)

Sama2 izzati ye, kita usaha dan doa ke arah Allah redha

Salam ukhwah fillah izzati=)

SuFi Haraki said...

tertarik dengan satu hadith kt tepi kanan ats tu...hadith yg sy turut sy kgsikn dlm entry trbru sy...jom singgah baca: Ganjil Itu Istimewa

Senyumlah Selapangnya said...

@Sufi Haraki

Terima kasih sudi ziarah "taman ini" dan boleh share apa-apa sahaja yg ada.Mudahan bermanfaat =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...