Antara dua watak.

Saturday, May 12, 2012

Miskin harta tapi kaya budi, tak ada masalah, tapi jika kaya harta tapi  miskin sahsiah dan adab, ini masalah!


Pernah diuji? Tipulah kan, kalau tidak pernah diuji. Sedangkan Baginda s.a.w sentiasa teruji. Ujian itu tandanya Allah masih sayang, bersabarlah.Sabar kan cantik=)

Kehidupan kita sebenarnya untuk kita cipta kebahagian. Kehidupan sebenarnya membawa kita mengenali keindahan.

Jelas tak?

Maksudnya begini, setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza-beza dari semua segi. Rezeki, jodoh, ujian dan macam-macam lagi. Ada orang Allah bagi dia rezeki lebih, jadi jutawan high-class, tapi Allah uji dia dengan pelbagai penyakit seperti penyakit kedekut, ujub dan riya’  ataupun penyakit-penyakit fizikal seperti sakit jantung dan sebagainya.

Orang miskin pula diuji dengan kelaparan, ketiadaan duit , kesakitan dan sebagainya  sehinggakan membuka kepada dirinya terjebak kepada peribadi yang kurang baik(Bukan semua)Jadi bagaimana nak cari kebahagian melalui dua watak tersebut?

Cuba letakkan diri anda dalam dua-dua watak? Agaknya bagaimana?

Pendapat saya

Jikalau menjadi si jutawan, cuba jadi jutawan yang beriman. Jutawan beriman tiada yang number satu dalam hidupnya melainkan Allah kedua Allah, ketiga Allah dan seterusnya sampai habis number pastikan Allah matlamat hidupnya.Banyakkan bersedekah kerana sedekah tidak menjadikan manusia  fakir, sebaliknya Allah tambah rezeki . Banyakkan bersyukur, Allah akan tambah kesyukuran  melalui rezeki yang tidak disangka-sangka. Banyakkan bergaul dengan orang biasa-biasa kerana itu membuktikan kerendahan hati , dan disisi Allah, tiada yang biasa atau luar biasa, melainkan dengan amal taqwa yang hamba itu lakukan. Boleh jadi manusia yang biasa di dunia, akan jadi manusia luar biasa di sisi Allah. This is not imposibble!

Jikalau menjadi si  miskin, jadilah si miskin  yang beriman. Jika rezeki susah dapat , usaha lagi, usaha lagi dan usaha lagi. Allah tak akan sia-siakan hambaNya yang berusaha kan? Tapi jikalau Allah tak izin dapat rezeki lebih, berbaik sangkalah, Allah tahu lebih. Boleh jadi dengan duit yang banyak akan mendedahkan kita kepada perkara yang Allah tak redha, ataupun  mengurangkan kadar dating dan pengaduan kepada Allah. Walhal, Allah sangat rindu rintihan itu!!. Sentiasa jadi hamba yang bersyukur, Allah akan tambah kesyukran itu.

Dah jelas?

“ Aku seperti mana sangkaan hambaKu”

Jikalau kita sibuk memikirkan perkara yang tidak-tidak Allah akan menyempitkan fikiran kita dengan perkara-perkara sebegitu.

Jadi senang sahaja, sentiasa berlapang dada dengan Allah, sentiasa positif pada taqdir Allah dan hendaklah usaha seboleh mungkin dengan kudrat yang ada. Dengan izin Allah hidup kita akan lebih terarah, hidup kita akan lebih ceria. Kerana kita tahu kita tak mahu perkara lain  dah melainkan redha si DIA semata-mata dan ujian selamanya tanda sayang Allah. Sabarlah! Lihat bagaimana wajahmu akan cantik dengan sabar=).

 Duhai Allah, berkatilah dan pandulah rasa hati kami.









Puisi buatmu " Saudariku sayang"


Saya saaayang saudari-saudari, saudari sayang saya tak? :) Jika sayang,  mari kita mencintai dengan saling berpesan-pesan ke arah kebaikan.




Saudariku,
 Sungguh!! Hati ini bahagia melihat dirimu,
Dirimu yang sentiasa mencari peluang,
Untuk mensolehahkan diri.


Majlis ilmu kau jejaki,
Taddarus Al-Quran kau aluni,
Mathurat kau semati dlm diri,


Tiada apa yg tinggal lagi melainkan,
Istiqamah..
Biar sedkit tapi berterusan.


Saat temanmu beriang-ria di rumah,
Biarlah kau bersukacita  'ilmu ,
Tatkala hati  dikau gersang,
Siramilah dengan muhasabah,
Kongsilah pada yang kau rasa thiqah.




Saudariku sayang,
Saat orang lain berdating dengan kekasih hati,
Dikau berdating cinta dengan rakan sejantina mu dlm mjlis ilmu,
Menambah iman,cinta pada yg Esa,
Membaiki diri menjadi yang baik,
Juga menyeru pada yang lainnya.


Moga apa yg diusaha,
Diredhai Pencipta,
Moga ukhwah yang dibina,
tautan mahabbah yg disemai.
diberkati ALLAH..


Saudari,
Salam mujahadah
Moga ALLAH kasih semuanya.




* Thiqah- maksudnya percaya
   Dalam puisi di atas " pada yang kau rasa thiqah" ialah pada orang yang kita yakin padanya, kita percaya   apabila kita menceritakan sesuatu pada dia. Orang yang thiqah juga orang yang boleh simpan rahsia dan menjaga aib kita.

PUISI CINTA SYRIA: SAAT GEMBIRA AKAN TIBA.

Wednesday, April 11, 2012
Gambar di Syria: Seorang ibu memeluk anaknya yang syahid sebelumnya.

" Nak, kita jumpa di syurga ya? Di sana kita bahagia selama-lamanya".

SYRIA: SAAT GEMBIRA AKAN TIBA



Terasa cinta masih lagi mekar, 
Saat kali pertama menjejak ke bumi itu,
Hati dirudung seribu pertanyaan
"Adakah ini realiti?".
Lama ku menyoal diri,
Dan aku tersentak,
Rupanya ia bukanlah fantasi,
Selepas berjam-jam,
Aku mengharungi benua,
Akhirnya bumi Syria ku jejaki.


Oh, Syria,
Hari ini, aku dirudung pilu,
Bumi yang penuh cinta dan tinggalan cinta
para anbiyaa itu mula merah berdarah.


Kekejaman sudah mulai menampakkan taringnya
Kanak-kanak,wanita , orang tua dibunuh, disembelih tanpa empati
Oh! mana hati tulusmu duhai musuh islam?
Sekurangnya hati itu buat meratapi ahli keluargamu jika dibunuh sedemikian rupa.


Batu juga akan meninggalkan lekuk jika air menitis di tempat yang sama,
oh silap !memang kami silap,
Rupanya  hati kalian si  musuh islam lebih keras dari batu!


Musuh islam dengan gelak ketawa ,
Berjaya membunuh manusia tidak berdosa,
Tapi mereka tidak sedar,
Manusia  yang mereka bunuh  senyum menunggu syurga.


Pergilah dengan perbuatanmu!
Menanglah dengan duniamu!


Tapi jangan lupa, Allah bersama kami!
Allah pelindung kami!
Janji Allah, islam pasti akan tinggi.
Ya! tertegak dibumi suatu hari nanti.
Saat itu, usah lagi musuh islam lari,
Jika sembunyi dibalik pokok, pokok pun akan berbunyi
"Ini dia musuh islam yang kalian cari"(hadis riwayat Al-bukhari dan muslim)


Islam itu tinggi , tiada yang lebih tinggi darinya,
Kembali islam gemilang,
Kembali hati dan jiwa yang tenang,
Tersenyum dengan janji Tuhan.




Duhai para sahabat  yang membaca, mari doakan kesejahteraan rakyat islam di negara yang tengah bergolak, Syria, Palestin mahupun dimana-mana sahaja. Jemput ke page ini.Moga ALLAH kasih.
http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100














Bahagia yang dicari.

Thursday, January 5, 2012
Alhamdulillah, Allah  masih sudi memberi diri ini dan sahabat-sahabat nafas kehidupan di bumiNya. Jika mahu, boleh sahaja Allah mengambil kita kembali ke sisiNya bila-bila masa. Tapi percaturan Allah pastilah yang terbaik. Allah sudi kurniakan kita kesempatan untuk kita baiki kelemahan-kelemahan yang ada dan menambah amalan-amalan untuk kembali kepada DIA kelak. Baiknya Allah. Malunya rasa diri jika masa yang ada ini tidak dihabiskan pada jalan-jalan kebaikan sedangkan Allah menilai segala perbuatan kita walau sebesar zarah. Allahurabbi..

Maka, mari kita mulakan nafas yang ada dengan menterjemahkan seluruh kehidupan selepas detik nafas ini pada jalan yang dinamakan kebaikan. Kebaikan yang lahir bukannya kebaikan yang dibuat-dibuat,bukannya yang  ditunjuk-tunjuk tapi kebaikan yang lahir hasil hubungan kita dengan Allah s.w.t , merasa ihsan denganNya setelah islam dan iman.

Lalu sekarang, apakah rasa hati dan hidup kita? Mungkinkah rasa bahagia atau…

Maha suci Allah ,kurniakan  buat kita hati  untuk kita merasai pelbagai perasaan yang indah-indah. Hati yang bahagia dan berona indah akan melahirkan peribadi-peribadi yang jernih dan sahsiah-sahsiah yang hebat walaupun dia seorang yang biasa-biasa. Tidak perlu bergelar Dato’ mahupun Profesor untuk mempunyai hati dan kehidupan yang bahagia.

Bahagia yang bagaimana.

Bahagia itu sama halnya seperti cantik. Ia terlalu subjektif untuk diukur. Tapi bila menjadi mukmin keindahan itu akan lahir bila hatinya bahagia dengan apa yang Allah bagi padanya. Bahagianya dia bukan terletak pada wang ringgit, bukan terletak pada banyaknya harta, tapi terletak pada hati yang sentiasa bersedia menerima suratan takdir Illahi. Benar petikan sebuah hadis ini:
Sungguh pelik urusan orang mukmin, semua perkara baginya baik belaka, Semua ini tidak didapati oleh orang lain kecuali orang-orang mukmin.: Kalau dia mendapat kesenangan dia bersyukur itulah yang lebih baik baginya,dan jika dia ditimpa sebarang kemudhoratan, dia bersabar itulah yang lebih baik baginya."
Seronok kan bila jadi mukmin ini. Kita tak perlu resah sebab kita tahu, kita ada Allah untuk mengadu. Kita ada Allah untuk bantu. Banyakkan melafazkan kalimah-kalimah tayyibah agar hati terdidik untuk taat, patuh serta merasa khauf(takut) dan raja’(berharap) dalam setiap waktu.
Saya pun seorang biasa, yang menulis kalam-kalam biasa  untuk mengingatkan diri ini tentang iman kepada Allah. Di samping nasihat diri sendiri saya kongsikan dengan kawan-kawan jikalau apa yang tersirat di hati ini, ada yang sama-sama merasai juga.
Kalam-kalam yang saya tulis bukanlah untuk bermegah-megah tapi kerana takut akan gelapnya hati  apabila tiada peringatan, saya kira menukilkannya di laman sesawang akan membuat diri sendiri lebih termuhasabah.
Sahabat-sahabat,
Kita sama-sama mencari bahagia, namun ada jalan-jalan sukar yang perlu kita tempuhi. Kadang-kadang jalan  itu penuh duri, akhirnya membuatkan kita terluka. Namun kerana kita yakin halangan-halangan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat kita lantaran ada keindahan yang sedang menunggu, ada janji yang Allah janjikan buat kita, maka teruskanlah perjuangan hingga ke titisan terakhir untuk meraih hati yang bahagia, dan saleem.

Kunci  bahagia.

Disini saya kongsikan bagaimana untuk memiliki bahagia yang sebenar.

1.Mempunyai iman yang sempurna
2. Apabila jatuh cinta pada Allah melebihi segala.
3. Apabila cinta pada rasulullah s.a.w.
4. Apabila islam diutamakan melebihi daripada keutamaan diri sendiri.
5. Bebas dari kongkongan hawa nafsu.
6.Apabila dunia ditangannya bukan dihatinya.
7. Apabila ibadahnya merdeka; iaitu hanya untuk Allah semata-mata bukan pada yang lainnya.
8. Apabila hidupnya bermatlamatkan hidup rabbani, mendamba mardhotillah.

Salam cinta buat semua, Moga kita memperolehi bahagia yang sebenar.^_^

Pujukan Eksklusif daripada Allah

Monday, January 2, 2012
Adik kan ada Allah:), jangan sedih-sedih lagi.


Bila diri diuji , siapa lagi teman akrab meluahkan hati dan perasaan jika bukan Allah, Dia sebaik-baik tempat mengadu. Pernah mengadu pada Allah?Rasa tak kemanisan berdating denganNya:)

Berkongsi masalah dengan kawan-kawan tidak salah, tapi yang salah apabila meletakkan kawan itu sebagai penyelesai masalah yang diluahkan. Sedangkan yang mengizin sesuatu masalah itu ialah Allah s..wt, jadi sudah pasti yang memberi penyelesaiannya jua adalah Dia.

Nabi Muhammad s.a.w insan paling agung disisi Allah, akan tetapi baginda tetap dan terus diuji semasa hayatnya. Ini membuktikan Allah memberi kita tauladan melalui kehidupan Baginda yang penuh ujian. Lalu apakah kata-kata cinta Allah kepada  Baginda s.a.w ?

Allah memujuk :


Dan (dengan Yang demikian) Bersabarlah (Wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana Sesungguhnya Engkau tetap terselamat Dalam pemuliharaan serta pengawasan kami; dan bertasbihlah Dengan memuji Tuhanmu semasa Engkau bangun.Dan juga hendaklah Engkau bertasbih kepadanya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).


Apa yang kawan-kawan dapat?


Kalau ikutkan boleh sahaja Allah memujuk Baginda s.a.w dengan memberikan Baginda harta yang banyak ataupun dengan kesenangan-kesenangan lain yang bebentuk keduniaan akan tetapi Allah punyai cara ekslusif buat Baginda agar Baginda s.a.w sentiasa dekat dengan Dia, iaitu ;


1.Bersabarlah
2.Bertasbihlah memuji Allah
3.Dirikanlah solat malam
Hebatkan cara Allah memujuk kekasihNya. Pengajaran ataupun cara ini adalah untuk semua hamba-hambaNya, bukan khusus buat Baginda s.a.w sahaja. Mahu sahaja punyai jiwa seperti baginda, tapi itu mustahil kerana  kita manusia biasa, sedangkan Baginda, maksum dan terpelihara dari dosa.


Dunia menggentarkan hati


Sebagai manusia biasa, mudah sahaja kita terpesona dengan dunia, bila melihat orang lain bahagia dengan berbagai nikmat, kita pula sengsara lantaran cemburu.


Apakah kita sedar, Allah tidak menilai semua itu? Apa yang Allah pandang ialah hati dan taqwa seseorang. Resahkan dan sebakkanlah hati dengan memikirkan kehidupan di akhirat yang nyata jauh lebih panjang dari dunia ini.


Fikir tak..
Kita bakal mati bila-masa, mungkin sedetik lagi


Fikir tak,
Apakah pahala, apakah dosa yang kita lakukan,


Fikir tak,
Apakah kita dah berusaha nak baiki iman pada Allah,


Mari kita sama-sama fikir, kerana fikir itu zikir. Segala kebaikan akan kembali buat kita di akhirat kelak, jadi belum terlambat untuk  meletakkan Allah dalam setiap langkah kita walau kemana pun kita tercampak. Jangan takut dan bimbang kerana Allah sentiasa bersama kita, cuma satu kunci sahaja, YAKIN dan PERCAYA, Allah maha mendengar maha melihat dan maha mengetahui.


Jadi sekarang tak gusar lagi sebab setiap orang yang kita hadapi, orang-orang itu Allah yang hadirkan, begitu juga setiap masalah yang kita hadapi, Allah yang izinkan, kembali kepada Allah, doalah sentiasa, Allah tak jemu mendengarnya,satu lagi, sabarlah,Allah sedang memujuk kita dengan ujian, supaya ingat DIA lebih, betul tak?


Moga Allah pandu=)




Mari bercinta=)

Friday, December 2, 2011
Sebut sahaja tentang cinta, semua orang ada history sendiri tentang cinta. Tipulah yang tak ada perasaan cinta, sebab cinta itu fitrah, cinta itu menunjukkan dirimu normal=)


Mari bercinta..

Tahukah kita cinta utama adalah kepada Allah dan Rasulullah s.a.w? Dan cinta pada makhluk bukan sahaja pada kekasih, bukan sahaja pada si suami, tapi cinta diwajibkan ke atas setiap muslim pada muslim yang lain jika ingin meraih kesempurnaan iman.

 Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika anda wanita, pernah ucap pada kawan wanita " Ukhti, I love you", jika anda lelaki pernah bagitahu kawan lelaki" Akhi, I love you"??Juga pada ahli keluarga anda? Ayah , ibu, adik beradik?

Pernah satu ketika seorang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, “Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.”

Malu? Err..mengapa hendak malu, bukankah ia free, lagi halal, malah dapat pahala. Ingat tak hadis " Tujuh golongan yang dinaungi syurga Allah, salah satunya ialah seseorang yang mencintai saudaranya kerana Allah".
Masya-Allah! Dah lah kita zahirkan rasa cinta dan sayang, dapat pahala pula dari Allah, malah Allah janji nak naungi dengar syurga. Baiknya Allah!

Pelik sebab ucap sesama jantina. Err..apa yang peliknya?Ucap pada yang tak sama jantina laaaagi pelik jika si dia masih tak  halal bagimu.

Jadi, mari kita bercinta dan zahirkan cinta pada orang-orang yang Allah halalkan buat kita.

P/s: Sedang tersenyum-senyum dapat mesej dari kawan-kawan senjatina ;

"Uhubbuki fillah"(I love you just because of Allah)

To akhwati( saudari-saudari yang membaca tulisan ini) I love you! :)





Hidup ini sunyi tanpamu...

Tuesday, November 29, 2011
Bismillah

"Hidup ini terasa sunyi tanpamu sahabat"
Astagfirullah, bila membelek-belek mesej yang pernah diterima daripada sahabat-sahabat, rindu menerjah ruang hati. Sambil -sambil memohon keampunan pada Allah. Apabila makin ramai orang yang kita kenali, makin banyak tanggungjawab yang kita ada. Tanggungjawab kita pada setiap orang itu berbeza-beza.

Astagfirullah...

Entah berapa banyak hak-hak ukhwah yang terabai.Mungkin tanpa diri ini sedari ataupun telah menyedari hakikat itu, tapi buat-buat tak sedar dek kerana masa yang cemburu mengejar perkara-perkara lain.

Astagfirullah....

Sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini, semuanya orang-orang yang Allah cinta,Insya-Allah. Jadi rugilah diri ini tidak turut sama melahirkan rasa cinta pada orang-orang yang Allah cinta ini. Maafkan diri ini duhai sahabat.

Astagfirullah...

Ada  sahabat   sangat suka bertanya tentang Allah, tanda kebesaran Allah. Sehingga kini sangat merindukan soalan-soalan darinya.

Ada sahabat suka kongsi masalah-masalah kawan, sampai sekarang masih lagi cuba memberi jawapan yang terbaik buat dirinya.

Ada sahabat suka memberi semangat berpaksikan Allah, sampai sekarang, masih dahagakan nasihatnya.

Sahabat-sahabatku yang tercinta,

Bilamana ada hak-hak yang diri ini tidak tunaikan, segeralah  beritahu agar sama-sama kita boleh baikinya ke arah yang lebih baik dan seterusnya melaksanakan hak-hak tersebut.

Dedikasi menuntut teguran buat:

Sahabat-sahabat SK KEMUBU,
Sahabat-sahabat MMPM,
Sahabat-sahabat KIBAR,
Sahabat-sahabat KUIS
Sahabat-sahabat maya FB dan Blog

Tegurlah jika sayang diri ini.Moga Allah kasih kalian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...