Anak-anak : Ibu Bapa.::Permata Berharga::.

Saturday, November 20, 2010
Selagi  diri punyai ayahbonda, selagi itu kasih pada mereka perlu dipamerkan dengan sikap dan peranan.Jika mereka sudah tiada, pada siapa lagi tempat untuk kita curahkan kasih sayang. Hanya doa-doa yang kita dapat hantarkan. Ohh! Sungguh rugi jika tak dapat berbakti!

Saya tersentuh, makin hari rasa makin mendalam kasih pada mereka. Mungkin kerana usia sudah menonjolkan peningkatan. Mungkin kerana lebih banyak belajar dari persekitaran dan mengetahui hakikat iman. Dan apabila sampai ayat Quran ini air mata berderai-derai, tak tertahan lagi.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

Surah Al-Ahqaaf :15




Saban hari ada sahaja kes warga tua, jikalau tidak meninggal dek kerana kemalangan, mungkin kes ditinggal anak-anak ditepi jalan. Sebak didada , tenggelam dalam air mata. Itukah dia si anak durhaka?? Sampai hatimu membiarkan ayahmu, atau ibumu terpinga-pinga keseorangan , kebuntuan mencari jalan pulang. Sedangkan dia sedang sakit, baru lepas pembedahan(rujuk berita warga emas yg ditinggal dijalanan lepas diambil anaknya dari hospital sejurus pembedahan)

Sampai hatimu!!!!

Jika dulu, mereka lah yang melahirkan, membesarkan, memberi pendidikan, makanan , pakaian padamu. Mereka susah payah memeliharamu. Tak mengapa jika mereka  tidak ada pakaian baru, asal anak-anak dapat yang terbaik.

Masa dikau tidur tak dibiar seekor nyamuk pun menggigit dirimu,apatah lagi mencubit lenganmu. Tapi bila kau dewasa, kau banyak kali mengguris luka dihati mereka, meninggalkan luka yang lebih sakit dari gigitan seekor nyamuk.Pedihnya hati ibumu….

Kalau mereka sakit, batuk-batuk, kau pantas berkata " Alah, sakit biasa je tu, kejap2 lagi oklah tu, apa nak susah!." Sungguh " lazat " percakapanmu.Walhal dulu ketika kau diserang deman atau sakit, merekalah yang tidak berhenti membawa dirimu berubat. Ibu pula dengan senjatanya yang paling hebat.Doa!!.Ya, doa itulah yang membuat dirimu kembali sihat, kerana ia tulus dari hati seorang ibu , seorang hamba yang minta bantuan dari Rabbnya.

Ketika dirimu dipengajian tinggi, sering kau telefon. " Mak, bila nak masuk duit ni, dah kebulur anak mak ni!.Bertanya khabar pun tidak sempat, hanya "Duit" terluncur dulu, meluluhkan hati si ibu tua .Tapi tidak mengapa, ibu bapa mu sedar memang itu tanggungjawab mereka. Lantas susah payah  kumpulkan duit, risau  anaknya tidak berduit , kelaparan sedangkan duit yang dikau dapat nanti, kau belanja teman-temanmu, kau beli pakaian berjenama kerana kau takut dikatakan orang miskin.Sungguh kau tiada empati!!

Bila sudah berkerja, punyai kereta berjenama, banglomu mewah dan kau jadi orang ternama, kau makin lupa usul asalmu. Kau sudah ingin berumah tangga, sedangkan ayah ibumu tak sempat nak rasa jasamu. Tapi tak mengapa, mereka faham jodoh ketentuan ditangan ALLAH. Ayah , ibumu? Ahh, biar sahaja mereka. Aku sudah  senang sekarang.Nantilah , cuti panjang baru ku jenguk mereka.

Ayahbonda dikampung, makin lama , makin sudah ingin menutup mata, hanya tunggu masa, hanya tumpu ibadah pada yang Esa. Anak-anak, sudah lupa mereka. Masing-masing sibuk dengan kerja. Tiada masa.

Alih-alih satu hari, kau terima panggilan dari jiranmu, katanya,” Sabar ye, ALLAH lebih sayang orang tuamu, ayahbonda mu selamat kembali kerahmatullah di tanah suci mekah. Mereka pergi, tak kembali lagi.

Saat itu, meraunglah sekuat hatimu,panggillah nama mereka sebanyak-banyak yang kamu mahu.Panggillah, meraunglah.. Sudah tak dapat kau ubah takdirNYA, mereka sudah kembali disisi pencipta.PERGI TAKKAN KEMBALI

" Setiap insan pasti akan merasai kematian"

ALLAH..Aku menyesal ya ALLAH, aku janji kalau mereka ada, aku nak peluk mereka, cium, aku akan selalu balik jenguk mereka..ya ALLAH...aku menyesal...mak..jangan pergi dulu..abah…. baliklah…

Saat itu, tiada guna untuk diri yang bergelar anak. Air mata sahaja peneman lara. Jikalau banyak dosa dengan mereka, bukankah teruk rasanya.
Ayuh sahabat-sahabat diluar sana.Selagi kedua ibu bapa kita masih hidup, hormati, kasihani, sayangi mereka. Turuti perintah mereka selagi tidak melanggar syariat ALLAH, ayuh kembali ke jalan pulang, jika dahulu dirimu seperti contoh diatas atau sama waktu dengannya, segeralah memuliakan orang tuamu. Tidak rugi, malah berganjaran besar.

" Redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa"

Redha ALLAH yang utama, redha ibu bapa bukan yang kedua. Sahabat diluar sana, saat yang indah untuk mulakan hari-hari yang baik dengan ibubapa kalian sekarang. Mulakan berhadapan dengan orang tuamu dengan semanis senyuman. Tiada apa yang mereka pinta melainkan kasih sayang dari seorang anak. Senyuman yang bisa melapangkan hati mereka. Mendengar suara kita dihujung telefon ,bertanya khabar dan jika balik jumpa mereka,ciumlah  dan peluklah  dengan  kehangatan kasih sayang seorang anak..Itu sudah cukup!!!


.

4 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam wahai adinda..

Alhamdulillah atas izinNya ALLAH, kini akak selamat kembali..
______________________________
Selagi nyawa dikandung badan, marilah kita sama2 terus berbakti pd kedua org tua, tunaikan hak kita sbg seorg anak terhadap kedua ibubapa, jd anak yg soleh yg sentiasa mendoakan mereka..insyaALLAH

syukran adikku..Moga ALLAH sentiasa merahmati perjalanan hidupmu, Ameen...

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt

Masya-ALLAH!akhirnya=)

******
Aamin ats doanya.Insya-ALLAH anak soleh/hah itu impian semua kan kak, tapi sedih apabila adanya anak yg mnjauhkan diri mereka dr dpt title tu..Moga ALLAH pandu semuanya.Ibu dan ayah mampu jaga anak yg raaaaamai, tapi anak2 yg ramaaai tak mmpu jga ibu dan ayah mrka. Inilah hebatnya kasih syg ibubapa. Kasih mrka nyata, bawa ke syurga.


P/s:Kak doakan saya jadi anak solehah, cita2 tu sntiasa mnebal.

sal said...

salam bintu...didoakan moga sentiasa ceria2 selalu di samping ibu bapa..doa restu mereka amat penting untuk melihat kita sentiasa bahagia dan sejahtera dunia dan akhirat..

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt

Umi Sal, terima kasih atas doanya.Tak dapat ceria dismping mereka krn diri ini musafir ilmu=),jauh dari mereka.Tapi Insya-ALLAH dekat dalam doa.Moga-moga dapat menggapai impian itu.Insya-ALLAH


P/s :Alhamdulillah ALLAH hadirkan ibu-ibu yang solehah ke laman sesawang ini.Dapat menumpang nasihat dan kasih.Syukran Umi sal dan Kak Aisyah=)
Moga ALLAH kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...