Cinta Syria

Sunday, January 16, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

All praises to ALLAH.Moga ALLAH memberkati seluruh nafas dan hidup mu'min.Permusafiran ini hanya nak harap redhaNYA.Mudahan DIA berkati.

Sedikit Isi Cinta Tentangnya

Sekarang menghitung hari.Lebih kurang 41 hari masanya bakal tiba, berdebar-debar rasanya hati.(Jangan silap faham pula ye,teman-teman sekalian=)Debaran ini lain rasanya kerana jika diizinkan ALLAH nak jejak sebuah bumi asing pada hujung Februari nanti, bumi yang padanya barakah. Bumi Anbiyaa'. 

Tempat yang dimaksudkan ialah Syria, disitu terletaknya maqam beberapa orang sahabat baginda s.a.w,antaranya Bilal Bin Rabah.Subhanallah! Maqam salah seorang sahabat baginda s.a.w yang hebat, yang kerasukan iman pada ALLAH tanpa syarat. Beliau menerima seksaan yang amat dasyat diakhir hayatnya. Hanya lafaz pengubat jiwa.ALLAH..ALLAH..ALLAH demi mempertahan hak islam tercinta yang ada pada dirinya.

Disitu juga terdapat Gunung Qosiyun, yang mana  dipercayai menjadi lokasi peristiwa pembunuhan Habil. (putera Nabi Adam as yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil lalu menjadi kes pembunuhan pertama di dunia).

Dan banyak lagi tempat-tempat yang padanya ibrah dan sirah. Insya-ALLAH jika berkesempatan akan dinukilkan selama mana disana. Tapi, bukan tujuan utama untuk menjelajah dan berziarah, hanya sebagai sampingan sahaja tu tapi dapat ziarah sambil2 tu( satu bonus yg bernilai,ALHAMDULILLAH=).Tujuan utama pastilah ilmu.

Nak  menuntut ilmu dan bertalaqqi dari Ulama' muktabar disana. Antara ulama'@Syeikh ialah
  •  Syeikh Dr. Abdul Aziz Al-Khatib
  • Syeikh Samir Al-Nas
Nak kuasai bahasa syurga dengan sebaiknya, nak mengenali masyarakat yang sangat dekat dengan ALLAH, nak melihat islam dari masyarakat yang pelbagai. Banyak sangat tujuanya.

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)


Dan permusafiran ini semata-mata nak  harap redhaNYA, OF COURSE.Tujuan bermusafir yang dianjurkan Islam ialah dengan menggerakkan  mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. Minda si musafir hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada aktiviti permusafirannya itu.

Banyak lagi yang ingin dikongsi,Insya-ALLAH bakal menyusul kemudian. Buat masa sekarang hajat doa, doa  dan doa dari pembaca sekalian ye, moga ALLAH mudahkan.Mudahan, Insya-ALLAH=)

Dan jika ada siapa-siapa nak share tentang SYRIA pun boleh, mudahan jadi bekalan yang bermanfaat buat diri ini.Insya-ALLAH


Menanti dalam DOa
8.30pagi 
BEIT MAHBUB










6 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Saya mmglah belum pernah ke Syria, tetapi boleh dikatakan ramai juga kawan saya dapat menetap disana. B/mana cara mrk mendapatkannya, nantilah saya akan susulkan krn `sooner or later` jk dpt, InsyaAllah saya ingin mengikuti jejak langkah mrk. Tetapi yg paling penting setakat ini yg telah saya buat survey adalah persekitaran yg lebih bermakna ke arah Islam jika dibandingkan dgn bumi lain dari segi keterbukaan kpd kefahaman Islam, keamanan yg mengkagumkan, pusingan penghidupan yg baik dr segi ekonomi dan taraf-hidup. Terdpt dlm Hadis Mukhtarosihaah m/s414 bhw Rasulullah saw bersabda,"Jgn engkau tinggal ditempat/negeri yg tiada sistem (didaarin ma`jizatin), jgn kamu tinggal didalamnya drpd usaha2 hijrah itu dari mencari usaha penghidupan". Dan yg lebih ptg,Rasulullah saw bersabda`Sentiasa segolongan dari umatku yg menzahirkan yg haq dan mrk berperang menegakkan haq walhal mrk adalah org2 berilmu (AlQur`an). Wallahualam

hamba ALLAH said...

Salam 'alaik..

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan, dan memudahkan perjalanan kesana..insya'ALLAH

~ banyakkan doa ye dik =)~

Bintu Arifin said...

Tajnur

Wslm.wbt

Insya-ALLAH ddioakan moga tajnur bakal sampai jua. Daripada cerita-cerita yg ada Syria adalah satu kawasan yg mna disitu ada lagi keaslian islmannya ya'ni masih lagi terpelihara.

Doakan permusafiran yg bakal berjalan ini satu usaha menghijrah diri dan islam dlm diri ini juga kearah lebih baik,Insya-ALLAH

Bintu Arifin said...

Hamba ALLAH(akak)
wslm.wbt

Aamin, jazakillah atas doa,ye kak:)

Hjt sentiasa doa2 dari org 2 solehah seprti akak yg lain:),Insya-ALLAH

mujahidah_fillah said...

assalamu'alaikum ukhti ku syg..

smga Allah permudahkan segala urusan Marina ke sana..amin.

ingin sekali berjumpa na sblm na pg sna..smga kita dpertemukan dlm rahmat dan kasih sayangNya kelak...amin. =)

Bintu Arifin said...

Wslm.wbt

Aamin Ya Rabbal 'alamin ats doanya.Sangat terasa barakah doa kawan2.

Na pun haajat sangat jumpa kawan2 sebelum pergi, nak mnta semua doakan n nak jumpa wajah2 solehah kawan2.Insya-ALLAH mudahan ye=)

P/s : ana, nanti send number kt fb ye,guna phone lain , byk yg tak ada numbernya.Terima kasih:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...