Catatan KIBAR

Thursday, January 27, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Seusai kuliah, suasana gamat, kedengaran suara Fatin memberi arahan," Kawan-kawan yang terlibat dengan KIBAR sila berkumpul sebentar".

Tak sampai 5 minit semua berkumpul.Fatin selaku orang kuat KIBAR memulakan "ucapannya" dengan salam kemudian, pembahagian ahli bait sepanjang 3 bulan di Syria nanti.

Setelah bermusyawarah dan bertukar-tukar pandangan akhirnya keputusan dicapai.Al-hasil ada keputusan yang mana sesetengah pihak sangat berpuas hati dan sesetengah pihak berduka-cita.Diri ini? Apalah yang disedihkan wahai diriku. Disitu tiba-tiba rasa gundah, rasa gusar dan sedih. Entah mengapa. Walhal semua ada tujuan yang sama.Ingin menunutut ilmu, tapi keserasian hati , hanya diri masing-masing mengetahui. Rasa tak mampu jika tidak tak dapat tinggal dengan kawan-kawan yang sama-sama dah berjuang sepanjang 2 tahun lebih.( Padahal ALLAH ada dan semua rakan-rakan adalah  rakan seperjuangan).

Teringat pesan kekanda(k.amni), bersihkan hati dengan sebaiknya, nak kesana ingin menuntut ilmu, malah talaqqi dengan ulama' muktabar.Insya-ALLAH, pohon pada ALLAH atas apa jua rasa hati, pohon ALLAH pandu segalanya.

Tarbiyyah diri tu perlu ada kat mana-mana je, dan tidak mengira sesiapa sahaja. Asal diri kita positif, Insya-ALLAH semua lancar. Banyakkan berbaik sangka, Insya-ALLAH tak ada masalah.

Tak  ingin kongsikan selebihnya, sebab masalah hanya kecil, tapi hanya memujuk diri melalui tulisan yang ada.I'm persuade my own self.Tak mengapa. ALLAH ada=).Doa banyak-banyak.He knows better.


P/s : Maaf, kalau rasa terlalu open perkongsian ini, minta abaikan, hanya ingin berkongsi,moga-moga ada 'ibrah, tak banyak pun tak pe. Sungguh , wahai diri,sentiasalah LAPANG HATI

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Naam, Tarbiyyah diri tu perlu ada kat mana-mana je, dan tidak mengira sesiapa sahaja. Apa yg perlu adalah kekuatan diri dengan ruh dari urusan Allah SWT(AlQuran) walhal sebelum ni, kita bukanlah siapa2 dan tidak dikenali langsung. Surah Alsyraa:52 وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِ Dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu [Al Qur’an] dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab [Al Qur’an] dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya.
Dengan kekuatan inilah, kita mampu berdikari w/pun seorg diri spt pemuda2 Kahfi yg mampu hidup w/pun dimana2. Surah AlKahfi:وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ 14قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri [4] lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi.
Nama pun `robitah` tentu self-esteem yg tinggi dan tidak perlu rasa sedih dan rendah hati krn Dia berada bersama2 kita! wallahualam

Bintu Arifin said...

Wslm.wbt.

Tajnur:

Syukran, mau'izhoh enti meresap terus dalam diri,ALLAH sentiasa ada bersama2,OF COURSE.Dan seelf-esteem bukan sahaja membina kepuasan dalam diri malah perlu dibiaskan sekelilingnya,Insya-ALLAH.

P/s:Iman manusia itu bermusim,Sebab itu pemilik (pemilik kekal hanya ALLAH)laman sesawang "robitatulqulub" ini memerlukan nasihat dan pedoman dari teman 2 yang ada.Jazakillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...