Cinta padaMu bermula , berterusan dan tak akan berhenti melainkan dengan izinMu...
Aku ingin mujahadah cinta,
Mendamba kasih penuh setia,
sesekali terduga,
Itu biasa,
Bahkan ia rona-rona kehidupan yang ada cinta.
Kata orang,
Bercinta memang indah,
Katanya tersusun bak permata,
Berkilau, berhikmah,
Lalu ku genggam azam,
Cintaku ini tak akan pernah ku siakan,
Kerana ia kunci bahagia dalam kehidupan,
RAHSIA menongkah arus dan badai
yang bergelora bak taufan.
Walau tergoda,
Juga kadang-kadang ku terkecewa
TAPI Ku cuba bermujahadah cinta,
Demi memastikan indah bersemi dihujung hayat,
Maka tertautlah cinta
Pada YANG ESA.
Mudahan diKau redha.
Kami saaaayang ALLAH. Kami Cintaaa ALLAH. Kakak2 dan abang2 bagaimana??
SELAMAT BERMUJAHADAH CINTA
P/s : Ok tak puisi cinta ni? Cinta buat si dia (ALLAH) =)
8 comments:
salam. puisi yang menyentuh jiwa :)
trima kasih pautkan link sy, link anda sudah diletakkan di http://myilham-bloglist.blogspot.com
Salam 'alaik.
Syukran sudi berkunjung, mudahan manfaat bersama.
Moga ALLAH redha.
puisi yang ringkas tp penuh bermakna..
keep it up!!
Salam 'alaik.. :-)
Indah puisinya..
teruskan tintamu dinda^^
Moga terus diselimuti cinta-Nya..aamiin
" Salam Ramadhan kareem 1432H "
@hanimyusra
Ahlan-ahlan
Moga bermanfaat walau sedikit;)
@Ahlia iman
Salam 'alaik kanda, alhmdulillah, taujihatmu kunjung tiba, jazakillah
Akk pun terskan bertinta kerana Allah, mudahan menfaatnya tersebar dalam setiap susuk mukmin itu.
Moga ALLAH kasih:)
Waiyyaki
puisi menyentuh kalbu..>>
anda seorang yang sangat pandai berkarya dalam bentuk da`awah..
semoga usahamu dinilai ALLAH..
bermujahadah cinta adalah yang terbaik untuk kita semua..
hati manusia penuh dengan perasaan..
jika ALLAH izinkan..
INSYAALAH anda dikurniakan anak yang soleh dan solehah kelak..
@Anonymous
Alfu syukran
Segala pujian kembali pada Allah. Terima kasih kerana tak lokek mendoakan diri ini. Moga Allah kasih anda dan berkahi kehidupan anda juga.Insya-Allah
Post a Comment