Ini kisah hijrah...

Tuesday, November 29, 2011
Hijrah bermaksud perpindahan. Dalam konteks yang lain pula hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu yang tidak baik kepada yang baik.Ayuh kawan-kawan dengar, ini kisah hijrah kita bersama=)



Ini kisah hijrah mereka,
Hijrah Baginda s.a.w kerana perintah Tuhan,
Hijrah Muhajirin  membuah perpaduan,
Hijrah Umar r.a menerbitkan sinar harapan,
Hijrah Bilal Bin Rabah sehingga menjadi muazzin pertama dalam
sejarah islam,
Hijrah mereka kerana Cinta tak berkesudahan.


Ini kisah hijrahmu,
Hijrahmu membuahkan semangat baru,
Bukan nafsu mendominasi,
Tapi aqal yang memandu,
Dipandu muhtawayat wahyu.



Ini kisah hijrah bersama,
Membisik kata-kata cinta,
Bukan demi martabat dunia,
Tapi sandaran pada Yang  Esa menguatkan segala-gala,
Boleh jadi hijrah kita;
Dari tidak berhijab kepada berhijab,
Dari suka mengkeji jadi pemuji,
Dari malas kepada rajin,
Dari suka buang masa ,meng'emas'kan masa,
Dari tidak cinta yang ma'ruf kepada  cinta ,
Dari lihat dunia dari jendela dunia kepada
lihat dunia dari jendela akhirat,
Itulah yang lebih tepat.


Harapan daripada kisah hijrah kita,
Agar generasi mendatang merasakan,
Harus jiddiah dalam hijrah,
Perlu mujahadah, thabat dan istiqamah,
Walau duniawi menghalangi,
Tapi kerana hati nampak cinta,
Kerana hati nampak besarnya pengorbanan
menuju keimanan,
Menuju cinta ILLAHI,
Yang tak akan tercapai tanpa kisah  HIJRAH.


P/s:Walau apa pun bentuk hijrah kita, pastikan ia kerana Allah, bukan kerana siapa-siapa. Jadi usah malu melangkah ke arah kebaikan walaupun kadang-kadang ia pahit. Hanya Allah berhak mengadilimu.Hijrah lah kerana Allah duhai hati dan diri, ia cantik, sangat cantik=)



Hijrahlah,Ia Cantik!!

Saturday, October 15, 2011

Ingin dibiarkan realiti ini? Dikau mampu..Berubahlah!

Pssst..puisi  buat muslimah sayang..tanda CINTA=)
Ku berjalan,
ku lihat ramainya wanita-wanita yang cantik jelita,
Ramainya wanita yang berhias fizikal,
Ramainya yang bertudung,
Ramainya yang memakai pakaian yang indah.


TAPI!!!!
Alangkah indahnya jika yang cantik jelita itu...........

Tundukkan pandangan mereka,
Berhias yang" teristimewa" hanya untuk si suami,
Bertudung ikut syariat,
Memakai pakaian indah yang menutup aurat .



Ku renung sedalam-dalamnya,
ALLAH....
Takut sungguh pada 'azab ALLAH,
Lupakan mereka itu pada peringatan Rasulullah semasa peristiwa isra' mi'raj:

"Golongan yang paling ramai dalam neraka ialah wanita"



ALLAH....takutnya diriku..


Wahai muslimah,
dirimu terlalu indah,
ALLAH ciptakan bersamamu sesuatu nilaian yg sgt hebat,
Dikau bisa buat islam itu gemilang,
Juga kau bisa buat seorang lelaki itu berjiwa gersang hingga lupa Tuhan.

Jadi duhai muslimah sayang,
Mainkan perananmu yang indah itu dengan baik,
Kerana seperti kau tahu diri wanita fitnah terbesar.
Jadilah yang terpelihara,
Jadilah yang solehah,
Semampumu kerana Allah...


Firman Allah:

Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu)
berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-'aad : 11)


Muslimahku sayang, hijrah tidak sesekali merugikan, malah muncul sinar-sinar bahagia ibarat mentari, menerangi seluruh hati dan jiwa, maka bakal terbit akhlak mulia,  pantulan dari hati yang sejahtera yang sentiasa mencari redha yang Esa, HIJRAHLAH kerana ALLAH, ia CANTIK=)

Moga-moga ALLAH memberkati diriku dan dirimu.



Cinta Tersemai disana: Masjid Umawi

Tuesday, October 11, 2011
Cinta itu mampu menggegar dunia, buat hati yang tadinya layu kembali berbunga-bunga , mekar dan subur dalam ketaatan pada  sang pemilik cinta.

Bercakap tentang cinta ni, rasa nak bawa satu kisah cinta. Lokasi cinta : Damascus, Syria. Apabila sebut Syria, masih terbayang-bayang lagi tempatnya, orangnya suasananya. Rinduu

Hati mana tak cinta kan bila dapat menjejak bumi para anbiyaa’, ahlin bait Baginda s.a.w, bumi ummahatul mukminin(isteri-isteri Baginda) s.a.w dimaqamkan, para sahabat, ulama’ dan lain-lain lagi. Sebelum ni bagi yang pernah mengkuti blog ni pasti dah baca travelog kembara saya ke bumi itu.
Pemandangan waktu malam

Suka saya ceritakan tentang masjid paling lama di Syria iaitu Masjid Umawi @Omayad. Masjid ini dibina semasa daulah bani umayyah lagi, masjid ini dibina dengan seni bina yang agung hasil gabungan  senibina dari pelbagai tempat.

Tempat ibadah

Kedudukan masjid ini sangat starategik iaitu ditengah pusat Bandar Damascus, berhampiran  Suuk Hamidi iaitu pasar atau pusat membelah belah yang sangat terkenal disitu. Seronok, lepas beli belah terus dapat solat kat situ, dan satu lagi bonus boleh ziarah maqam cucunda Baginda s.a.w iaitu Imam Hussin r.a.  Dan juga maqam ra'sun(kepala) Nabi Yahya a.s.  Maqam ra'sun(kepala)nabi Yahya a.s tepat-tepat didalam masjid itu. Perasaan masa sampai masjid tu sukar digambarkan. .Rasa gembira sebab dapat ziarah maqam Nabi yahya a.s tapi dalam masa sama sayu dan rasa sedih. Allah dah izin dapat ziarah tu dah satu bonus, walau tak pernah bersua tapi cinta berputik dalam jiwa, moga Allah mempertemukan di syurga kelak.Amin

Tempat turunnya Nabi Isa a.s

Diriwayatkan Masjid Umawi juga menjadi tempat turunnya Nabi Isa a.s untuk memerangi dajjal.

Tempat majlis ilmu

Di situ juga saya sempat mendengar hujjah bicara Sheikh Sa'id Ramadhan Al-Buti.Masjid ini dijadikan tempat majlis ilmu dan ramai Ulama’ –ulama’  setiap kali lepas solat. 
                                                 Dalam masjid: Suasana majlis ilmu

Tempat Penulisan Ihya’ Ulumuddin

Pernah dengar kitab Ihya’ Ulumuddin? Ia sebuah kitab yang disusun oleh Imam Al-Ghazali ; mujaddid dan mujtahid ilmu. Imam Ghazali menyusun kitab itu di Masjid Umawi. Terharu rasanya apabila mengetahui tempat ini digunakan Imam Ghazali jadikan tempat untuk menyusun kitabnya yang penuh mutiara agama. Dapatkanlah kitab ini, sangat terbaik!

Begitulah besarnya peranan masjid umawi. Jika lapang" google" lah masjid ni, banyak lagi matlumat yg boleh didapati. Aura masjid ini masih terasa, apalagi, doa sahaja yang mampu,Moga Allah sampaikan diri ini buat kali ke-2 .Amin Ya Robb


Ini sahaja isi cinta Syria buat kali ini. Moga Allah kasih=)

Hidup ini penuh dengan kejutan.

Friday, October 7, 2011
Bismillah.

Segala puji dan puja pada  Si DIA pemilik hati dan jiwa.Selawat dan salam pada baginda, junjungan yang mulia, risalahNya, disebarkan semata-mata kerana  amanah dan cinta( Allahummasolli 'ala saidina muhammad s.a.w).

Just sedikit perkongsian pendek:

Apabila di jalan raya, banyak perkara yang tak  peeeernah kita jangka  akan berlaku.

" Saya tak sangka kereta tu akan belok ke kanan, kalau tak saya brek awal-awal"
" Saya tak sangka kereta tu brek mengejut"

Begitulah kehidpan kita kan wahai pembaca yang dikasihi Allah. Hidup ini peeeeenuh kejutan. Kadang-kadang perkara yang tak kita sangka-sangka akan berlaku. Tidak kiralah dari segi jodoh, ajal maut, rezeki dan sebagainya.






Jadi.....

Kita sebagai hamba Allah,kena banyakkan berlapang dada, jauhkan dari sifat mengeluh, tidak bersyukur kerana Allah dah bagi banyak nikmat. Minta jauh jadi hamba yang tak bersyukur .Kerana manusia itu lupa, hanya dengan satu ujian yang Allah bagi, sepuluh nikmat yang lain dia ketepikan.

Mari jadi manusia bertaqwa.

Manusia yang paling Allah sukai ialah yang paling tinggi taqwanya. Allah sesekali tidak melihat pada perkara yang lain. Mari doa Allah kurniakan iman yang besar untuk menghadapi ujian, bukan pinta dikecilkan ujian.



Jangan kita lelah dengan kehidupan,
jangan kita mengeluh putus asa pada ujian Tuhan,
Jangan penat berpesan-pesan pada kebenaran.
Kerana orang yang banyak bersabar kerana Allah
termasuk golongan yang tidak akan rugi.

Pesanan yang saya bawakan, seutama dan selama-lamnya buat diri saya yang berkata terlbih dahulu kerana orang yang berkata ialah yang paling dekat mendengar dengan telinganya dan setiap-tiap kata-kata akan di uji.


Wallahua'lam
Jumaat Kareem

Baitul Ujrah
Kota Bharu.




Rekreasi Hati

Wednesday, October 5, 2011
Allah..banyaknya buku. Mata melirik ke rak dan kotak-kotak buku yang ada. Tersusun rapi disatu sudut. Insya-Allah cuti nanti akan daku baca.

Alhamdulillah, sekarang tiba waktu yang ditunggu-tunggu. "Mereka" iaitu buku-buku pun menunggu untuk dibaca. Buku yang ada terdiri dari pelbagai tajuk. Dan yang terbaru " Hadiah " dari Cahaya Malamku adik rumah yang sangat dikasihi kerana Allah.=)



Inilah bukunya:) Terima kasih Laili


Buku ini ialah sebuah buku berisikan hadis yang beranimasi. Membacanya buat kita segar hati . Dengan header "Buat diri(KU) yang mudah lupa. Memang kita sering lupa kan. Allah..

Banyak perkara dalam dunia ini ialah berupa nikmat. Allah bagi dah nikmat tu, tapi kadang-kadang bisa bertukar menjadi laknat jika kita tidak mensyukurinya. Na'uzubillah

Pernah jumpa orang yang sikapnya seolah-olah  bukan macam orang punyai hati?  Dia solat, puasa dan sebagainya, tapi masih menimbulkan masalah sesama manusia. (Kena tujukan buat kita juga, sebab kita kan sering lupa).  Jadi bila dimuhasabah balik  mungkin solat nya solat yang tidak khusyuk, tidak direct kepada Allah. Dan mungkin solatnya adalah untuk dibanggakan depan orang sahaja.

Banyak perkara kena muhasabah kan? hari-hari dalam hidup kita kita perlu paksikan pada Allah. Pokoknya ialah hati yang saleem(sejahtera). Hati kan raja dalam diri. Bila hati dapat titlle raja, dia lah yang memandu segala sikap kita. Kalau dapat " raja" soleh insya-Allah kita turut soleh, tapi kalau sebaliknya bagaimana?

Daripada Abu Hurairah r.a ,Nabi Muhammad s.a. w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."

(Riwayat Muslim)

Hati teruji

Hati saya teruji dan sering terpengaruh dengan perkara yang tidak elok, bagaimana saya ingin cegahnya kearah kebaikan ?

Mari saya bagi analogi

Mak Sum pergi ke pasar nak beli ikan, agak-agak jenis ikan mana yang Mak Sum nak beli? Jawapannya mestilah yang segar-segar dan tidak buruk.

Begitu juga hati kita, pasti kita mahu hati yang elok kan? Jadi bila dah nampak jalan kebaikan, usah bertangguh lagi, tinggalkan apa yang tidak memberi apa-apa kebaikan kepada anda melainkan hanya kelalaian.


Daripada Abu Hurairah r.a ,Nabi Muhammad s.a. w bersabda yang bermaksud :
" Daripada kebaikan  islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya"
(Riwayat A-Tarmizi)

Islam datang sebagai pembebas kepada kejahilan, meraikan hak wanita, memuliakan golongan itu, membawa manusia kepada cahaya.  Kalau disingkap hikmah menjadi seorang yang beragama islam ni, saaaangat banyak hikmahnya. Tapi ada syaratnya. Syaratnya ialah.....Seorang islam itu mestilah menjadi MUSLIM FULL TIME, bukannya ada part time macam kerja. Kerana  apabila kita ambil islam secara keseluruhan, aqidah kita akan mantap, jiwa kita akan cekal, kita akan cinta apa sahaja yang  Allah bagi, samada ujian, atau nikmat. 

Indah kan:)

Islam agama indah,
Islam penuh ketenangan,
Islam meraikan wanita,
Islam satu-satunya agama disisi Allah

Beruntunglah wahai orang-orang yang mendapat hidayah Allah. Mari kita doakan agar Allah menetapkan hati kita, menjadikan mukmin yang cekal dan tabah, tak tersentuh dek dunia yang sentiasa mempesona.

" Wahai Allah, letakkan dunia di tangan kami , bukan di hati kami.Amin


BUATMU...diriku

Friday, September 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kembali menarikan tinta selepas "berjuang" dalam medan exam final. Medan final exam ini dunia yang punya dan kita mampu usaha buat yang terbaik. Begitu juga final exam akhirat, kita mampu mendapatkan yang terbaik jika usaha yang terbaik.Diri kita WAJIB mencintai akhirat, kerana akhirat ialah penentu segalanya. Samada kita ingin sebaik baik tempat(Ni'mal mathwa al-jannah) SYURGA, atau seburuk-buruk tempat(bi'salmathwa annar)NERAKA.

Sahabat moga dalam kalian sedang membaca ini, sama-sama kita doakan, moga Allah kurniakan fikrah kita yang jernih, kerana hari ini dunia terlalu tenat. Risau sangat diri ini, bimbang Allah tarik ni'mat mengenal yang Hak(benar) dan yang Batil(dosa/maksiat).

Jika Allah tarik, makin terhijab hati kita untuk menggapai hidayahNya. Bila hati dipanah maksiat kita rasa lazat dengan maksiat itu sedangkan selazat-lazat maksiat itu akan meninggalkan dosa  dan membawa kepada azab api neraka.Na'uzubillah.

Ikhwah dan akhowat,

Semua ini urusan Allah. Banyakkan doa serta usaha ke arah cara hidup yang Allah cintai.

 “Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki.” (Riwayat Ahmad).

Toolib Mumtaz/Toolibah Mumtazah(Pelajar yg cemerlang)

Wednesday, September 7, 2011
Pelajar bertaqwa disenangi dikasihi.

Setelah bertungkus lumus selama beberapa tempoh yang lama untuk semester ini, akhirnya sekarang sudah sampai penghujung semester.Masa untuk fokus pada peperiksaan akhir semester. Sebagai pelajar muslim, tanggungjawab melebihi masa yang ada dan kehidupan  ini pula banyak diuji dan penuh kejutan. Ia  dari HADIAH Allah.Percayalah!

Diwaktu orang lain mempunyai banyak masa, masa kita pula” dicuri” untuk kerja-kerja pengislahan diri dan juga, dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penyeru ummah sekeliling.Hati dan rohani perlu kuat dalam menghadapi segala permasalahan dunia. Belajar +berpersatuan+ berukhwah+pergaulan ada risikonya. Apa-apa sahaja ada risikonya. Tapi  pelajar muslim, dia positif! Perlu selalu positif!

Mulakan assgment pada awal-awal lagi. Usah bertangguh! Agar nanti tidak kelam kelibut.Rangka jadual aktiviti dengan betul.Rujuk senior yang lebih tahu dalam sesuatu subjek.Jangan segan bertanya pensyarah. Tiada istilah malu menuntut ilmu.Banyak bincang dengan kawan-kawan.Perlu ada toleransi.

Sepanjang pengajian dan apa sahaja dalam hidup kita, kita perlu kepada kawan. Kawan ialah orang yang paaaaling dekat dengan kita setelah berpisah dari keluarga kerana menuntut ilmu. Jadi maniskan cara dalam bersahabat. Banyakkan toleransi. Perlu sabar menghadapi kawan-kawan yang pelbagai ragam. Perlu letakkan sangka baik ditempat yang paaaaling dalam ,dalam hati. Kerana tanpa sangka baik, hubungan sesama kawan mudah rapuh. Apa akan jadi jika kawan yang kita musuhi ialah ahli kumpulan dalam tugasan. Habislah! Apabila timbul permusuhan, perkara-perkara begitu  akan terganggu hingga akhirnya anda gagal dalam subjek tertentu kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi dengan alasan.” Oh! Tak sanggup melihat wajahnya!.
Oh! Ia sangat merugikan diri anda. 

Perkara ini memang berlaku, ia bukan cerita semata-mata. Akhirnya salah seorang kawan terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana permusuhan itu. Peritnya bukan!
Islam tidak mengajar ummatnya bermusuh. Bahkan islam mengajak kepada pendamaian, sikap yang baik sesama muslim. Hati rasa sakit? Abaikan sahaja, kerana marah atas hanya factor yang kecil, remeh temeh dan bukan marah berpaksikan Allah, akan merugikan diri anda sendiri. Bayangkan, betapa anda menderita memendam rasa tapi kawan anda selesa, malah hidup bahagia. Akhirnya anda yang sengsara. Jadi bangkitlah !

Tugasan(Assigment) bertimbun-timbun, Aduhh! Bagaimana ni?

Tips cemerlang & tenang dalam pengajian.

 Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan manusia
Jaga hak Allah seperti solat, puasa, ibadah dan lain-lain
Jaga hati kawan-kawan, jangan diremehkan walau dengan senyuman.
Banyakkan solat-solat sunat, cth: Solat hajat, solat taubat
Tolong jika dia memerlukan
Tinggikan positif pada Allah
Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu
Tetapkan matlamat menuju Allah cth: Nak balik akhirat dalam keadaan Allah redha
Jaga hati pensyarah, jadi pelajar beradab
Niat belajar : kerana Allah semata-mata
Jangan ponteng kelas tanpa sebab
Banyakkan taubat dan istigfar setiap waktu
Sebarkan senyuman walau pada orang yang tidak dikenali
Tawakkal dan pergantungan MUTLAK pada Allah
Sebarkan salam

Walau tips di atas ialah tips-tips yang basic , tapi ia adalah perkara yang diabaikan dan dianggap tidak penting ..Dan sebenarnya baaaanyak lagi tipsnya. Apa yang penting istiqamahkan pengajaran yang anda dapat, Insya-Allah mudahan berjaya. Yang penting banyak usaha, doa dan tawakkal.

Pelajar mithali bakal menjadi pemimpin negara berpaksikan syariah Allah. Mari kita jernihkan niat dan utamakan Allah dalam setiap perbuatan kita, insya-Allah bila kita menjadi pelajar, mudahan kita adalah diantara pelajar paaaaling cemerlang. Akademik & Sahsiah. Mudahan!

Wahai diriku, istiqamahlah!



 P/S: Hajat doa dari semua. Saya akan mula peperiksaan akhir semester ini pada 15hb.Moga dengan doa kalian yang soleh dan solehah, Allah makin mudahkan dan tenangkan. 


Ya  Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...