Bahagia Ada Disekeliling

Friday, October 22, 2010
Salam.wbt.

Pertama, seutama dan selama-lamanya, hamdallah diucap, lafaz mulia pada pencipta.Moga berkah dalam pena.Alhamdulillah selesai mendaftar semester baru semalam. Walaupun sedikit kelewatan, tapi ALLAH mudahkan. Tak tergambar dan terucap ni'mat mudah urusan yang ALLAH bagi. Bersama-samaku mujahidah kecil, Insyirah Syazwin, 4 tahun(gambar bertudung pink dibawah). Katanya

" ALLAH nak kakak teman Cik Na, jadi kakak temanlah Cik Na macam kakak teman cik Na makan semalam"

Sikecil itu mulus, dan tulus berbicara, terbit dari hatinya. Subhanallah!! Sangat mendekatkan lagi , mendalamkan cinta pada yang Esa. Semenjak akhir-akhir ini banyak ambil 'ibrah dari mujahid-mujahidah kecil. Mereka itu lebih mulia dari diri ini. Andai kata meninggal mereka, syurga sudah menanti. Masya-ALLAH sangat cemburu!

Diri ini ingin rasa sentiasa dekat dengan Rabb yg Esa, alhamdulillah, ALLAH bagi ni'mat kawan-kawan yang solehah. Tidak lokek berkongsi ilmu, taujihat, mutiara indah dan segala-galanya. Samada yang kenal dikanvas maya atau teman seperjuangan.

Kadang-kadang juga ALLAH kurniakan mereka yg diujiNYA dengan pelbagai masalah. Masalah pelajaran, rumah tangga, dan apa jua tentang kehidpan agar diri ini mendapat muhasabah senantiasa.Terima kasih ALLAH.

Tak dapat bayangkan, jika diri ini keseorangan tanpa ada nasihat-nasihat yang mendorong ke jalan ALLAH, pastinya hati sentiasa tak sihat,rasa  down dan susah untuk bangun kembali. Maha Suci ALLAH. Marilah melakar kasih pada semua orang disekeliling kita agar kita sentiasa dekat dengan bicara ALLAH.Moga-moga. Sebarkan bahagia pada yang ada. Bahagia yang syar'ie.

P/s :Pohon kemaafan dari pembaca, tidak bermaksud ingn berkongsi peribadi, tapi hanya mahu kongsi 'ibrah yang ada.Moga-moga dapat darinya walau sedikit. Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari banyak tapi melalaikan.

4 comments:

Mastura Mohd Yusuf said...

<3 rindu kat umi...

Bintu Arifin said...

Salam 'alaik mas.Diri ini juga tak terdaya nk mnafikan.Sangat rindu!!:(

Nukilan buat mas:

"Seseungguhnya seorag mslim itu apabila dia berjalan dijalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya yg lain, justeru setiap pahala yg ddpati sepanjang perjalanan pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya

Mustafa Masyhur.
~Moga ALLAH kasih semuanya.(=

sayda said...

Salam.

Tumpang merasa gembira, ada anak kecil yang boleh memberikan 'ibrah.. alhamdulillah.. mudah2an tetap kekal atas fitrah... insyaAllah.

Bintu Arifin said...

Wslm.wbt ukht Sayda

Alhamdulillah, semua ni'mat kembali pada ALLAH, moga2 mendekatkan kita kepadaNYA,..
Insya-ALLAH moga thbat dijalanNYA.

Barakallah fiik:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...