Mampu jadi indah dengan...

Sunday, October 3, 2010
Bismillahirrhmanirrahim..

Beberapa hari lepas, ana diinvite untuk join forum " Wanita Bertudung lebih indah dari yang tidak memakai tudung". Alhamdulillah banyak respon yg baik yg diperolehi.

Zaman ini ramai yang memakai tudung.Alhamdulillah. Tapi adakah tudung yang dikenakan mengikut kehendak islam??

Mari kita check sama-sama
  1. Tidak nipis
  2. Labuh melebihi paras dada
  3. Tidak transparens
  4. Tidak ketat

Sesuai dengan fitrah ALLAH menjadikan wanita sebagai makhluk yang indah didunia ini, apatah lagi wanita ssebagai bidadari di akhirat kelak.
Subhanallah.
"mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20) "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
Untuk wanita yang menjaga syariatNYA ganjaran besar menanti. Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari disyurga.


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Betapa tinggi darjat wanita solehah kan?.
Tutup lah aurat kita dengan sempurna agar terhindar dari segala kejahatan manusia dan ketidakredhaan ALLAH terutma.Bukankah yang tertutup itu lebih indah dan dirahmati ALLAH. Kalau kita nak cari barang pun kita nak yang cantik pastinya. Yang dalam kotak, berbalut kemas, dhias indah. Itu lah perumpamaan seorang wanita itu.

"Yang tertutup itu lebih indah"(=Kita mampu jadi indah jika menjaga syariatNYA dengan sempurna.Insya-ALLAH

Nasihat kalian dialu-alu kan agar kita semua dpt manfaat(=
Moga ALLAH kasih semua.

3 comments:

Anonymous said...

"sesungguhnya hidayah itu dari ALLAH"

pada zaman kini,perempuan bertudung boleh didapati dimana2
ya,
itu amat3 bagus sekali,tapi kadang2 bertudung itu dijadikan tren dan fesyen,
em,same2lah kite renungkan
,,
dan yg menjadikan tudung itu fesyenlah yg mendtgkan fitnah kpd wanita muslimah yg laen...
orang kate ,,,'dye 2 bertudung,tapi......'
hurm
mcm2 kerenah zaman sekarang ni ye
dan yg jadik mangsa adalah kita
adoi,
bertudung labuh?
lagilah dianggap asing oleh masyarakat sekarang yg cetek ilmu agama,
maaf saya katakan begitu,
~lantaran dicedok dari pengalaman disindir ketika bersama kakanda dlm perjalanan ke pasar pagi, adush,semua itu adalah ujian untuk kita kan~
maaf atas khilaf
~deqsu~

Anonymous said...

....sambungan,huhu....


duhai kekanda,
masihkah kau ingat,tentang kejadian itu
amat sadis

Bintu Arifin said...

Wlslm.wbt dik..

Ye,hidayah itu hnya dariNYA, tapi Insya-ALLAH kwan2 sekeliling boleh membantu untuk seseorang itu terus mncari hidayahNYA..

Ye dinda, still ingat.. ye kita terasing..tapi yg terasing itu sgt indah, ujian2 yg ada untuk menguatkan hati dijalanNYA.. jgn bimbng, itu hnya mehnah dunia.. hny pndngan mnusia yg brbalam-balam..

pandangan ALLAH kita lebih utamakan. Jom hyati hadis ni dik..

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.aw. bersabda:

"Islam bermula dengan keadaan dagang(asing)dan ia akan kembali asing.Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
(HR Muslim)

La tahzan..innallah ma'ana:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...