Bangunan yang tidak rosak

Sunday, January 16, 2011
 Bismillahirrahmanirrahim,

Lama tidak mentajdidkan(membarukan) entri,Jalan-jalan, jumpa entri  yang sangat bermnfaat untuk dikongsikan,moga-moga 'ibrahnya menebar seluruh relung hidup.SELAMAT MEMBACA, dan indah kan jika dapat jadi penghuni syurga??=)

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. 

Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." 

Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja.

"Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.

 INDAH KAN JIKA DAPAT JADI PENGHUNI SYURGA!!

 Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). 61. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.62. Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi.  63. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 64. Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya. 65. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 66. Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar. 67. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 68. Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. 69. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 70. Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik. 71. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 72. (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah. 73. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 74. Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. 75. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 76. Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. 77. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 78. Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Karunia.


Wallahua'lam

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mana2 bangunan yg dibina oleh manusia, tidak akan kekal dan musnah bersama2 dgn kesombongannya. Firaun laknatullah telah membina mahligai yg tinggi dan besar, semata2 utk istafziz (doctrine) rakyatnya dan ingin menunjukkan kekuatannya dgn memerintah Haman mentrinya membina mahligai yg tinggi (Surah AlQasas:38) dan Surah Ghafir:36وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ يَـٰهَـٰمَـٰنُ ٱبۡنِ لِى صَرۡحً۬ا لَّعَلِّىٓ أَبۡلُغُ ٱلۡأَسۡبَـٰبَ (٣٦) أَسۡبَـٰبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ فَأَطَّلِعَ إِلَىٰٓ إِلَـٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّى لَأَظُنُّهُ ۥ ڪَـٰذِبً۬اۚ Dan berkatalah Fir’aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (36) [yaitu] pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta"
Kekuatan dan teknologi yg digunakan mmg tiada tandingan dan kalau hendak dibandingkan dgn org zaman skrg tidak sampai pun sepersepuluh (1/10)Surah Saba`:45وَكَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَمَا بَلَغُواْ مِعۡشَارَ مَآ ءَاتَيۡنَـٰهُمۡ فَكَذَّبُواْ رُسُلِىۖ Dan orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan sedang orang-orang kafir Mekah itu belum sampai menerima sepersepuluh dari apa [2] yang telah Kami berikan kepada orang-orang dahulu itu lalu mereka mendustakan rasul-rasul-Ku.
Dimanakah kesmua itu, malah sejahat2 Firaun pun akhirnya bila dlm keadaan nazak, terus mengakui keEsaan Allah SWT dn melafazkan kalimah keimanan. segala2nya sudah terlambat (Surah Yunus:90) Wallahualam.

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt.

Ahsanti! Bangunan dunia tak ada mana2 yg kekal.Lihat sahaja pencakar langit yg gah dibina oleh manusia, akhirnya tumbang menyembah bumi.

Firaun dgn kesombongannya, qarun dengan kesombongan hartanya, dan ramai lagi yang membina kesombongan diatas bumi, mereka tak memerlukan bangunan sama sekali, tapi sombong mereka konkrit yg akhirnya mmbawa murka pencipta.Akhirnya mati dalam kefasadan.

Syukran tajnur,

Moga2 kita tak sombong dengan bangunan duniawi yg dicipta, krn sekekal bangunan adalah disyurga.

P/s : syukran, tambah ilmu buat diri ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...