Kegusaran timbul:Doa yang diperlukan

Sunday, January 9, 2011
Hari-hari ku meniti hidupku,
Esok pula diulang kembali
Diulang, dan terus diulang,
Sampai satu saat, ku pasti kembali,
kembali kesisi yang mencipta diriku,

Tapi!
Segenap ketakutan terkumpul
Takut kerana hidup yang penuh cabaran,
Banyak perkara yang kadang-kadang diniat untuk DIA
Tapi adanya perkara-perkara dunia buat terpesong diri

Bagaimana ingin membaja iman wahai sahabat?
Iman yang terus subur menyegar
Menyegar dan terus berkembang
Sampai janji ALLAH untuk islam menang itu datang
Sampai umur dihujungnya
Sampai syurga


Akhir kalam:

Hari baru itu hari yang padanya lebih baik dari sebelumnya, tambah-tambah kita sebagai mu'min.
Hajat doa, doa dan doa yang berterusan, Moga tetapnya hati2 semua pada jalan DIA, biar pahit ,biar susah, moga2 itu tak jadi halangan.

5 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Gusaran saya juga timbul krn umat Islam masa kini tidak tahu apakah tugas yg perlu dilakukn. Walhal semasa kita dialam ruh, kita pernah bai`ah kpd Allah SWT mengakui keEsaanNya dan berjanji setelah kita turun dimuka bumi akan menjalankan amanah yg dipikulkan dan sekiranya tersilap langkah, tidak akan menyalahka sesiapa atas kelalian. Surah Al`Araaf:172أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ
Dengan berbekalkan tempat tinggal dan sedikit tempoh wktu, kita akan berusaha penghidupan berpandukan petunjuk. (Surah AlBaqarah:38Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Bermakna, petunjuk telah pun sampai kpd setiap manusia cuma masing2 perlu berusaha mengikut AlQuran. Begitu juga tanda2 kebesaran Allah SWT pada segenap penjuru dan melalui teknologi internet kita mampu sampai kearahnya Surah Fussilat:53 Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Tugas kita dimuka bumi ini adalah terus mempelajari AlQuran, sehinggalah kita dapat negara yg mensyariatkan apa yg dikehendaki oleh Allah SWT (Surah AlQasas:85إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ قُل Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada tempat pengembalian.
Selagi kita tidak mentadabbur AlQuran, bagaimanalah kita hendak mengembangkan iman2 kita, mendekati diri kpd Allah SWT krn kita tetap akan menemuiNya. Subhanallah, adakah kita sudah bersiap sedia walhal masih jauh lagi pembelajaran mengenai AlQuran? Wallahualam

Senyumlah Selapangnya said...

Tajnur:
Wslm.wbt

Sohih, walhal manusia itu telah berjanji dari alam roh lagi, tapi sekarang sebahagiannya angkuh dengan ni'mat2 yg ALLAH berikan. Tapi diakhirat kelak, semua anggota jadi saksi.

If fikir masalah ummah sekarang memang sedih, ummat semakin tenat, hukum hakam ALLAH tak jadi panduan sepenuhnya.

Moga sentiasa dari kita meningkatkan iman dengan tadabbur dari semua ciptaanNYA, paling kurang diri kita sendiri, SUBHANALLAH! tidak ada satu ni'mat pun yg perlu didustakan.

P/s :

Syukran, moga semua dpt mnfaat

Siti Nr Syahira ●̮̮̃• said...

Assalamualaikum . MasyaAllah . Subhanallah .. Semoga ukhti Sentiasa diredhai oleh Allah Taala .. dan sentiasa berada di jalan keredhaanNya. InsyaAllah Amin..:)

p/s : terima kasih kerna mmberi komen sekaligus mmperkenlkn blog ini .sangat bermanfaat ..:)

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt

Aamin ats doanya,moga ukhti jua begitu.=)Insya-ALLAH

P/s :Sama2.Moga ikatan hati diberkati=)

Senyumlah Selapangnya said...

Syukran jua kerana sudi ziarah disini=).moga ALLAH kasih,Insya-ALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...