'Ibrah : Uwais Al-Qorni

Thursday, October 28, 2010
Salam sesejuk telaga kauthar.

Insya-ALLAH, nak kongsi 'ibrah tentang seorang tabi'in yang cukup dimuliakan. Moga kemuliaannya dapat diambil teladan, lalu dihidupkan dalam diri kita. Moga manfaatnya menebar dalam relung diri.

 Mukaddimah

Biarpun  namanya tak dikenali penduduk bumi, tapi dikalangan penduduk langit, beliau cukup masyur. Siapakah dia itu?Dialah  Uwais Al-Qorni seorang yang cukup hebat dari segi kewarakannya dan kezuhudannya sehingga dibandingkan dengan tokoh tabi'in yang hebat iaitu Sa'id bin Al-Musayyib.
Sebaik-baik Tabi’in ialah seorang lelaki yang dipanggil Uwais, Dia ada seorang ibu, berasal dari Yaman. Dan dia ada tanda putih dilehernya. Sekiranya kamu berjumpa Uwais kamu mintalah dia berdoa supaya Allah mengampuni kamu.
 Cinta mendalam

Uwais adalah seorang pemuda yang menetap di Yaman, selama hayatnya, dia tidak pernah bertemu dengan Rasulullah kerana Rasulullah menetap di mekah. Perjalanan dari Yaman ke Mekah mengambil masa 1 tahun (pergi dan balik) sedang uwais adalah seorang anak yang taat pada ibunya.

Seorang ibu yang lumpuh, masakan sanggup seorang anak yang taat seperti uwais tegar untuk meninggalkan ibunya bersama orang lain semata-mata untuk pergi ke Mekah.Biarpun begitu, cinta uwais kepada Rasulullah tidak pernah berkurang malahan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Apatah lagi, sahabat-sahabatnya yang baru pulang dari Mekah sentiasa menceritakan kewibawaan dan keperibadian Rasulullah, rindu dan cinta uwais kepada Rasululullah sudah tidak terbendung lagi. Bahkan, ada yang mengatakan bahawa uwais mematahkan giginya sebaik mendengar berita tentang gigi Rasulullah yang patah dalam peperangan uhud.

Pada suatu hari, uwais telah pergi menyatakan hajatnya kepada ibunya yang tercinta..

“Wahai ibuku, bolehkah saya pergi ke Mekah untuk bertemu dengan Rasulullah?”

“Boleh anakku tapi dengan syarat, kau harus pulang sebaik sahaja tiba di Mekah.”

Hati uwais berbunga riang. Masakan tidak, hajatnya untuk bertemu dengan insan yang selama ini dirindui bakal termakbul. uwais meninggalkan bekalan untuk ibunya yang bakal ditinggalkan sengan jirannya selama setahun.
Ziarah Nabi .s.a.w
 Namun, takdir Allah penentu segalanya. uwais selamat tiba di Mekah, apabila dia tiba di rumah Rasulullah, salam diberi dan kelihatan Aishah membuka pintu.
“Wahai isteri nabi, bolehkah saya bertemu dengan Rasulullah”

“Maafkanku saudaraku kerana Rasulullah sekarang ini berada di medan perang”

Bolehkah kita bayangkan bagaimana perasaan uwais pada ketika itu? Bertahun lamanya dia memendam rasa kepada Rasulullah namun tidak dapat bertemunya. uwais tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersyukur dan redha serta percaya Allah telah mengaturkan yang terbaik buat dirinya… uwais akur, dia harus segera pulang ke Yaman kerana itu adalah amanah yang diberi oleh seorang ibu yang lumpuh…
“Tidak mengapa, nanti sampaikan salam saya kepada baginda
Ucap uwais sebelum berlalu pergi….
Setelah perang selesai (beberapa bulan selepas kedatangan Quwais), Rasulullah telah pulang ke rumah Aishah dan baginda mengatakan (lebih kurang) :
“Aku terbau Yaman”

Lantas Aishah teringat pada Quwais dan membalas “Benar Ya Rasulullah. Seorang pemuda dari Yaman telah datang dan berkirim salam padamu”
Kasih akan ibunda

Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, pada suatu hari ibu uwais menyatakan hajatnya ingin menunaikan haji. Mendengarkan itu, lantas uwais membeli seekor anak lembu (berat lebih kurang 20 kg) uwais membuat kandang anak lembu itu di atas bukit. Pada setiap petang dia akan mendukung anak lembu itu turun bukit untuk makan rumput dan selepas itu dia akan mengangkat anak lembu itu kembali ke kandangnya di atas bukit. Perkara itu dilakukannya setiap hari sehingga berat anak lembu itu mencecah 100kg(lebih kurang).Orang yang melihat uwais mengatakannya gila namun uwais tidak menghiraukannya kerana dia mempunyai matlamat yang satu iaitu mahu mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah untuk menunaikan haji!

Di Mekah, uwais dan ibunya berdoa di hadapan kaabah dan sebaik berdoa ibunya bertanya:
“Wahai anakku, apakah yang dikau doakan”

“Ibu, saya mendoakan kesejahteraan ibu, agar Allah menempatkan ibu di kalangan orang-orang yang soleh, agar ibu mendapat rahmatNya,” Semua yang didoakan adalah untuk ibunya.
“Apakah yang engkau doa untuk dirimu?” ibunya bertanya

“Tidak ada apa-apa, cukuplah andai ibu meredhai saya..”

“Wahai uwais, andai engkau mahu aku meredhaimu, berdoalah untuk dirimu..”

Dan selepas itu barulah uwais berdoa untuk dirinya…

Pada saat kewafatan Rasulullah, Rasulullah telah berwasiat agar jubahnya diberikan kepada uwais Al-Qorni. Rasulullah juga berkata (lebih kurang), “Andai engkau bertemu dengan uwais, minta padanya agar mendoakan engkau kerana doanya tiada hijab kepada Allah” Sahabat bingung. Mereka tidak pernah bertemu dengan uwais, namun begitu Rasulullah telah menyatakan tanda-tanda yang ada pada diri uwais termasuklah giginya yang patah.

Justeru itu, setiap rombongan dari Yaman akan ditanya oleh para sahabat adakah mereka mengenali uwais Al-Qorni. Namun hampa. Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang pemuda yang menyatakan bahawa dirinya mengenali uwais dan Umar pun berangkat ke Yaman.

Umar melihat seorang pemuda sedang duduk di bawah sepohon pokok, bajunya lusuh, rupanya tidaklah begitu kacak, jika boleh dikatakan mengikut istilah hari ini ‘tiada siapa yang mahu menjadikan menantu’. Lantas, umar bertanya,
“Wahai saudara, siapakah kamu?”

“Aku adalah hamba Allah”

“Aku juga adalah hamba Allah. Siapakah nama sebenarmu?”

“Namaku uwais Al-Qorni”

Umar gembira, ada tanda-tanda yang dinyatakan Rasullah mengenai uwais pada diri pemuda tersebut dan Umar pun memberi jubah Rasulullah kepada uwais. Selepas itu, uwais menangis dan memeluk jubah Rasulullah seerat mungkin.
Pulang ke pangkuan Rabbnya
 
Selepas beberapa tahun, uwais pun meninggal dunia. Pada waktu dia meninggal dunia, kelihatan ramai orang berpusu-pusu datang untuk menguruskan mayatnya sehingga para sahabat tidak sempat untuk menguruskan mayat uwais. Bahkan jiran-jirannya merasa pelik kerana uwais bukanlah seorang yang terkenal. Sebaik mayat uwais dikebumikan, para sahabat pun mula bergerak pulang tetapi teringat bahawa kubur uwais belum diletakkan tanda dan sahabat pun berpatah balik… tetapi..

Sebaik tiba di tempat pengebumian uwais, tidak kelihatan seperti adanya kubur di situ. Barulah sahabat faham, yang menguruskan mayat uwais adalah penduduk langit dan uwais mengekalkan fitrahnya yang tidak mahu dikenali oleh manusia biarpun dunia sudah ditinggalkan….
Penutup 
Masya-ALLAH!! Begitu hebat keperibadian tabi'in ini. Cintanya pada Rasulullah s.a.w sangat mendalam, kasih sayang pada ibunda tiada tara. Agak-agak mampu tak  kita seperti Uwais Al-Qorni? Sama-sama tepuk dada tanya iman. If tak mampu sebegitu rupa ,cubalah buat yang semampunya. Jaga hubungan kita dengan ALLAH, tanam cinta buat baginda Rasulullah s.a.w, banyakkan selawat buat baginda s.a.w, kasih pada ayahbonda,dan jaga perhubungan sesama manusia. Moga ALLAH kasih kita semua.

P/s :Cebisan ni dah lama hajat nak publish tapi tak berkesempatan .Alhamdulillah dah publish pun.=). Syukran pada Mas ats matlumat sedia ada dan  kawan2 yang bantu tashihkan terjemahan hadis tentang Uwais Al-Qorni.Moga ALLAH rahmati

6 comments:

faris said...

subhanallah..
ya Allah jadikanlah aku manusia yang paling mencintaiMu, RasulMu & AgamaMu lebih dari segalanya-galanya didunia ini..
Matikanlah aku jika hidupku tidak mampu memberi apa2 utk agamamu..
Allah is My Everything..

Anonymous said...

Alhamdulillah, perkongsian yang sangat baik.Terima kasih.

Senyumlah Selapangnya said...

Faris : Insya-ALLAH Moga ALLAH pandu hati-hati2 yang sentiasa hajat padaNYA.

Allah is my everthing too n absolutely for all people =) , hope ALLAH show the rigth path.

Senyumlah Selapangnya said...

Anonymos : Alhamdulillah, sama2. Perkongisan akan lebih brmnfaat jika sama2 ambil 'ibrah.

Mastura MY said...

baca banyak banyak kali cerita pasal uwais ni pun masih tak jemu... :)

Senyumlah Selapangnya said...

Mas :

Sebab byk sangat 'Ibrahnya, smpai baca byk kali pun air mata msih turun mmbasahi=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...