Mengenangmu Dalam Doa : Siti Syahida Zakaria

Tuesday, October 26, 2010
Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap jiwa pasti merasai


Menerima khabar pemergian sahabat yang disayangi buat diri terlonglai seketika. Syukran Nurul tlg maklumkan. Dan selepas itu sempat forward pada beberapa orang rakan walau tangan tak mampu nak taip kenyataan itu. Dan pohon kemaafan pada kawan-kawan yang tak sempat dimaklumkan.Inilah taqdir ALLAH

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
 Ku redha , kami redha dan keluargamu redha dikau pergi dulu kembali kepangkuanNYA.


Tinggal kenangan


Allahyarhamah Siti Syahida Zakaria berumur 20 tahun  merupakan anak ke dua dari adik beradiknya dan merupakan anak sulung perempuan dan masih menuntut di KUIN Kedah.. Arwah dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan agama. Alhamdulillah. Sepanjang mengenali arwah, banyak pertolongan yang tidak kekok dihulurkan, malah arwah murah dengan senyuman. Senyuman yang sangat lapang. Arwah seorang yang sangat rajin, malah merupakan satu team dengan diri ini dalam Badan Displin. Kerja-kerja arwah sangat disenangi dan tidak hairanlah ramai yang menyayangi dirinya. Sayu rasanya, tak dapat jumpa buat kali terakhir, mengucup wajahmu .



Damai disana


Tak ada apa yang tinggal sekarang melainkan doa dariku dan sahabat-sahabat yang lain. Kawan-kawan sangat baik , ramai yang doakan Syahida tenang dan damai disana, dpermudah urusan dan banyak lagi doa-doa buat Syahida.Dan kata mereka, syahida sangat solehah dan moga ALLAH tempatkan Syahida bersama-sama orang 2 yg beriman. Moga ALLAH sampaikan. Dan Insya-ALLAH Syahida suatu hari nanti k.na dan kawan-kawan dan semua orang akan menyusul ke sana. Cuma bila itu dalam rahsia ALLAH. Insya-ALLAH, Syahida tenanglah disana. Hanya doa kami mampu hulurkan.Tak mampu melafaz kata lagi buat Syahida, hanya doa dan air mata mengiringi.



Wahai ALLAH permudahkan urusan arwah, tempatkanlah arwah dalam kalangan orang-orang yang Engkau naungi rahmatMU.Aamin Ya rabbal 'alamin.


P/s : Buat sahabat2 yang membaca , moga sama2 sedekahkan buat arwah.Al-Faatihah.

7 comments:

Anonymous said...

sesungguhnya kematian itu pasti..dan mati itu yg paling dekat dengan kita.. ya ALLAH....Insan yg telah pergi, hilanglah amanahnya didunia ini dlm mengharungi cabaran kehidupan..sedangkan kita yg masih hidup, masih dlm satu amanah.. sedarilah kematian kita sentiasa mengintai diri kita setiap detik masa..


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jumu'ah:8)

ya Allah, betapa ku merindui dan menyayangi sahabatku ini..ampunkanlah segala dosa2nya dan tempatkanlah dia dalam kalangan org2 yg soleh dan beriman..amin.

perginya tanpa kita jangka..namun,kematian itu pasti..dan dia telah pergi dulu menemui Pencipta...kita juga bakal menyusul cuma bilakah masanya, kita sendiri tidak ketahui..hanya Allah yg Maha Mengetahui..

orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati...(hadis Nabi saw)

ya Allah..aku tidak layak untuk syurgaMU tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMU..ampunkanlah dosaku..sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar..

daku akan sentiasa merinduimu dan mendoakan dirimu sahabatku sayang..

kau pergi jua sahabatku..
http://mujahadahfillah.blogspot.com/

Senyumlah Selapangnya said...

Ye ana, smua jiwa pasti merasai kematian itu, Dan tiada apa yg dapt kita bawa nnti melainkan amal dan tqwa.

Moga pemergiannya itu dlm ketenangan, sama-sama kita doa ye sahabatku. Diri ini tak mmpu juga tanpa pertolongan dan nasihat kwn2.Moga arwah damai disana dan ditmpatkan ALLAH dlm kalangan org2 yg briman.Aamin

Senyumlah Selapangnya said...

Jazakillah Ana..

ismi jannati said...

Jann sempat pergi ziarah..sayu hati..innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Senyumlah Selapangnya said...

Jannati:

Memang sayu, walau akak tak dpt pergi, tapi prkhbran dari noku dan bbrapa kwn yg lain yg sempat ziarah, merudung hati.Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan.

Dari DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali.Moga ALLAH mudahkan urusan arwah..Aamin

Anonymous said...

Al-Fatihah untuk arwah. smg arwah Syahida ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

Senyumlah Selapangnya said...

Aamin Ya rabbal 'alamin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...