Mujahadah Membuah Sabar

Saturday, October 16, 2010
Menerbitkan sabar,
Diri  itu perlu mujahadah,
Ujian itu datang
sama ada kafarah dosa
mahupun tingkatkan iman.
~Sabar itu indah~

Sabar , satu perasaan, tindakan yg tidak dapat didefinasikan. Ramai yang mudah berkata " Sabar ye?" Apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dasyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat dikuatkuasakan dalam diri?

Ayuh ! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar..

Meminjam peribahasa " Lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya."  Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hambaNYA.Lupakah kita pada firmannya?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Al Baqarah:286)

Lihat! Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih, DIA tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. DIA juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah

Kita singkap kembali, baginda nabi s.a.w, ujiannya yg menimpa baginda sangat hebat. Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, kemudian datuknya, kemudian bapa saudaranya, kemudian isterinya. Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi. Tidak termasuk ujian dalam menyebarkan islam untuk sampai kepada kita hari ini, bermacam-macam ujiannya.Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dan macam2 lagi. Tapi itu tidak menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.

Zaman baginda. s.a.w dahulu  tiada hndpne, tiada facebook, tiada ym dan tiada kemudahan macam hari ini , tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran  baginda dan para sahabat, islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal ALLAH dan merasa indahnya iman....ALLAH, sgt a'zhim!!!

Mungkin ada sesetengah membalas. Baginda tak pelah sebab dia Rasulullah...

Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa yang pantas diuji. Tapi ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda. Orang hebat ujian pun hebat!! Kita bagaimana?

Bercakap tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada ALLAH, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah/ujian pintalah ALLAH besarkan iman untuk hadapinya bukan kita minta ALLAH kecilkan masalah yang kita hadapi.

Kita boleh mengatasi segala ujian yang ALLAH berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang mendalam padaNYA. Oleh itu apa -apa masalah yang ada, kita related kembali hubungan kita dengan ALLAH,  muhasabah balik..adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita denganNYA? Insya-ALLAH jika kita jaga hubungan kita dengan ALLAH , ALLAH akan jaga hubungan kita dengan yag lain. ALLAH akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.


Tapi kalau saya dah jaga hubungan dgn ALLAH sebaiknya macammana pula?

Jika begitu, kita perlu check kembali, kalau -kalau ada tanpa kita sedari ada hubungan dengan ALLAH kita tak jaga. Dan if dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut menambah iman.

Jadi hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. Agar masalah-masalah yang kecil tidak timbul, dan agar kita tenang menjadi orang yang sabar. Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi baginda s.a.w, tetap solat/ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak. Dalam satu hadis lebih kurang mafhumnay begini.Dan apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa still beribadah malam, sedangkan kakinya sudah bengkak , Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".

Salam mujahadah membuah sabar.

P/s : Orang yang kenal diriku, jikalau suatu hari nanti diriku tak mampu hadapi ujian yg sgt berat, tolong print bagi diri ini baca kembali tulisan ini kerana setiap jiwa pantas diuji..Syukran

5 comments:

aisyahhumaira said...

Assalamu'alaikum...

Semoga adk sihat sentiasa hendaknya...

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh akk katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita sbg hambaNya.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada ALLAH S.W.T. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang ALLAH terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
Insya'ALLAH kita sama2 doakan ye dik..

p/s: akk dh nk break dr berblogging lps ni, xpasti lama atau tak..lps ni dh tak dpt nk komen kt sini dh..utk adk, teruskan menulis ye..
Salam mujahadah dan perjuangan dr akk
ana uhibbuki fillah...

ismi jannati said...

InsyaAllah jika hubungan dengan Allah dah 'terikat' dari hati hingga segenap hidup, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan.

Berjalanlah tanpa henti pada jalan dakwah. Moga 'kaki'mu tidak pernah kenal erti bengkak dan lenguh, terus melangkah tanpa melihat ke belakang lagi.

Namun, jika dah terlalu penat..gapailah 'tangan' sahabat yang 'lebih kuat' dan 'masih tegar' melangkah supaya dia memimpinmu..menongkah bersama-sama..

Wallahua'lam.

ibtisamsyarha said...

Wslm.wbt

Ya kak, hidup ini tiada sunyi dari medan ujian. Dan ujian yang hadir memang mengikut kemampuan hamba-hambaNYA. Tak dibiar hambaNYA tergapai-gapai tanpa nusrahNYA.

Ujian itu benar-benar tanda syangNYA kan kak?
MOga kita dapat menempuhi segala medan imtihan dgn sebaiknya

P/s : Ye ke kak? rindulah sy nnti untuk bca taujihat akak yg penuh bermakna=)
' Ala kulli hal moga ALLAH mudahkan urusan akak dan cpat2 berblogging balik ye:)

Uhubbuki fillah aidhon. Salam mujahadah bersama

ibtisamsyarha said...

Jannati :

Jazakillah, moga2 "kaki " yg brjalan mengharungi dunia semata-mata dijalanNYA akan ditabahkan atas segala ujian dan dikuatkan minda, jiwa.dan perkasa segala2nya...

Moga ALLAH kasih..

Senyumlah Selapangnya said...

Aasif kak Aisyah Dan jannati , terguna akaun blog lama. 'Ala kulii hal dari diri yg sma(=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...