Muslim full time

Sunday, October 10, 2010
Berfikir sejenak, memperbaharui iman…

Mukmin itu tanggungjawabnya melebihi masa yang ada. Mungkin tak pernah kita merasa cukup dengan 24 jam yang ada, tapi sebenarnya ialah adalah terpulang pada kita. Bagaimana kita menguruskannya. Lihat sahaja ramai Ulama’, dan jua para ilmuan yang hebat, mereka berjaya hasilkan banyak mutiara ilmu sepanjang hayat mereka. Mereka gigih berusaha untuk menyebarkan islam.

Kita lihat pula Baginda s.a.w, walau dalam kepenatan, dalam kelelahan baginda berjihad  menyebarkan islam masih lagi ada masa yang khusus untuk beribadah sunat,bahkan ia rutin.Sedangkan baginda s.a.w sudah dijamin ALLAH syurga.! Sungguh!!!diri ini malu pada Baginda dan para sahabat. 

Kita lihat pula Hassan Al-Banna, beliau banyak menghasilkan mutiara ilmu dan  apabila ditanya mengapa beliau tidak menghasilkan lebih banyak buku sedangkan beliau seorang ulama’ yang sangat berilmu dan berpengetahuan luas, beliau membalas bahawa sebenarnya beliau sedang  sibuk mengarang peribadi manusia.
Ana cukup terkesan. Beliau tiada masa nak buang masa.

Apa perkara yang dilakukan hanya untuk membangun jiwa-jiwa pemuda yang dahagakan ilmu . Ingin  mencontohi sesusuk peribadi yang mulia ini.Erti hidup hanya lah untuk ALLAH. 

 Perkara yg perlu konsisiten diri ini diamalkan:
Berprogram dan berhalaqah dalam rangka cari ilmu,
Banyakkan membaca buku-buku ilmiah dan tarbawi
Belajar secara konsisiten,
Berdiskusi secara sihat dengan kawan-kawan,
Sentiasa perbaiki kualiti ibadah wajib,  
Ibadah sunat secara konsisten walau sedikit,
Banyak bertanya pada pensyarah.


Zaman yang canggih ini banyak  cabang-cabang ilmu yang  kita perolehi. Tinggal untuk kita “hadam” Sebaik-baiknya sahaja. Tak pe sedikit , tapi biar istiqamah.Istiqamah yang membina keimanan, kecintaan dan ketaqwaan.

" Mukmin itu tak de masa nak buang masa"


24 jam yang ada biarlah brmanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.




4 comments:

mujahidah_fillah said...

hinanya diri ini..malunya rasa diri ini..
ya ALLAH..jadikanlah kami muslimah solehah,mujahidah addeen,srikandi islam dan hambaMU yg taat dan patuh perintahMU..serta meninggalkan segala laranganMU..
dekatkanlah hati2 ini dgnMU YA ALLAH..Kami ingin sekali mendakap n memperoleh cintaMU yg abadi dan xternilai harganya itu..ampunkanlah segala dosa hamba2MU ini..dan kabulkanlah doa kami YA RABB..hanya padaMU kami memohon..amin

Senyumlah Selapangnya said...

Aamin Ya Rabbal 'alamin..Moga hati kita teguh dijalan ini, walaupun sedikit berduri tapi moga ia tidak menghalang kita u mencapai mardhotillah.

Hajat doa senantiasa dari ana.Doakan diri ini juga.Dan moga kita tidak putus asa mencapai apa yang utama dan sterusnya be a full time muslim.

Salam mujahadah bersama..

aisyahhumaira said...

Assalamu'alaikum dik...

SubhanALLAH! mmg terasa sgt..'full time muslim'
itulah yg ada para sahabat..yg mana mrk telah berjuang dgn penuh yakin utk bantu agama ALLAH, agar mereka yg tidak beriman kembali beriman kpd ALLAH..mereka benar2 yakin akan janji2 ALLAH..inilah yg harus kita usahakan lg dan lg agar iman kita persisnya iman para sahabat..
Insya'ALLAH, kita sama2 doakan agar diberi hakikat iman yakin yg sebenarnya dlm diri dlm usaha menyebarkan dan menegakkan agama ALLAH didunia ini..Allahu Akbar!

Senyumlah Selapangnya said...

Wslm.wbt kak..

Itulah kak kan, malu sgt rasanya tmbah2 jika mereka masih ada. Seiring dengan dunia yg makin mncabar, moga ALLAH menambahkan lagi kecintaan padaNYA dalam hati kita agar terus thabat dijalanNYA.

Tautan dgn kawan-kawan yg dpt membina iman jga perlu dtngkatkan..

Hajat doa sntiasa dari akak ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...